Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

4/23/11

Air Takdelah Pulak...

23/04/2011 - Sabtu

H ari yang sungguh cuak..
Air paip tak de. Secara tiba² sahaja without amaran.. Aduhai...
Tadi pagi masa tengah masak bihun goreng untuk sarapan pagi hari ni, air paip elok ada je mengalir laju. Tiada langsung tanda² air tu nak 'stop'. Selalunya if xde air... air tu akan slow, slow, slow je... lama² baru stop. Ini tidak, buka paip nak basuh pinggan, aik? setitik pun tiada... Pergi jenguk mesin basuh, ada satu lagi round untuk 'rinse' sebelum 'spin'. Eceh betullah... Sempat basuh kain one round je pagi ni... lagi dua round tergendalalah ni. Cuaca pula hari ni baik punya... terang panas. Kalau sidai kain, sure cepat je keringnya.

Jam pun dah dekat pukul 12pm... ikutkan sekarang ni sepatutnya dah start memasak untuk makan tengahari dah... tapi disebabkan AIR takde ni... argh... betul² mood malas yang ada sekarang ni. hu². Bukannya xde air simpanan... Ada... tapi malas nak angkut dalam baldi tu... pinggan pun bertimbun lak tu... argh...

Susah kan kalau xde air ni... Nak² pula bila anak ramai ni... Kadang² masa tu le diorang ni nak u,uh... belum kira waktu mandi lagi yang selalunya suka main air... Sehari boleh bertahan lagi... tapi kalau dah lebih 24jam. air still xde... mulalah gelisah. Pening nak cekau air katne... Mujur rumah mak dekat aja... Rumah kampung lah katakan... selalunya mesti kolah air dia besar... Sudahnya, angkat pakaian mandi rumah mak le jawabnya.

Aduhai air... cepatlah kau ada semula... hidup susah dibuatnya... nak memasak, mandi, membasuh dan sebagainya...

Nota Mama Comel : Teringat waktu kecil² masa air paip xde lagi. Pakat² reramai pergi mandi paya dan siap bawa tong untuk isi air bawa balik rumah... Masa tu seronoknya tak usah katalah... Urm... kalau sekarang ni, nak macam tu semula sanggup ke?... Wink²

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...