Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

1/20/13

Penangan 'Hot Glue'

18.01.2013 - Jumaat 

Tak tahu nak gambarkan bagaimana. Tapi yang pasti sakit sungguh!
Lepas solat Isya', Ninie siapkan order customer terlebih dahulu sebelum rancangan Maharaja Lawak Mega bersiaran. Si bongsu dalam rumah ni pula tak habis² datang menjengah minta gula². Walaupun dah di beritahu sekejap lagi Mama turun sebab nak buat kerja dulu... Tapi si Adik sekejap² naik minta lagi. Nak dijadikan cerita, waktu ini Ninie tengah letak hot glue atas piring brooch. Datang si Adik mendesak lagi. Ninie yang mula rasa 'hot' berpaling memandang dan terlepas la piring tu dan terkena lak kat jari ni.

Sakitnya bukan kepalang. Menitis juga air mata ini dibuatnya. Berdenyut². Walaupun ini bukanlah pertama kali kena pada jari mahupun tangan, tapi ini merupakan kali pertama sakitnya bukan kepalang...Adik?  Dah lari menyorok sebab takut kena marah.

Di bawah ni gambar masa kena hot glue masih melekat... sakit berdenyut² tak tahu nak cakap macamana. Mungkin macam bila jari kena kepi pintu kut.

Ini gambar keesokkan harinya... pergh... mengelembung....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...