Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

5/25/15

Memilih Bra Yang Sesuai Untuk Ibu Mengandung




Tatkala mengandung, akan berlaku perubahan pada saiz dan bentuk payudara seseorang. Ini kerana sewaktu mengandung buah dada membina tisu-tisu yang lebih banyak untuk memuatkan kelenjar-kelenjar susu.

Terdapat pelbagai jenis baju dalam untuk wanita-wanita mengandung atau yang sedang menyusukan, dan memilih satu yang sesuai untuk anda boleh jadi sukar. Pemakaian coli semasa mengandung atau menyusukan adalah pilihan peribadi seseorang. Walau bagaimanapun, memakai coli yang memberi sokongan boleh mengurangkan penarikan tisu yang boleh menyebabkan buah dada menjadi kendur. Wanita yang mempunyai buah dada yang besar secara amnya akan berasa lebih selesa memakai coli.

S : Bila harus saya memakainya?
J : Masa yang sesuai untuk memakai coli mengandung adalah berbeza dari seorang wanita ke wanita yang lain dan tidak ada masa yang tetap bagi setiap orang. Buah dada akan mula bersedia menghasilkan susu pada awal kandungan dan bagi sesetengah wanita, buah dada mereka akan membesar lebih awal daripada wanita yang lain. Secara amnya, perubahan akan berlaku sekitar empat bulan (16 minggu kandungan) dan inilah masanya mencari coli mengandung, jika belum mula memakainya.

S: Benarkah saya tidak boleh menggunakan coli berdawai?
J: Ramai wanita suka memakai coli berdawai, dan mereka keliru apabila diberitahu coli sebegini tidak digalakkan dipakai ketika mengandung atau semasa menyusukan. Sebabnya, sekali lagi, ianya kerana bentuk buah dada anda sedang berubah. Semasa menyusukan anak, saiz buah dada boleh bertambah atau berkurangan pada waktu siang, kerana susu sedang dihasilkan dan dikeluarkan.

Pengumpulan cecair pada akhir kandungan juga boleh menyebabkan buah dada membengkak. Walaupun sedikit sahaja perubahan saiz berlaku, coli berdawai yang keras boleh menekan buah dada yang sedang membesar. Tekanan ini boleh menyebabkan saluran susu atau mastitis tersekat dan oleh seba itu coli berdawai yang tidak fleksibel tidak disyorkan. Walau bagaimanapun, sekarang terdapat coli penyusuan yang mempunyai sokongan plastik yang fleksibel yang hampir sama dengan dawai. Ia direka untuk mengembang dan bertukar kedudukan, sejajar dengan perubahan bentuk buah dada.

S : Perlukah beli coli yang berasingan untuk penyusuan?
J : Coli yang direka untuk wanita mengandung juga boleh digunakan oleh wanita yang menyusukan. Coli mengandung dan coli menyusukan sebenarnya adalah sama. Semasa mencuba jenis-jenis yang berlainan, jangan lupa buka dan tutup cawannya. Kebanyakan coli boleh dibuka untuk menyusukan dan sesetengahnya lebih mudah digunakan daripada yang lain. Carilah coli yang boleh dibuka keseluruhan cawannya, berbanding dengan jenis "pintu bumbung" yang boleh menekan buah dada semasa penyusuan. Ada juga jenis coli yang mempunyai kancing dihadapan dan bahu.

S : Perlukah saya memakai coli semasa tidur?
J : Sama ada memakai coli atau tidak semasa tidur, ia adalah pilihan individu. Ada wanita yang merasakan mereka memerlukan sokongan sepanjang masa, ada pula yang tidak selesa memakai coli. Coli malam yang khas boleh didapati, atau anda boleh juga memakai coli yang terbuka di hadapan atau coli lembut yang lain.

S : Bagaimana menjaganya?
J : Dapatkan sekurang-kurangnya dua atau tiga pasang coli. Memandangkan susu anda kadangkala meleleh, anda perlu menukar coli lebih kerap daripada biasa. Coli seharusnya dibasuh dengan tangan dan dengan sedikit sabun. Anda tidak perlu merendamnya dalam peluntur atau cecair berubat kerana ini akan melemahkan fabrik dan boleh menyebabkan kegatalan kulit. Jika anda menjaga coli dengan baik, ia boleh bertahan sepanjang anda mengandung dan beberapa bulan selepas itu.

1 comments:

Zabrina Ar said...

Good info..
mamazab.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...