Dear my friend
Tahniah di atas kelahiran cahaya mata baru
Semoga kehadirannya menambahkan lagi seri keluarga
Mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin
Izz.. Semoga menjadi Abang yang baik. Jaga adik baik² tau...
Noor Azliza @ Eija @ Monocoblue telah selamat melahirkan anak ke dua dalam family nya. Baby Girl. Difahamkan berat baby 3.6kg. Mesti comel kan... Geramnya... Nanti auntie datang ziarah ye.... Dimaklumkan juga semasa bersalin terdapat sedikit masalah. Melahirkan baby di Hospital Bandar Jengka, kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan haji Ahmad Shah (HOSHAS) temerloh kerana uri tertinggal. Terkesima mendengar cerita itu. Aduhai... apakah ini boleh dikatakan kecuaian pihak Hospital? Wallahualam... Ninie pun belum menerima cerita yang sebenarnya dari Ibu baru (Eija) sendiri. Nanti Ninie update ye...
Tapi syukur Alhamdulillah, semuanya selamat. Eija telahpun pulang ke rumah. Tahniah Eija...Selamat berehat dan menjalani rutin berpantang my friend... nanti balik bertugas mesti kurus nih... cayalah...

0 comments:
Post a Comment