Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

2/11/11

Amalan/Petua Murah Rezeki



Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.


Di antaranya Amalan dimurahkan rezeki :

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT
Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin.



*********************************

Pernahkah anda terasa suatu hari yang malang? Pernahkah anda mengalami kesulitan yang tidak berkesudahan?

Adakah anda rasa gaji anda tidak pernah mencukupi? Adakah anda rasa perniagaan anda tidak membuat keuntungan? Adakah anda letih berusaha tetapi tidak pernah berhasil?

Sekiranya anda pernah mengalami salah satu situasi di atas, kisah berikut mungkin sesuai untuk dijadikan tips supaya dimurahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan oleh Allah s.w.t.

Abu Yazid Al Busthami, seorang ahli sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,

“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Tuan Guru menjawab sederhana,

“Perbaiki penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah s.a.w adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh.

Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasiannya juga selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa mengukir senyum mesra. Air mukanya berseri.

Tidak hairanlah jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, tanda-tanda di awal sesuatu pekerjaan yang berhasil adalah air muka yang ramah dan penuh senyuman.

Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula dengan perhubungan suami isteri. Alangkah celakanya rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah tegang.

Tidak ada masalah yang dapat diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Sebaliknya dengan hati yang tenang, fikiran yang segar dan wajah yang ceria, insya-Allah segala masalah dapat diatasi.

Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Wallahu a’lam



***************************

Petua Murahkan Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan Hidup
Berdoalah… Minta Allah murahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup. Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah:

1. Setiap hari jumaat (mulai maghrib hari khamis sampai maghrib jumaat)
2. Waktu hujan mula turun...(jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)
3. Setiap malam (1/3 mlm maksudnya dalam pukul 3-5 buat sembahyang tahjud, hajat ,
taubat)
4. Sebelum subuh (sebelum azan dah bersedia ada atas tikar sembahyang, istighfar dulu)
5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)
6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .
7. Waktu sakit (jangan mengeluh...masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita...)

Insyaallah setiap doa tu ALLAH makbulkan cuma jangan pernah putus asa....

Untuk hilangkan kesulitan dalam hidup ini

1. Banyakkan Istighfar
2. Amalkan doa nabi Yunus
3. Solat taubat setiap malam
4. Berdoa dengan nama2 Allah...asmaulhusna...



****************************************

Petua Murah Rezeki

Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Sebelum kita turun dari rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum memulakan pekerjaan, mulakanlah denganbismil lah.

Selain melakukan pekejaan yang halal menurut hukum syarak, hendaklah kita melakukan pekerjaan dengan tekun dan bertanggungjawab, menepati masa (jika bekerja dengan majikan), dan jangan mengabaikan solat bila sudah masuk waktu solat. Mestilah bersegera menunaikannya barulah Allah menyegerakan sampainya rezeki. Satu perkara lagi, jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika ada sesuatu kesukaran dan kepayahan, kerana itu adalahtest dari Allah untuk meneguhkan jiwa kita. Jika kita mengeluh, maka adalah seolah-olah kita menganggap apa yang Allah takdirkan untuk kita itu tidak betul. Itu menunjukkan kita tidak redha dengan Allah. Bagaimana kita nak harapkan keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita tidak redha pada ketentuan Allah.

Sebelum kita meminta apa-apa dari Allah, terlebih dahulu kita hendaklah bersikap syukur dengan apa-apa yang telah kita terima sebelum ini seperti udara, air, makan minum, pakaian, rumah, keluarga dan sebagainya. Kemudian barulah kita berniat untuk mendapat apa-apa tambahan dari Allah.

Walaubagaimanapun, disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak.
1. Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh.
2. Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu
subuh).
3.Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat
(zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam hal solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat jumaat).
4.Amalkan membaca ayat yang dikenali sebagai Ayat 1000 Dinar setiap kali

5. Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.
6. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.
7. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).
8.Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berbicaralah dalam hati: Ya Allah, terima kasih atas segala kurnia Mu hari ini, makan minum, pakaian, pekerjaan, keselamatan dan semua nikmat yang tidak dapat ku hitung. Kumohon agar Engkau menambahkan lagi kenikmatan itu besok hari. Dan kumohon maafkanlah segala dosa-dosaku.

2 comments:

e!ya said...

sALAM..THANKS atas sharing yang bermakna..minta copy for sharing dan ingat-ingtan..

Darling Ninie said...

@e!ya
Wsalam... boleh je nak copy n share... Info yang baik dikongsi berguna (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...