Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

8/18/11

Adikku Lelakiku Operate (Bisul)...

08/08/2011 - Isnin

Ninie ke office seperti biasa hari ni... Akan tetapi, terima SMS dari Adik perempuan Ninie (Yana) pasal adik lelaki Ninie (Fahis) dimasukkan ke Hospital pada hari ini.... Sakitnya? Kami masing2 tak tahu lagi. Menurut Yana, Fahis mengagak yang dia ditumbuhi bisul pada bahagian pusatnya. Akan tetapi, tiada 'mata' apatah lagi nanah di kawasan tersebut. Aduhai... skit apa pula ni? fikirku... Oleh kerana Fahis dah sakit kat bahagian perutnya, sampai nak berjalan tegak pun payah, setelah ke klinik panel, dia diarahkan untuk ke Hospital berdekatan (Hospital Klang).

09/08/2011 (Selasa) & 10/08/2011 (Rabu)

So kedua-dua hari ini, Ninie dah buat deal dengan Hubby agar kami bergilir2 menjaga anak memandangkan Mak & Ayah nak ke Klang melawat Fahis. So Anak2 bertuah kami tiada penjaganya. Hubby cuti dulu dua hari dan dua hari berikutnya Ninie pula. Hubby jadi Housewife la ye... But, Sebelum ke tempat kerja, Ninie dah siapkan makan minum mereka semua (si kecil2 tu kan tak puasa). Hubby terpaksa la amik cuti sebab Khairina masih belum boleh bersekolah kerana Cengkeringnya itu....

Rabu- Ayah call Ninie inform yang Fahis nak kena operate sebab dah dua kali scan, Doktor masih tak kompem penyakitnya itu apa. Aduhai... Tapi Ayah cakap... Fahis ok... Sihat... Perutnya@ bahagian pusatnya tu je yang sakit... So Ayah kata tak yah risau sebab takde apa2. Eceh Ayah ni... yang risau memusing hari tu kan Mak & Ayah... hu3... Ibu Bapa mana tak risau bila anak jatuh sakit kan?... Malamnya, Ayah call lagi bagitau yang Fahis masih belum Operate tak tahulah sebab apa....

11/08/2011 - Khamis

Hari ni turn Ninie amik cuti jaga anak2 bertuah... Amboi... bukan main liat lagi ye nak bangun ke sekolah. Anak2... Tengahari, Ayah call bagitau yang Fahis dahpun Operate pagi tadi... takde masalah apa... Kompem bisul. Tapi disebabkan bisulnya kat pusat sebabtu takde 'mata' @ nanah yang kelihatan. Tak reti juga nak explain camne erk. Yang fahamnya, Doktor terpaksa Operate sebab nak keluatkan nanah yang berada di bahagian pusat tersebut... Macam2 penyakit sekarang kan. Ayah juga bagitau yang mereka tak balik lagi sebab nak tunggu Fahis keluar dari Hospital dulu. Takpe lah Ayah... Its OK.... Yang penting semuanya selamat...

Rupa pusat Fahis setelah di operate. Doktor biarkan camtu je... kata Doktor biar baik sendiri. Ish... nak baik sendiri camne kalau dah ternganga cenggitu. so weird...


13/08/2011 - Sabtu

Ninie call Ayah nak tanya perkembangan Fahis... Rupa2nya Ayah dah sampai di Bandar Jengka @ dalam erti kata lain dah OTW nak balik Lepar. Loh.... Sebab katanya Fahis dah keluar dari Hospital petang semalam... Terus Ninie call Fahis... dia kata dia ok je... takde apa2.. bisul biasa je tapi sebab kenanya betul2 kat pusat. Itu yang jadi panjang sikit perjalanan ceritanya tu....

Urm... Alhamdulillah.. semuanya selamat... Tapi Si Adik dari semalam start demam2lah pulak... Aduhai Adik... napelah pulak ni.... bila ditelek2... takdelah pula bintik2...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...