Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

7/3/12

Tanda² Suami Mula Curang

Betul atau tidak, terpulang pada penilaian masing²...


TELEFON BIMBIT SUAMI
Tidak dibenarkan memegang sama sekali telefon bimbit suami. Jika dahulu dia letak saja dimana-mana telefon bimbit tu (siap ditanya pula pada isteri mana letaknya telefon bimbit), dan tak kisah pun kalau si isteri cuba mengangkat telefon tu bila berdering. Siap disuruh pula si isteri membalaskan sms nya kerana hanya malas nak menaip.

Tapi sejak kebelakangan ini langsung tidak benarkan si isteri menyentuhnya dan si isteri langsung tak nampak pun telefon bimbit suami seperti sebelum ni. Senang cakap dah disembunyikan dari mata si isteri. Isteri mana yang tak curiga?

Bila tidur siap diletak dibawah bantal. Bila SMS siap disilentkan. Bila jawab telefon u, ah,u ah sebab isteri turut mendengar. Bila isteri dapat peluang, segala SMS di inbox, sent item, delivery, log habis semua dipadamkan... Boleh ke percaya pada si suami kalau macam ni keadaannya kerana suami yang dikenali sebelum ini tidak berperangai sedemikian.

GAYA BERUBAH
Jika suami dulu tak kisah pun pasal penampilan atau gaya-gaya sekarang, tapi sejak dua menjak ni dia mula berubah sikap. Dulu tidak pun sembur minyak wangi tapi sekarang aroma minyak wangi setiap hari. Sebabnya jika seseorang lelaki mula tertarik untuk memperbaiki gaya pakaian, rambut, kuku atau kulitnya, dia mungkin sedang berusaha menarik perhatian wanita lain. Kata pakar psikologi, pakaian baru, kasut baru dan aroma minyak wangi mahal yang baru adalah tanda-tanda bahawa seorang lelaki sedang mencuba atau sudah berlaku curang. [ Tapi kalau berubah penampilan untuk isteri , tak apa juga kan. Ada masanya, si isteri pula yang siap belikan minyak wangi pun tak dipakainya.]

HUBUNGAN SEKS YANG BERUBAH
Ada sesetengah isteri yang merasa lega bila suami tidak mahu melakukan hubungan seks. Jika suami sudah tidak tertarik lagi untuk melakukan hubungan seks dengan anda, tidak mustahil dia telah sibuk memikirkan wanita lain....... [ Mohon dijauhkan .. ]

SERING MENGHILANGKAN DIRI
Mula keluar awal ke tempat kerja, menghabiskan waktu lebih lama di luar rumah atau sering ke luar daerah.Belumpun lagi panas punggung duduk di rumah, dah sibuk nak keluar. Jika keluar rumah, balik pula kadangkala anda sudah tidur. Berhati-hatilah jika kegiatan tersebut semakin kerap dan berlangsung lebih lama dari biasanya. dan yang parah bila tidak dapat dihubungi ketika dia berada jauh dari kita. Panggilan tidak di jawab, SMS tidak dibalas dan silap-silap telefon bimbit suami " no yang anda dail berada di luar kawasan liputan, terima kasih" .

PENGGUNAAN WANG YANG BERLEBIHAN
Perhatikan juga situasi kewangannya yang mungkin sudah 'sengkek' walaupun masih di awal bulan. Tak salah kita mengambil tahu keadaan wang suami. Perbelanjaan yang tak masuk dek akal, seperti penginapan di hotel atau membeli keperluan yang mahal-mahal, bila diminta wang untuk perbelanjaan rumah, kita pula dimarahinya atau cuba elak. Sedangkan sebelum ini ok sahaja..siap beri tanpa diminta.

CARA LAYANAN BERUBAH
Dulu suami layan isteri bukan main baik sekali. Peramah , penyayang dan bila di tanya suami kan melayan dengan baik ketika berbual tapi kini berubah sikap menjadi mudah marah. Salah cakap /keyword silap sikit je pun dah naik angin. Silap-silap isteri kena kritik dengan suami tak pandai bergaya, tak pandai berbicara, masak pun dah tak sedap. Haa kan macam ada sesuatu yang tak kena dengan suami. Mulalah mudah bertengkar dan si dia seakan tidak mahu mencari jalan penyelesaiannya. Pada matanya anda serba tak kena...

Tapi ada juga sebaliknya, suami bersikap manis dan lembut, berbeza perwatakannya sebelum ini yang cepat marah dan garang. Dia juga mula memberikan anda hadiah kerana ingin menutupi kesalahannya atas perbuatannya yang bermain kayu tiga..

GEMAR TERMENUNG/ BERFIKIR
Adakalanya si isteri bertanyakan itu ini kepada suami. 2, 3 soalan yang sama ditanya tetapi si suami masih tidak memberikan sebarang reaksi. Bila ditengok, si suami rupanya termenung memikirkan sesuatu adakalanya siap tersenyum. Gila ke apa? Angau la namanya tu...telefon bimbit tak pernah lekang, pasti di tangan/sebelah je. Bila sms berbunyi sibuk nak balas cepat. Kalau si isteri sms, maunya tertunggu² balasan dari si suami tadi. Mujur kalau dibalas... Jika tidak? Bertambahlah menjeruk rasa si isteri... Haih...

KATA HATI SEORANG ISTERI
Dibandingkan semua petanda-petanda di atas, tiada yang lebih menyakinkan lagi daripada perasaan wanita sendiri sebagai seorang isteri. Anda lebih mengenali pasangan daripada orang lain, jadi anda pasti jadi orang pertama yang dapat mengesan perubahan-perubahan dalam dirinya. Naluri isteri selalunya kuat. Walaupun kadangkala cuba menafikannya...

Ramai wanita telah melihat tanda-tanda yang ganjil pada suami, tapi berusaha menyingkirkannya jauh dari fikiran. Terpulang pada diri sendiri untuk melakukan tindakkan selanjutnya. Fikirkan jalan sebaiknya dengan fikiran yang tenang meskipun anda sedang terluka. Jangan sampai semuanya sudah terlewat...

Wahai si Suami....
Selalunya, Isteri yang baik tidak meminta terlalu berlebihan. Cukuplah sekadar apa yang mampu si suami hulurkan. Apa yang penting kejujuran dan kesetiaan. Cinta & Kasih sayang yang kian bercambah. Sikap mengambil berat suami membuatkan si isteri lebih tersa dihargai. Kesilapan haruslah ditegur secara berhemah. Jangan jadikan alasan si suami untuk mencari lain hanya kerana kekurangan si isteri. Insya'Allah isteri boleh berubah...
Nota Mama : Biar sakit badan/fizikal sibuk melakukan tugas harian walaupun tanpa pertolongan suami. Tapi jangan sakit jiwa/hati/perasaan lantaran kecurangan suami.

9 comments:

mieza said...

salam,apa yg dicakapkn di atas sebiji2 nya itu yg terjd perubhan kt suami sya.bah kn sekarang bru sya dpt tahu suami dah mula curang.bila di tnya elok2 di katakn kita pula saja nak cari gaduh,apa yg harus sya buat sekrang,

bam said...

Bam

Salam sume..saye bru saje lalui peristiwa hitam dimana suami ssye telah mengambil seorang anak angkat yg sebaya dengan anak sendiri yg berumur 23 tahun. saye bertanye kpd suami sye kenapa perlu ambil anak angkat prempuan sedang kn kite dh ade 3 org anak prempuan. nak tau dia jwb ape....saje suka
Bengang juga lla saye.. Mulai dr itu saye cuba mencari bukti yg ada...sye jumpe bil tel bln july..nk tahu bape kali...521 msg...angin la sya

Anonymous said...

solat hajat byk2.jlnkn tanggungjwb mcm biasa tp just buat dek je. . .jgn geram jgn jiwa
Allah ada bersama

Anonymous said...

Sy setuju dgn naluri isteri biasanya tidak menipu. Sbbnya layanan suami seperti biasa malah sy tidak pnh kacau privacynya. Hp berbunyi pn dijawab spt biasa tanpa rasa gelisah. Tapi naluri sy sgt kuat mengatakan dia ada yg lain pdhal sblm ini xpnh terdetik di hati sy pn. Kuala Allah...suami sering keluar malam minggu berjumpa kwn2 sekampungnya & pulang lwt mlm tp 1 mlm sy terdengar suara org sdg berckp di telefon. Sy sms tya suami,cpt2 dia reply msh bersama rkn2 tgk bola! Berderau darah sy. Sy mula menyiasat n akhirnya terbongkar juga. Sedihnya, is betina dan suami sgt pandai merancang waktu nk bergayut. Walaupun suami dah berjanji xakan ulangi kesilapannya dan sy telah me makan dia, tp hati ini sgt terguris dgn perbuatannya...sgt dalam luka itu dan pastinya meninggalkan parut yang amat dalam!

Anonymous said...

Sy pn cm pasan yg hubby da brbh n xlyn sy cm dlu..nafkah batin pn dia da xbuat..dkt 2 bln dia xsnth sy..xthu knpe. Ari mggu org cuti dia kje..bila tnya alsan pnt kje?ptot ke?ape yg prlu sy buat?nk mtk cerai cian pd ank2 yg sulung 2taun lbh yg kck nk msk 5bln..

Anonymous said...

Salam... sy seorg isteri dan mempunyai 3org anak... tambahan lg sy tgh mengandung anak ke4... sejak mengandung ni sy lihat suami seakan berlainan sikap... awal mengandung sy akan kena mabuk teruk asyik nak terbaring n selalu kepenatan... tambahan lg nak urus kan anak2 sekolah tadika.... keaadan rumah sy hanya buat yg termampu saja... pernah suami menegur mengatakan sy terlalu ikutkan sgt pening mabuk ngandung... sy da terangkan pada suami tp hanya makian yg sy dpt... ada juga suami mengatakan sy dan anak3 membebankan dia... dan satu satu hidup nya hancur... dulu sblm sy berhenti keje suami pernah menabur janji yg setiap bulan akan beri duit utk perbelanjaan peribadi atau sy buat simpanan... tp kini da 2 thn tp sikit duit pun x di beri... klu sy minta alasan gaji x cukup nak tampung anak3 n perbelanjaan umah lagi... sy paham tp sy xkan minta klu x perlukan.... sy ni macam org gaji dia plak... keje kuar pagi mlm baru balik... masa utk anak3 n sy mmg xde... klu balik tau nak mengamuk umah x kemas sedangkan dia tau sy x larat nak buat semua tu... terkilan dgn sikap suami dia gelarkan anak3 kami monyet n nak pukul anak3 smp jd cacat... hati ibu mana x terasa n terguris kata2 suami... suami ada beli fon baru sbb alasan fon lama da rosak... bila sy nak check fon suami da pasang password... bertambah sedih n kecewa sy.... x tau la sy klu suami bermain kayu tiga di belakang.... sy x redha klu dia buat mcm tu kat sy dan anak3... mmg akan ada org berkata isteri kena redha dgn apa yg terjadi.... bg sy klu suami sy nak tambah lagi isteri dia mmg x layak dr segi agama... sy rela bercerai dan besarkan anak3 dr dia seksa mental sy...

Anonymous said...

Saya banyak kali dah suami duk aniaya kat saya macam2...tapi saya masih tetap setia dgn suami..sebab bagi saya dia dan anak2 nyawa saya dunia akhirat. Saya ada nmpk perubahan pada dia tapi dia marah bila saya cakap pd dia..xpelah Allah maha adil..biar Allah je yg balas ape yg dia buat selama ni pada saya..yg penting saya dgn anak2 hidup selamat dan dilindungi oleh Allah..

azisma said...

Sy lalui semua ini. Suami berubah. Bila sy bertanya dia marah2. Sentiasa outstation dan bila sy call tak jawab. Semua salah sy...serba tak kena pd diri sy. Sy solat hajat dan mohon petunjuk akhirnya Allah tunjukkan ..last sy dpt tahu suami sy ramai perempuan2. Sentiasa mengirimkan wang ke indonesia. Perempuan2 disana dan disuruh dtg ke Malaysia. Sy jumpa byk gambar2 bogel perempuan dlm komputer suami sy. Sedih hanya allah yg tahu. Sehingga sekarang sy bertahan. Tp perasaan benci sudah mula ada pd kejahatan suami.

Papaglamz - Food Stylo Founder said...

Semoga dengan kita bersabar jika mendapat pasangan yang begini. Segala yang berlaku itu ada hikmanya. Tuan menguji kite sebab dia sayang kita.. Nice sharing..

Hot post - Mengejar Nikmat Sesaat demi Menghampiri Azab Sepanjang Zaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...