Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

9/8/12

Aiyark... Kekoknya... Tahniah Buat Zainudin

07.09.2012 (Jumaat)
Tiba je waktu rehat, Ninie dan rakan² lain yang dahpun berjanji cepat² keluar office sebab nak pergi tengok Baby... Kang takut rakan lelaki yang turut serta kelam kabut nak kejar waktu solat Jumaat pula. Kami semua berlima meluncur ke Desa Jaya, rumah Zainudin Bin Ghani untuk melihat anak sulungnya... Lahir pada bulan Ramadhan yang lalu.

Tahniah buatmu sahabat... Dah jadi Ayah dah kepada Muhammad Afiq. Geram betul dibuatnya dengan Afiq ni... Semoga menjadi anak yang soleh, membahagiakan dan menceriakan sesiapa sahaja yang berada di sisimu nak...

Ninie kalau tengok baby memang geram... Al Maklumlah anak sendiri yang bongsu pun dah besar... Mulanya kekok juga nak angkat... tapi ala... dah 4orang anak Ninie kan? Mula² je kekoknya... Aduhai... Geramnya padamu Afiq..!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...