Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

5/31/11

Petrosains, KLCC, I-City

28/05/2011- Sabtu

Aduhai beratnya nak buka mata ni. Kalau ikutkan hati nak je sambung lelap hingga tengahari di hari cuti sebegini... Tapi nak kena bangun juga membuat sarapan buat anak² tersayang. Nak sarapan apa ye. Blur pulak memikirkannya. Senang² goreng nugget ketam aja. Lepas tu menyibukkan diri dengan menngemas beg pakaian sebab En. Hubby nak bawa kami sekeluarga berjalan² ke Bandaraya Kuala Lumpur. Anak²pun dah tak sabar² nak berjalan² nih. Jam 11.25pagi kami pun bergerak terus ke KLCC. Along nak ke PETROSAINS. Hubby layankan aja.



Sampai di KLCC lebih kurang jam 2.45pm terus beli tiket. Kemasukan jam 3.30 pm. Untuk 6org =RM 28.00. Bermula dengan menaiki gondola di tempat gelap, Khairina mula ketakutan. "Mama, sya nak balik" Ujarnya sambil menangis. Khalisah walaupun takut tapi masih boleh 'cool'. Qistina duduk kat depan dengan Along, tak takut langsung macam nak terjun ke luar pula dia.



Inilah rupa Gondola yang kami naiki



Qistina ni jenis yang kalau dia nak, nak jugak. So siaplah... apa sahaja bahan pameran yang menarik perhatian si kecil ni, pasti dia tunggu sebelah. Ada je peluang, cepat je Qistina ni grab. Mostly dia dapat apa yang dia nak main. Khalisah & Khairina jenis yang memerhati. Tapi bila ada peluang terus pergi. Cuma lambat sikit ajalah. Masalahnya si Adik ni. Bila dia dah suka, nak main benda tu aja. Sampaikan nak kena ambil dia dan dokong. Apalagi meronta² lah dia dibuatnya. Kesianlah dekat orang lain. Dalam Petrosains ni memang ramai orang hari ni. Al-Maklumlah dah mula cuti sekolah. Rombongan sekolah² pun ramai bukan main lagi. Layan pic family Ninie kat PETROSAINS ni ye...























Sampai di tempat Dinasour, mulalah Khairina & Qistina menangis ketakutan. Tambah² lahi bila dinosour yang besar tu gerak² kakinya dan bercakap. Gema suara dino yang besar tu menakutkan anak² Mama berdua ni. Khalisah maintain ok walaupun ada juga perasaan takut tu. Tapi masih boleh di kontrol. Good girl Kakak ni...

Penat betul hari ni. pusing² dalam tu sampai jam 6.15pm. Aduhai...lenguh kepala lutut dibuatnya. Keluar je dari PETROSAINS, terus serbu KFC isi perut yang lapar dan menghilangkan dahaga yang bersarang kat tekak.

Dah siap makan, kami pun bergerak ke hotel yang telah pun di booking pada Rabu lepas oleh pihak ZEST Travel & Tour. Nak layan lelap lah kiranya. But, after semua dah segarkan diri, Hubby ajak jejalan pulak..... mulanya nak ke Chow Kit. Tapi tiada tujuan/apa yang nak dicari, kami naik kereta... nun... Hubby meluncur laju ke Shah Alam pulak. Nak kemana tu? Hubby melayankan perangai Ninie yang menyebut nak ke I-City. Ha3 saja nak nengok lampu yang warna warni. OTW, semua anak² dah tido dalam kereta.

10.50mlm, kami tiba di I-City dengan bayaran masuk RM10 untuk sebuah kereta. Dah park kereta, kejut anak² bertuah... semuanya tak mau bangun. Dikejut² jugak,akhirnya memasing bangun walaupun mamai². Bila di ajak bergambar semuanya tak mahu. muka masing² mengantuk giler. Adik sah² didokong Hubby. Aduhai anak. Khalisah & Khairina akhirnya nak juga bergambar walaupun muka langsung takde senyuman. Adik? Along? tak mahu langsung. jenuh dipujuk. Wat dek aja... Layan pic:











Jam 12.15mlm. Dah puas meronda tambahan pula kaki pun dah sakit, kami bergerak pulang ke tempat beradu. Memasing tido tak sedar diri dah. Esok planning nak bawa anak² mandi kolam di KLCC. Suka bukan mainlah anak² mama ni yea...

29/05/2011 - Ahad




Jam 11.45 pagi, kami check out dan Hubby plan nak ke Jalan Pasar sebelum bergerak ke KLCC. Ramainya orang kat Jalan Pasar ni tak usah nak cakap. Memang tak sesuai nak bawa anak² kecill. Tapi dah sampai, kami semua pun gerak jugalah. Tangan anak² dipimpim tak dilepas langsung. Qistina siap berdokong sebab kepenatan.

1.30 ptg, kami sampai di KLCC, apalagi.. "Mama saya nak mandi kolam" ujar Kakak & Adik tak sabar². Begitu juga Along. Tapi Khairina "Mama saya tak nak mandi. Saya nak main aja". Khairina ni memang jenis yang takutkan air. dipujuk²pun tak mahu juga tukar pakaian dan mandi. Ihsan, Khalisah & Qistina dah seronok berendam. Khairina still tak mahu walupun diajak. Nak main taman aja katanya. Lastly, minta Hubby layankan si Khairina. 2.30pm, ajak semuanya naik salin pakaian an main kat taman jap. Jam 3.30pm, gerak pulang ke Lepar Utara. Penatnya tak usah nak cakaplah. Waaa.. esok kerja.












Masing² dah kepenatan. OTW balik ke rumah dah ni

Singgah di bandar Jengka, mamam dulu... (kes malas nak masak bila sampai dirumah)

4 comments:

Farah Shamsudin said...

betul2 penuh dgn aktiviti yang berfaedah tuu..:)

Myra Jay said...

Seronok anak2 akak dapat jalan2.. Tp okla kan leh rapatkan hubungan family :)

Darling Ninie @ Mama Comel said...

@Farah Shamsudin
Moga² dapat buka minda anak² walaupun tak berapa nak faham sebenarnya si kecil² tu

Darling Ninie @ Mama Comel said...

@Myra Jay
Masa² macam ni lah hubungan antara ibu bapa dan anak² bertambah erat. Masa² yang ada dimanafaatkan sepenuhnya...Seronok...tapi tired. hu3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...