Luka Dan Berdarah
Rawatan Luka Kecil
Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.
Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik.
Balut dengan kain bersih atau pembalut.
Mengawal pendarahan
Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan.
Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.
Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.
Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras jantung untuk mengurangkan tekanan.
Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan lanjut.
Jangan gunakan teknik Tourniquet kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan.
Kecederaan Tulang (Patah)
Rawatan Patah
Jangan gerakkan bahagian yang patah.
Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada.
Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar.
Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dan sebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang patah.
Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera.
Dapatkan rawatan lanjut.
Pengsan
Rawatan Pengsan
Baringkan mangsa dan tinggikan kaki dengan alas bantal, buku dan sebagainya.
Longgarkan pakaian yang ketat.
Pastikan udara bersih mencukupi.
Periksa lain- lain kecederaan jika ada.
Tunggu sehingga mangsa sedar dan pulih.
Tercekik
Sekiranya seseorang itu mengalami tercekik, ia akan menunjukkan tangannya pada leher sambil cuba bercakap. Teknik Heimlich Manuver boleh dilakukan untuk membantu mangsa tersebut.
Teknik Heimlich Manuver Bagi Mangsa Sedar (Untuk kanak- kanak 1 tahun ke atas dan orang dewasa)
Berdiri belakang mangsa dan bersedia dengan kekuda, beritahunya yang anda cuba membantu.
Peluk kedua-dua tangan anda di tengah-tengah perutnya.
Genggam satu tangan dan letakkan di tengah perut antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka (ulu hati).
Tekan dengan tujahan ke dalam dan ke atas beberapa kali sehingga objek yang tersekat itu keluar.
Jika anda tercekik dan berseorangan, buat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang lain seperti ketuk, baling sesuatu atau apa saja yang boleh membantu.
Cari hujung penyandar kerusi yang tumpul dan letakkannya di antara pusat dan bahagian bawah tengah tulang rangka anda.
Tekan perut anda dengan kuat sehingga objek tersebut keluar.
Untuk mangsa yang mengandung, tekan di atas bahagian perut dengan teknik tekanan di tengah dada. Dapatkan rawatan lanjut sekiranya perlu.
Jika Mangsa Pengsan
Baring dan terlentangkan mangsa.
Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.
Buka mulut mangsa, periksa bendasing dan keluarkan dengan jari jika ada.
Buka saluran pernafasannya (teknik angkat dagu dan dongak kepala) dan periksa pernafasan.
Jika tiada , lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan terus ulangi jika tiada tindakbalas dari mangsa.
Jika tiada masih tiada pergerakan, beri 15 kali tekanan di dada (posisi tangan sama seperti CPR).
Ulangi langkah di atas sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba.
Apabila membuka saluran pernafasan mangsa yang disyaki mengalami kecederaan tulang belakang, JANGAN gunakan teknik ini. GUNAKAN teknik tolakan tepat sendi rahang.
Anda dinasihatkan mempelajari teknik Heimlich Manuver yang betul. Hubungi Jabatan Pertahanan Awam untuk maklumat lanjut program ini.
Terbakar Dan Melecur
Kecederaan Kecil
Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir atau rendam dalam takungan air atau balut dengan kain basah selama 5 minit sehingga hilang sakit.
Tanggalkan cincin, jam atau barang kemas pada tempat cedera.
Jangan pecahkan gelembong atau tanggalkan kain yang melekat pada tempat yang cedera.
Balut dengan kain bersih.
Kecederaan Teruk
Baringkan dan siramkan dengan air selama 10 minit.
Periksa pernafasan dan nadinya.
Tanggalkan barang kemas, jam, tali pinggang atau benda yang dipakai ketat.
Jangan tanggalkan pakaian yang melekat pada tempat yang terbakar.
Balut tempat yang cedera dengan kain bersih.
Selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan lanjut dengan segera.
Kecederaan disebabkan bahan kimia
Segera alirkan air di tempat yang cedera selama 5 minit.
Balut kecederaan dengan kain bersih.
Dapatkan rawatan lanjut dengan segera.
Berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda.
Jangan Sekali-kali menyapukan tempat cedera dengan mentega, ubat gigi, kicap, losyen, minyak berangin dan sebagainya.
Keracunan
Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada kulit dan mata.
Rawatan awal keracunan
Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya.
Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu.
Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum.
Tunggu arahan dan bertindak segera.
Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan.
Jangan muntahkan mangsa melainkan di arahkan.
Tindakan Anda...!
HUBUNGI
Pusat Racun Negara USM
Waktu Pejabat
1-800-88-8099 atau 04-6570099
Lepas Waktu Pejabat - 012-4309499
(Termasuk hujung minggu dan cuti umum)
Renjatan
Semasa dalam keadaan renjatan pesakit tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi yang menyebabkan kekurangan oksigen. Jika tidak dirawat dengan segera jantung mangsa akan menjadi lebih lemah dan tidak berfungsi dengan betul. Jika berada dalam keadaan renjatan yang berterusan boleh menyebabkan kematian.
Tanda-tanda
Pucat, sejuk dan kulit yang melekit.
Nafas pendek dan tidak teratur.
Nadi yang cepat tetapi lemah.
Anak mata yang membesar.
Lemah.
Kehausan.
Rawatan
Telefon ambulans jika perlu.
Baringkan pesakit jika ia muntah pusingkan kepala ke sisi.
Jika tiada kecederaan di kepala dan dada serta tiada kesukaran bernafas, tinggikan kakinya antara 8" - 12".
Longgarkan pakaian yang ketat.
Panaskan pesakit tetapi elakkan dari berpeluh.
Beri kenyakinan.
Jangan beri air atau alkohol.
Renjatan Elektrik
Jika didapati mangsa terkena renjatan elektrik, berhati-hatilah. Pastikan arus elektrik telah dimatikan atau suis utama telah ditutup sebelum memberi bantuan kecemasan. Jik tidak, alihkan wayar elektrik dengan kayu kering atau objek yang bukan pengalir.
Dapatkan bantuan dan hubungi ambulans.
Periksa mangsa dan jika perlu lakukan CPR.
Beri rawatan terbakar dan melecur.
Jika mangsa tidak sedarkan diri berikan rawatan pengsan.
Berada disisinya sehingga bantuan tiba.
Sumber : Carian Internet & dijumpai di link --->>
KLIK
0 comments:
Post a Comment