Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

11/7/12

Baru Ku Tahu : SAPS semak markah peperiksaan anak secara online

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan perkhidmatan terbaru kepada ibu bapa penjaga. Semakan keputusan peperiksaan secara online ini boleh dilakukan dengan melayari portal Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).Selepas selesai sahaja peperiksaan atau ujian dijalankan ibu bapa boleh mendapatkan keputusan peperiksaan atau ujian anak mereka dengan pantas di portal tersebut. Untuk ke portal tersebut tuan/puan boleh lah melayari ke saps.moe.gov.my dan klik capaian semakan ibu bapa.atau klik SINI
Bagi Sekolah Rendah sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas.
manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas.

Nota Mama : Lepas ni lepas anak² periksa, mesti rajin² kan diri buka web tersebut...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...