Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

9/30/12

Hari 1 Malaysia : Ekspedisi Ke Sungai Lembing (Kelab Kembara)

16.09.2012 (Ahad)

Dalam duk fikir² nak join ataupun tidak, lastly keputusan yang diambil, JOM KITA PERGI SUNGAI LEMBING!

Pagi² lagi Mama dah kejut anak² bertuah bangun.
"Cepat² bangun... Kata nak pergi jalan" - Mama
"Kita nak jalan pergi mana" - ujar kakak sambil duduk dengan mata yang masih terpejam.
"Kata nak mandi sungai..." - Mama'
"Apa? Mandi sungai?... Nak ikut.." - Terus membulat mata si Kakak.
"Ye... cepat kejut Khairina dengan Adik" - Mama
"Nak kena mandi ke? Saya tak nak mandi... sejuk" - Kakak
"Tak payah, nanti kita mandi dekat sungai je.." - Mama

Namun arahan Mama suruh Kakak kejutkan Khairina & Adik tak diendahkan oleh Kakak.Kakak terus ke bilik air basuh muka dan menonton tv. Aduhai anak... Along awal lagi dah dikejutkan supaya Solat Subuh.
_____________________________________________________

Kami bergerak ke Sungai Lembing jam 7.15pagi (dari Kuantan, keluarga kami dan juga rakan FB Najib) dan tiba lebih kurang jam 8.00pagi. Sementara menunggu  rakan² lain (Kelab Kembara) dari Johor, Melaka serta Kuala Lumpur yang akan turut serta. Kami bersarapan dulu di terminal Bas Sungai Lembing. Alhamdulillah kekenyangan. Suasana disini hari ini sungguh meriah. Begitu ramai pelancong yang ada. Tak kurang juga bas²nya. Suasanya seakan² di Cameron Highland (Kea Farm) pula. Meriah sungguh!


Namun kami perlu menunggu rakan² lain yang akan turut serta. Mereka agak lambat sikit berikutan pergi mendaki Bukit Panorama, Sungai Lembing untuk melihat keindahan matahari terbit. Sementara menunggu, Hubby lepaskan anak² bertuah bermain di taman berhampiran padang.
* Nota : Rakan² yang kami tunggu, sejujurnya tidak pernah kami kenali. Dan mulanya agak risau sebab Hubby cakap mereka semuanya berbangsa Cina. Almaklumlah... dah tak pernah kenal, berlainan bangsa dan budaya. Ninie hanya menanti di dalam kereta. Najib pula tak bawa isterinya. Maksudnya, Ninie satu²nya wanita melayu yang join ekspedisi ini....

Hampir jam 10.00pagi. Mereka yang ditunggu/nanti pun tiba. Kelihatannya mereka begitu mesra. Sungguh tak di duga! Alhamdulillah. Setelah menunggu mereka melepaskan lelah, berkemas... kami bergerak ke destinasi... Mengikut perancangan Kelab Kembara (TCFC) yang kami ikut ni, mereka nak ke Air Terjun Pelangi. Laluan sudah tentu²nya mengikut jalan hutan tebal. Laluan jalannya, Allahuakbar... redah air, lubang,lopak, naik bukit dan segala bagai.


Masa ni dah sampai di satu kawasan resort. Keadaannya sekarang macam dah terbiar. Tapi Ninie tak tahu namanya apa. Tapi bila Ninie Google, tengok gambarnya pun sama. Jadi nama tempat ini : Kompleks Pelancongan Persona Adventure Camp And Chalet, Sungai Lembing, Daerah Kuantan, Negeri Pahang.






Alhamdulillah hampir jam 12.30tghri kami sampai di lokasi. Lokasi yang dimaksudkan bukanlah di kaki air terjun pelangi. Cuma di Sungai sahaja yang mana di sinilah kebanyakkan kereta diletakkan dan untuk ke Air Terjun Pelangi, perlu berjalan kaki mengikut laluan yang ada. Hanya berjalan kaki sahaja! Kereta tak lepas untuk melaluinya. Bila ditanya kepada orang² yang kelihatannya baru sahaja selesai pulang dari Air Terjun Pelangi tersebut. Rata² mengatakan yang perjalanannya mengambil masa antara 45-50minit. Aduhai... Dan kalau nak lebih baik/berbaloi.. datang pagi² dalam jam 9.00pagi sudah ada di Air Terjun tersebut memandangkan waktu tersebut, matahari terbit dan pelanginya kelihatan amat cantik! Jika di waktu tengahari begini, pelanginya sudahpun kian memudar. Jadi kami ambil keputusan tak ke Air Terjun tersebut. Mungkin lain kali. Namun difahamkan, kumpulan kami yang berbangsa Cina ini akan bermalam di kawasan ini dan akan berjalan ke Air Terjun Pelangi tersebut pada pagi esok.







Jadinya... Alang² dah sampai di sungai yang kebetulan pula hari ini pu ramai orang, kita mandi dulu.... Layan gambar :














Dah tengahari, kami pinjam dapur najib, kita makan mi maggi.... sedapnya ujar anak² yang kemudiannya berendam kembali dalam sungai. Mama & Ayah tak terjun dah...



Jam 3.00petang, kami bersiap² untuk bertolak pulang. Diperjalanan, kereta Najib mengalami masalah. Minyak sterengnya bocor! kering! dan adalah lebih malang, tiada persediaan untuk itu.Namun mujurlah rakan² Kembara berbangsa Cina ini sedang berkhemah dan kami bertolak sambil mencari lokasi perkhemahan mereka untuk mendapatkan bantuan.

Adik merajuk nak mandi sungai lagi. Kepenatan tapi tak mahu balik. Lapar ye anak² Mama ni...

Jom balik...

Amboi, penat bukan main lagi ye... tidur dah semuanya...

Syukur Alhamdulillah... mereka sedia membantu... Minyak tersebut ada dengan mereka. Beberapa minit perjalan, Najib akan berhenti mengisi minyak tersebut kerana ianya begitu cepat kering disebabkan bocor. Hubby mengikutinya dari belakang. Sampai di Sungai Lembing, Najib berhenti di bengkel yang ada, namun bengkel tersebut tidak dapat membaikinya. Kami meneruskan perjalanan ke Kuantan.








Kat sini ada line telefon ye... Celcom... Maxis tak perasan pula.



Sehingga kami sampai di stesen minyak BP di Bukit Goh, Kuantan. Najib berhenti untuk membeli minyak disitu dan kami akhirnya berpisah di persimpangan ketika perjalanan menuju ke destinasi masing².
Nota Mama : Wah penatnya... tapi berbaloi... Seronok! Anak²pun seronok!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...