Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

9/4/11

Senyum ^-^ Tak Perlu Kata Apa²


Senyum seringkali diabaikan dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi dalam dunia yang serba sibuk ni..asyik dahi je berkerut. Senyum tak senyum kita boleh tahu perwatakan seseorang dengan jelas pada raut wajahnya apakah ia seorang yang tenang atau selalu dalam ‘trouble’. Senyum tak semestinya bibir naik sampai ke telinga. Hehehe. Senyum itu jika dari hati yang ikhlas akan terpancar pada air muka walau bibir selamba saja.

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan ‘senaman dalaman’ di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Badan juga turut 'tersenyum' dan menganggap kita dalam mood gembira.

Memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya membuatkan hidup kita sentiasa ceria tetapi dari sudut kesihatan ia memberi banyak kebaikan.

Kadangkala perkara-perkara yang mudah macam nilah selalu saja tidak dipedulikan walhal ianya amat penting untuk diri kita. Sebagai contoh, perhatikan saja nafas kita. Ianya nampak mudah dan macam takde apa yang nak dihirau kan? Tapi cuba kalau tak bernafas dalam seminit… macamana la rasa ek? Itu belum dibuka rahsia bab nafas yang banyak faedah & rahsia2nya.

Berbalik bab senyum ni, sebelum kita nak belajar-belajar senyum jom kita baca apa faedahnya senyum ni.

Senyum membuat kita tampak menarik.
Orang yang banyak tersenyum memiliki daya tarik. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya damai dan senang hati. Orang yang selalu merungut, cemburu, dan mengerut dahi membuat orang-orang di sekitar tidak selesa. Apabila diperhatikan orang yang banyak tersenyum memiliki lebih banyak teman.

Senyum mengubah perasaan.
Jika kita sedang sedih, cubalah senyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik dan seronok. Menurut pemerhatian, senyum dapat menguatkan tubuh sehingga perasaan berubah menjadi semakin rilex. Automatik!

Senyum menghilangkan stres.
Stres dapat dilihat pada raut wajah. Senyuman boleh menghilangkan lelah, bosan, dan sedih. Ketika kita stres, ambillah waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangi stres dan membuat fikiran lebih jernih.

Senyum meningkatkan imuniti.
Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja secara maksima ketika seseorang merasa rilex.

Senyum menurunkan tekanan darah.
Tak percaya? Cuba anda catatkan tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah saat anda tersenyum pasti lebih rendah.

Senyum jadi awet muda.
Dengan senyuman dapat menggerakkan banyak otot . Dikatakan kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Dengan banyak tersenyum kita akan kelihatan lebih awet muda.

Senyum membuat kita kelihatan sukses.
Orang yang sentiasa tersenyum kelihatan lebih ‘confident’, terkenal, dan berwibawa. Lihatlah orang-orang yang berjaya, senyuman di wajah tak pernah lekang.

Senyum membuat fikiran positif.
Cuba praktikkan! : Fikirkan perkara-perkara buruk/negatif sambil tersenyum. Mesti susah kan? Sebabnya, ketika kita tersenyum, tubuh mengirim satu signal positif "hidup selalu baik". Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah alami.

Senyum murahkan rezeki & lerai kesulitan.

Kita ambil satu kisah seorang ahli sufi terkenal, Abu Yazid Al Busthami yang pernah didatangi seorang lelaki, wajahnya kusam dan berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu:

“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah saya tinggal ibadah saya kepada Allah. Sewaktu orang lain sedang tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Tuan Guru menjawab sederhana:
“Perbaiki penampilanmu serta ubah air muka dan raut wajahmu. Tahukah kamu, Rasulullah s.a.w adalah seorang yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah s.a.w, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.”

Dah habis baca faedah senyum, sekarang cuba praktikkan beberapa tips senyum ni. InsyaAllah anda akan lihat hasil kehidupan anda amat memuaskan.

Senyumlah ketika:
1) Bangun dari tidur - mulailah kehidupan dengan penuh keceriaan
2) Selepas mandi – tubuh bertambah-tambah segar dengan mandian + senyuman
3) Sebelum mulai sesuatu kerja – kerja yang sukar menjadi mudah
4) Buntu, masalah – fikiran jadi terbuka, mudah dapat idea bernas & jalan keluar
5) Sebelum & selepas ibadah wajib & sunat
6) Sebelum tidur – dapat leraikan ‘sampah’ dalam fikiran. Tidur jadi nyenyak.
7) Setiap keadaan

Banyak cara kita boleh senyum. Nak atau tak saja. Tak perlu keluar modal, duit pun. Tapi inilah yang sering kita lupa. Sekarang dah tahu, kita faham maka amalkanlah. Untung pada diri sendiri juga, orang di sekeliling pun dapat ‘habuannya’.

5 Rahsia Disebalik Senyuman

Hanya dengan senyuman sebenarnya mampu untuk membantu mengubah kehidupan seseorang. Senyuman juga adalah merupakan bahagian paling unik yang ada pada diri anda. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, antara rahsia disebalik senyuman adalah..

(1) Membantu memanjangkan hayat seseorang- Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.

(2) Mempengaruhi minda separa sedar- Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.

(3) Mempengaruhi orang lain- Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.

(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu- Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu. Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.

(5) Rawatan muka- Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.

Senyuman dan rahsia yang tersembunyi bagi setiap "bentuk" senyuman :

Secara lumrahnya, setiap orang atau manusia itu punyai cara senyumannya yang tersendiri...Ada yang suka tersenyum lebar dan sebaliknya....Senyuman mengandungi seribu rahsia.... antaranya adalah :

Orang yg suka tersenyum lebar dikatakan seorang yang suka berterus terang dan bercakap jujur...

Tersenyum dgn bibir yang tertutup dikatakan seorang yang kuat menyimpan rahsia dirinya...Org yang memiliki senyuman ini memerlukan masa yang lama sebelum mempercayai orang lain...

Jenis org yang suka tersenyum dengan bibir separuh terbuka pula dikatakan mempunyai sikap yang baik...Dia juga seorang yang pandai bersosial tetapi ada batasannya..

Org yg suka tersenyum dgn hanya sebelah bibirnya terjungkit keatas...Dikatakan dengan hanya senyuman itu, dia mampu menarik perhatian orang lain yang menganggap ada rahsia disebalik senyuman yang terpamer itu..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...