Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

1/27/12

Tahniah! Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang (Juara Keseluruhan Hari Inovasi 2011)




pada 12 Januari 2012, UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan Hari Kemuncak Bulan Inovasi 2011. Bulan Kualiti kali ini adalah di bawah penganjuran Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Ceramah dan Forum, Gotong Royong Perdana 5S & Program Kitar Semula, 'Amazing Innovation Race' (A.I.R), Anugerah Kualiti Rektor (AKUR), Pertandingan Sukan Tradisional dan Pertandingan Kualiti Jabatan.

Bagi Pertandingan Kualiti Jabatan, Perpustakaan Al-Bukhari telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan bagi Pertandingan Kualiti Jabatan. Senarai pencapaian adalah seperti berikut:-

1. Johan - Pertandingan Piagam Pelanggan
2. Johan - Pertandingan Pengurusan Kaunter Terbaik
3. Johan - Pertandingan 5S Kategori Pejabat
4. Johan - Pertandingan Pengurusan Fail (Yang ini bahagian Ninie) -Alhamdulillah....

Selain itu, bilik pejabat Pn. Rosnita bt. Ja'afar, Timbalan Ketua Pustakawan telah turut memenangi Naib Johan Pertandingan Bilik Ceria untuk kategori Staf Pentadbiran. Staf perpustakaan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 ialah Pn. Siti Rozana bt. Mat Sanat, Pustakawan dan En. Mohd Sahrin b. Husin – Pembantu Perpustakaan Tingkatan Kanan.

Tahniah dan syabas di ucapkan semoga dengan kemenangan ini akan meningkatkan motivasi dan semangat semua staf perpustakaan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh pelanggan perpustakaan.
Nota Mama Comel : Alhamdulillah.... Hasil usaha gigih dan kerjasama rakan-rakan semua....

1 comments:

♥cikmOt♥ said...

wahh..tahniah tahniah...sejak abis belajar kat itm jengka dulu, dah lama tak p sana...rindunya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...