Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

4/7/11

Kelebihan Berpelukan -Suami Isteri


Pelukan, sebuah saranan untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang pada orang yang kita cintai. Berbagai perasaan kita lalui dengan berpelukan, Walau apapun ertinya bagi anda, hanya anda yang memahaminya.

Jenis Pelukan & Maksudnya :

1. Pelukan: Tangan melingkar di bahu
Tangan melingkar di bahu pasangan, tubuh ditegakkan, badan condong ke depan. Pada umumnya gerakan ini dilakukan ketika menari. Menunjukkan rasa hormat, sayang, dan kagum. NTetapi jika saling berpelukan sambil menikmati sinar bulan dan saling berpandangan. Wow, maksudnya Anda dan si dia sedang mabuk cinta.

2. Pelukan: Tangan Melingkar di dada
Peluk dadanya dengan erat dan nikmati perasaan selesa, aman dan tenang. Pelukan seperti ini menimbulkan suatu harapan baru dan keselesaan yang luar biasa. Ketika perasaan tidak tenang dan gugup, pelukan ini akan menenangkan dan meredakan kegelisahan serta kesedihan.

Tips: biarkan tangan Anda mengusap lembut punggungnya setiap kali pelukan ini dilakukan. Tentunya ia akan merasakan keselesaan yang luar biasa, sama seperti yang Anda rasakan. Ketika ada suatu permasalahan besar, setidaknya masalah ini akan redakan hati anda.

3. Pelukan: Tangan melingkar di pinggang
Letakkan tangan Anda di lingkar pinggangnya, raih secara lembut dan dekatkan pada tubuh Anda. Tentunya terbangun suatu kedekatan yang luar biasa saat Anda dan dia sama-sama merasakan kehangatan tubuh masing-masing. Letakkan kepala Anda di dadanya dan rasakan degup jantungnya. Nah, Anda tentu mendengar bahwa di setiap detak jantungnya hanya nama Anda yang disebut. Pelukan ini menandakan kepercayaan, rasa cinta, pasrah dan kenyamanan.

4. Pelukan: Dari samping (kanan atau kiri)
Peluk pinggangnya dari arah, kanan atau kiri, rebahkan kepala Anda dengan lembut di dadanya. Hmm…sudah mulai terasa keselesaan itu kan? That’s right, memang inilah yang Anda perlukan. Suatu perasaan aman dan terasa dilindungi. Kelebihan dari pelukan ini menunjukkan rapatnya antara Anda dan si dia. Sekaligus menjadi tanda tatkala Anda ingin bercinta dengannya.

5. Pelukan: Dari belakang
Ada kalanya Anda memeluknya dari belakang. Saat ini dia merasa sangat selesa, aman dan berpikir bahawa Anda sangat manja dan memerlukan perlindungan serta kasih sayang. Dan perasaan ini juga langsung menusuk ke ruang hatinya. Kehangatan yang Anda berikan menyebar ke seluruh tubuhnya membuat dia tidak mahu berenggang dari Anda.

************************************

Kelebihan pelukan suami isteri~

Wah..peluk pon ada khasiatnye ni..hehehehe~ meh baca!

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,”

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

So, all husband out there... what are you waiting for? go and hug your wife...



Nota Mama Comel : Sungguh suka bila dipeluk oleh Hubby tersayang... Hilang segala rasa kepenatan yang bersarang seharian.

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...