Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

1/6/11

Ucapan Terima Kasih


Hadis riwayat Imam Tirmizi ada menyatakan:

“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak berterima kasih kepada Allah.”

Hadis ini, menurut pandangan Imam Tirmizi ialah hasan sahih. Islam mengajar manusia jalan untuk menjaga hubungan dengan Allah, begitu juga hubungan sesama manusia. Perkataan dan perbuatan yang diajar oleh Nabi S.A.W. , pasti membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Termasuklah amalan berterima kasih.

Mungkin ada yang mempertikaikan perkara ini dengan mengatakan bahawa, orang bukan Islam juga turut berterima kasih sesama mereka. Di Jepun sendiri, ucapan terima kasih disebut “Arigatou Gozaimasu”. Jadi apakah signifikannya amalan ini untuk dilihat dari perspektif Islam?

Fikirkan tiga situasi.

1) Seseorang yang tidak suka berterima kasih.

2) Seseorang yang berterima kasih, tetapi melakukannya semata-mata kerana adat dan budaya.
3) Seseorang yang berterima kasih, dan melakukannya dengan kesedaran dan penghayatan bahawa amalan ini diajar oleh Nabis S.A.W. , maka dia mengamalkan sunnah baginda.

Golongan pertama tidak mendapat kebaikan di dunia bahkan di akhirat. Golongan kedua pula mendapat kebaikan di dunia, kerana ucapan mereka dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.

Tetapi golongan ketiga insyaAllah, mendapat kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Ucapan mereka bukan saja mengukuhkan hubungan sesama insan, tetapi dikira sebagai amalan kebaikan yang memberatkan timbangan di akhirat kelak. Itulah yang patut dikejar oleh setiap orang yang beriman.

Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya, maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan. Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (Yaitu) api yang sangat panas. (Al-Qari’ah:6~11)

*******************************************************

Ucapan terima kasih adalah sebagai tanda kita ingin menghargai seseorang atas kebaikan yang dilakukan ke atas diri kita dan orang lain Jika kita pandai menghargai seseorang dengan ucapan terima kasih maka orang lain juga akan lebih selesa dengan kita. Dan perhubungan kita dengan seseorang akan menjadi lebih rapat lagi. Sifat suka berterima kasih juga adalah sifat yang terpuji dan disukai oleh orang lain. Kenapa perlu berterima kasih dalam hidup ini?

Ucapan terima kasih adalah sebagai menghargai jasa dan budi baik seseorang ke atas diri anda. Jika kita tidak pandai untuk berterima kasih kepada orang lain maka orang lain akan menganggap kita seorang yang tidak tahu menghargai budi baik yang telah diberikan. Mungkin seseorang itu akan terasa hati dengan diri kita. Jadi, ucaplah terima kasih atas setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada diri kita ini. Mudah-mudahan kita akan memperoleh banyak kebaikan dari lagi pada masa akan datang.

Sebagai seorang muslim ucapan terima kasih adalah satu perbuatan yang sungguh mulia. Tidak susah pun nak ucapkan terima kasih ni kepada orang lain. Mungkin anda tidak mampu untuk membalas balik atas kebaikan yang orang lakukan terhadap anda. Dengan ucapan terima kasih adalah sudah mencukupi sebagai tanda kita menghargainya. Perbuatan berterima kasih ini adalah sungguh mulia sekali.

Ia dapat memelihara hubungan baik anda dengan sahabat anda. Jika anda mempunyai seorang sahabat yang banyak menolong anda dalam banyak perkara dalam hidup anda, maka anda perlulah selalu mengucapkan terima kasih kepadanya. Ini dapat mengekalkan hubungan baik persahabatan anda dengan sahabat anda sampai bila-bila pun. Ia juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara kita dan juga sahabat.

Kepada ibu bapa kita jangan dilupakan. Merekalah yang telah mendidik dan telah membesarkan kita sejak dari kecil. Dengan ucapan terima kasih dan membalas jasa mereka di dunia ini sebenarnya masih tidak mencukupi untuk membalas segala jasa ibu bapa terhadap kita selama ini. Janganlah jadi seorang anak yang tidak tahu berterima kasih. Sayangilah mereka selalu sebagai tanda kita anak yang soleh yang selalu menghargai jasa mereka.

Terima kasih cikgu. Itulah ucapan sebagai menghargai jasa seorang guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita selama ini. Ilmu yang telah diajarkan oleh guru kepada anda pula hendaklah diamalkan bagi mengelakkan ilmu yang anda dapat menjadi ilmu yang sia-sia sahaja. Ia juga menunjukkan sebagai tanda terima kasih anda kepada guru anda yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada anda selama ini. Tidak kiralah apa jua jenis ilmu yang diajar oleh guru tersebut asalkan ilmu tersebut membawa kebaikan dunia dan akhirat

Seorang muslim perlulah sentiasa mengingati segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Jasa baginda kepada umat islam sangatlah besar sehingga kita dapat mengecapi akan nikmat islam yang kita sedang anuti pada hari ini. Perbanyakkanlah selawat dan salam ke atas baginda sebagai tanda terima kasih dan sayang kita kepada baginda.

Sebagai seorang hamba yang taat kepada Allah jangan kita lupakan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Selalulah mengucapkan syukur kepadaNya dengan ucapan Alhamdulillah sebagai tanda terima kasih atas segala nikmat yang telah diberikan. Jadilah seorang hamba yang taat akan segala perintah dan larangannya didunia ini. Itulah sebagai tanda kita berterima kasih dan bersyukur kepadaNya kerna dikurniakan pelbagai nikmat di dunia ni.

Akhir sekali, lakukanlah ucapan terima kasih itu dengan hati yang ikhlas jangan pula anda rasa terpaksa untuk lakukannya. Jika anda mengucapkan ucapan terima kasih itu dari hati yang ikhlas, ia juga akan memberi kebahagiaan kepada diri anda juga. Tanpa rasa ikhlas ini, ucapan terima kasih anda tidak membawa sebarang makna kepada diri anda dan juga orang lain. Orang lain pun akan nampak pada diri anda jika anda terpaksa untuk mengucapkan ucapan terima kasih.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...