Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

4/7/16

[Bergambar] Petua Anak Demam Panas

Sumber FB

1. Mandi dengan air suam
-Salah satu cara menurunkan panas adalah berendam atau mandi dengan air suam. Air suam membuatkan badan berasa lebih segar dan demam akan beransur hilang.
2. Tuam kepala dan badan anak
-Ambil tuala dan rendamkan ke dalam air, kemudian tuam ke seluruh badan anak anda terutam pada bahagian kepala serta di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha dan celah kaki
3 Beri makanan mudah hadam
-Pastikan perut anak tidak kosong. Masakkan bubur atau makanan lembut yang tidak menyakitkan tekaknya. Jika tidak makan, badan anak tidak cukup tenaga untuk melawan penyakit.
4. Beri anak minum banyak air
-Beri anak air masak secukupnya. Ketika demam, suhu badan yang meningkat menyebabkan badannya kekeringan atau dehidrasi. Badan yang kekeringan air akan melambatkan proses penyembuhan.
5. Pakaikan anak dengan pakaian yang nipis.
Ketika anak demam, pakaikan mereka pakaian yang nipis dan selesa. Jangan selimutkan anak anda kerana iaya akan meningkatkan suhu badan. Letakkan anak di bilik yang suhunya lebih sejuk.
6. Sentiasa berada di sisi anak
-Anak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Tanyakan keperluannya, perasaannya, berbual-bual dengannya. Berilah semangat kepada anak untuk cepat-cepat sembuh.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...