12.09.2012 (Rabu)
Ninie dah beritahu Hubby yang Ninie akan sampai ke rumah lambat sikit dari kebiasaannya hari ini. Tatkala perjalanan pula, hujan turun sekejap lebat, sekejap renyai², tapi hujan sepanjang perjalanan... jalan memang kompem basah. Ninie pun takde mood nak memandu seperti kebiasaanya. Santai sahaja. Tambahan pula kepenatan dengan minggu ni yang sibuk berpindah pejabat ke bangunan baru. Penat nak menyusun atur kedudukan segala barang² yang ada. Kelajuan kereta pun hanya bermain di 60-80km/j sahaja...
Entah bagaimana, semasa memandu menuruni bukit, sebelum persimpangan ke Jerantut (dari Bandar Jengka ke Lepar Utara). Tiba² terdengar bunyi letupan yang agak kuat seperti bunyi mercun.Ninie lihat melalui cermin pandang belakang (center mirror), urm tiada apa pun... jalan clear je.. tak ada apa²pun... hanya jalan yang basah sahaja. Kebetulan pula Ninie memang jenis yang tak suka bawa kereta sambil buka penghawa dingin disebabkan selalunya Ninie akan kian mengantuk... kecuali hujan lebat yang langsung tak nampak jalan dan kena buka 'aircond'.
Disebabkan rasanya tak ada apa², Ninie teruskan perjalanan dengan mengurangkan kelajuan... Terdengar seperti bunyi geseran. Aduhai, kenapa pula ni.. detik hati kecil... dalam 100meter, Ninie berhentikan kereta di tepi... Mana tahu ada masalah pada enjin/apa²... Tambahan pula di hadapan sana, nak melalui kawasan hutan pula. Dah tentu²nya line telefon out terus... Di tempat Ninie berhenti tu pun line dah sekejap ada, sekejap tak ada. Aduhai... rumah jauh lagi ni. lebih kurang 40minit perjalanan.
Turun je dari kereta, terus memandang ke tayar terlebih dahulu dan terus terpampam disebabkan jelas² kelihatannya tayar belakang sebelah pemandu kempis terus tiada angin! Allahu akbar! hanya itu yang terkeluar di mulut.
Tatkala sedang duk melihat tayar yang kempis, meluncur laju sebiji kereta Proton Wira yang tiba² berhenti dan mengundur ke arah Ninie. Alhamdulillah... rakan kepada Hubby...
Kenapa? - Soalnya
Tayar kereta meletup - ujar Ninie
Takpa - katanya dan menyuruh seorang lagi rakan yang ada sekali dengannya untuk membantu.
Mujur tak bawa laju - Kata rakannya yang seorang lagi
* Ye mujur juga detik hati Ninie, jika tidak entah ke mana agaknya Ninie dengan jalan yang terang² basah dan licin hari ini.
Alhamdulillah detik hati Ninie... Agak cepat juga mereka menolong tukarkan tayar kereta. Hanya terima kasih sahaja yang mampu Ninie berikan...
Ninie sampai di rumah memang agak lewat. lebih kurang jam 6.40ptg... Inilah lubang pada tayar yang meletup bunyinya umpama mercun."POW!"
0 comments:
Post a Comment