Bilakah perlu mencabut gigi susu?
Ramai ibu bapa yang datang ke klinik kerana mereka mahu mencabut gigi anak mereka yang bergoyang. Ada juga yang mahu mencabut gigi anak mereka kerana gigi kekal telah keluar di belakang gigi susu tersebut. Jadi persoalannya, adakah perlu cabut gigi anak apabila sudah goyang?
Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia 2 1/2 hingga 3 tahun, semua gigi susunya telah tumbuh. Ada kanak-kanak yang giginya lambat tumbuh dan ada pula yang cepat tumbuh. Jadi jangan risau jika gigi anak anda tidak tumbuh pada waktunya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh dahulu, di ikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.
Apabila umur kanak-kanak sekitar 6 tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika kita mencabut gigi tersebut terlalu awal, maka gigi kekal yang hendak tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Tambahan pula, lagi lambat utk gigi tersebut bergerak menembusi gusi. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya.
Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?
1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya
4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.
5. Jika takut utk cabut sendiri
Mitos yang mengatakan jika tak cabut gigi susu jika sudah goyang akan menyebabkan gigi kekal tumbuh tak lawa adalah tidak benar sama sekali. Apakah sebab gigi menjadi tidak teratur?
1. Keturunan
-rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat utk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.
2. Gigi yang dicabut terlalu awal
- Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak ke kawasan yang dicabut . Ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di situ tiada tempat . Biasa gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.
3. Gigi susu yang tidak dicabut
- jika terdapat gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh mengakibatkan gigi menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun
Jadi kepada ibu bapa di luar sana, bawaklah anak untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia 2 atau 3 tahun. Bila kanak-kanak itu sudah biasa dan tak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan tidak kiralah tampalan atau cabutan.
Jangan sesekali paksa kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik supaya kanak-kanak itu mahu untuk membuat rawatan.
Jika dipaksa ditakuti nanti kanak-kanak menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sampai dia dewasa. Jika kanak-kanak memang tidak mahu kasi kerjasama, ada cara lain selain paksa kanak-kanak itu.
Boleh membuat rawatan di hospital di mana kanak-kanak itu akan diberi ubat bius yang menyebabkannya tidur dan tidak sedar sepanjang proses membuat rawatan gigi.
Gigi yang bergoyang tidak semestinya dicabut terus. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi anda dan dapatkan nasihat tentang apa yang perlu dibuat…:)
**********************************************************************************
Pertumbuhan Gigi
Apa yang dimaksudkan dengan pertumbuhan gigi?
-Pertumbuhan gigi ialah proses gigi tumbuh di dalam mulut bayi/ kanak-kanak. Biasanya
pertumbuhan gigi ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.
Apakah tanda-tanda yang menunjukkan gigi anak anda tumbuh?
Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin :
• Menangis kerana tidak selesa
• Suka menggigit atau mengunyah
• Melelehkan air liur
• Demam (suhu badan meningkat sedikit)
Pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan gangguan kesihatan yang teruk seperti demam
panas dan cirit birit. Sekiranya ini berlaku, anak perlu dibawa ke klinik/ hospital dengan
segera.
Apa yang boleh anda lakukan bagi melegakan rasa tidak selesa semasa pertumbuhan gigi?
Cuba petua di bawah untuk melegakan rasa tidak selesa anak anda:
• Berikan benda yang keras, bersih dan selamat untuk digigit seperti gegelang gigitan.
• Berikan ubat penahan sakit jika perlu.
Peringatan
Sapu sedikit gel penahan sakit pada gusi yang berkaitan kerana anak kecil tidak pandai meludah dan mungkin tertelan gel yang berlebihan.
Jadual pertumbuhan gigi
Jenis gigi & Pertumbuhan gigi susu (usia anak)
Gigi kacip (insisor) 6 - 9 bulan
Gigi geraham (molar) pertama 12 - 15 bulan
Gigi taring (kanin) 18 - 20 bulan
Gigi geraham (molar) kedua 24 - 36 bulan
Gigi Kekal Lewat Tumbuh
Bila pertumbuhan gigi dianggap lewat ?
-Biasanya gigi kacip kekal di rahang atas tumbuh ketika kanak-kanak berumur 7 - 8 tahun.
-Pertumbuhan gigi dianggap lewat apabila gigi itu masih belum tumbuh bila kanak-kanak
telah mencapai umur 8½ - 9 tahun ke atas.
Kenapa berlaku kelewatan pertumbuhan gigi?
Pertumbuhan gigi lewat mungkin ada kaitan dengan :
• Gigi supernumerari (gigi yang lebih)
• Pembentukan gigi yang tidak normal.
• Bentuk gigi kekal atas yang tidak normal .
• Ruang rahang tidak mencukupi.
• Penyakit tisu lembut atau tulang gigi setempat.
Kelewatan pertumbuhan gigi jarang disebabkan oleh penyakit lain kecuali penyakit yang
mengganggu pertumbuhan dan perkembangan tulang seperti :
• Rickets
• Hypothyroidism
• Fibrous dysplasia
• Down's syndrome
Apa yang perlu anda lakukan bila gigi lewat tumbuh ?
• Bawa anak anda berjumpa doktor pergigian jika gigi kacip kekal masih belum tumbuh
setelah mencapai umur 8½ - 9 tahun.
• Jangan tangguhkan pemeriksaan pergigian kerana keadaan mungkin menjadi rumit.
Jadual pertumbuhan gigi
( Jadual ini adalah sebagai panduan sahaja)
JADUAL PERTUMBUHAN GIGI SUSU ( DESIDUS ) & MASA TANGGAL
Jenis Gigi
|
Masa Pertumbuhan
|
Masa Tanggal
|
---|---|---|
ATAS | - | -
|
Kacip Pertama
|
7 Bulan
|
6 Tahun
|
Kacip Kedua
|
9 Bulan
|
7-8 Tahun
|
Taring | 18 Bulan
|
12-14 Tahun
|
Geraham Pertama
|
14 Bulan
|
11-12 Tahun
|
Geraham Kedua
|
24 Bulan
|
12-14 Tahun |
BAWAH | - | - |
Kacip Pertama
|
6 Bulan
|
6 Tahun
|
Kacip Kedua
|
7 Bulan
|
7 Tahun
|
Taring | 16 Bulan
|
9-10 Tahun
|
Geraham Pertama
|
12 Bulan
|
10-12 Tahun
|
Geraham Kedua
|
20 Bulan
|
11-12 Tahun
|
Nota : Masa pertumbuhan lebih atau kurang 6 bulan dari masa yang dinyatakan di atas, dikira normal.
JADUAL PERTUMBUHAN GIGI KEKAL
Jenis Gigi
|
Masa Pertumbuhan
|
---|---|
ATAS | - |
Kacip Pertama
|
07-08 Tahun
|
Kacip Kedua
|
08-09 Tahun
|
Taring | 11-12 Tahun
|
Geraham Kecil Pertama
|
10-11 Tahun
|
Geraham Kecil Kedua
|
10-12 Tahun
|
Geraham Pertama
|
06-07 Tahun
|
Geraham Kedua
|
11-13 Tahun
|
Geraham Ketiga
|
17-21 Tahun
|
BAWAH | - |
Kacip Pertama
|
06-07 Tahun
|
Kacip Kedua
|
07-08 Tahun
|
Taring | 09-10 Tahun
|
Geraham Kecil Pertama
|
10-12 Tahun
|
Geragam Kecil Kedua
|
11-12 Tahun
|
Geraham Pertama
|
06-07 Tahun
|
Geragam Kedua
|
11-13 Tahun
|
Geragam Ketiga
|
17-21 Tahun
|
Nota : Masa pertumbuhan lebih atau kurang 6 bulan dari masa yang dinyatakan diatas, dikira normal.
Penjagaan Gigi Kanak-kanak Istimewa
Latar belakang
Kanak-kanak istimewa ialah kanak-kanak yang memerlukan penjagaan khusus kerana mempunyai masalah fizikal, mental atau pun perubatan.
Mengapa mereka memerlukan penjagaan gigi khusus?
Kanak-kanak istimewa memerlukan penjagaan gigi khusus kerana:
• mereka mudah atau berisiko tinggi untuk mengidap penyakit gigi kerana mereka tidak
berupaya menjaga kebersihan mulut sendiri.
• rawatan gigi mungkin sukar dilakukan kerana masalah fizikal, mental atau pun
perubatan yang dihidapi .
• rawatan dengan bius am (general anaesthesia) mungkin diperlukan .
Bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak ini mencegah penyakit gigi?
Penyakit gigi boleh dicegah dengan memastikan:
• Penjagaan kebersihan mulut yang baik - berus gigi setiap hari terutama selepas makan
dan sebelum tidur dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.
• Makan secara sihat dengan pengambilan makanan seimbang dan kurang kandungan
gula.
• Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
Menghisap Ibu Jari
Latar belakang
-Menghisap ibu jari adalah tabiat yang biasa di kalangan kanak kanak.
-Kebanyakan kanak-kanak akan menghentikan tabiat ini apabila
mencapai umur 2 hingga 4 tahun.
Bilakah tabiat menghisap ibu jari menjadi satu masalah?
Menghisap ibu jari akan menjadi satu masalah JIKA tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh.
Apakah kesan menghisap ibu jari?
Tabiat menghisap ibu jari yang berterusan boleh menyebabkan :
• Gigi jongang
• Masalah gigitan : Gigitan terbuka - gigi kacip di rahang atas dan bawah tidak rapat
Bagaimana tabiat ini boleh dihentikan?
Berikut ialah antara petua untuk membantu anak anda berhenti menghisap ibu jari.
• Balut ibu jari.
• Sapukan bahan yang rasanya tidak disukai oleh kanak-kanak seperti kuinin atau lada
sulah pada ibu jari.
• Beri pujian, ganjaran dan perhatian apabila anak anda tidak menghisap ibu jari.
• Pastikan anak anda sibuk dengan aktiviti seperti menyanyi dan bermain muzik supaya
lupa untuk menghisap jari.
• Libatkan anak anda dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan. contoh: alat
permainan
• Dapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip
kekal tumbuh (berumur 7-8 tahun).
Gigi Bertukar Warna
Apakah yang dimaksudkan dengan gigi bertukar warna ?
Gigi dikatakan mengalami perubahan warna jika warnanya tidak kelihatan seperti normal.
Perubahan warna ini disebabkan oleh dua faktor:
• Masalah semasa pembentukan gigi yang mana boleh menyebabkan warna gigi itu
berubah. Ia dikenali sebagai perubahan warna intrinsik.
• Benda asing yang melekat pada permukaan luar gigi selepas gigi tumbuh. Ia juga
disebutkan sebagai perubahan warna extrinsik.
Apakah punca perubahan warna gigi?
Perubahan warna intrinsik boleh berlaku disebabkan oleh :
• Kerosakan gigi (karies)
• Pengambilan ubat tetracycline atau fluorida yang berlebihan semasa tempoh
pembentukan gigi
• Kecederaan gigi
• Masalah kesihatan semasa tempoh pembentukan gigi
• Masalah kongenital saluran hempedu
Perubahan warna extrinsik pula berlaku mungkin disebabkan oleh:
• Pengambilan ubat-ubatan yang berpanjangan seperti zat besi
• Bakteria dalam mulut.
Peringatan apabila mengambil antibiotik
Ubat tetracycline yang dimakan oleh ibu hamil juga boleh menyebabkan warna gigi susu
anak menjadi tidak normal.
Bagaimanakah perubahan warna gigi berlaku?
Warna gigi boleh bertukar menjadi:
• coklat
• hitam
• hijau
• kelabu kebiruan.
• putih berkapur
Implikasi perubahan warna gigi
Kanak-kanak yang mempunyai gigi yang mengalami perubahan warna :
• akan membesar dengan paras rupa yang kurang menarik
• mempunyai kurang keyakinan diri
Bolehkah warna ini dihilangkan?
Penstainan ekstrinsik mudah dihilangkan dengan penskaleran dan penggilapan (polishing)manakala penstainan intrinsik memerlukan kaedah rawatan yang lebih rumit.
Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah gigi bertukar warna?
Untuk mengelak penstainan intrinsik:
• Amalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik.
• Beri tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang penggunaan ubat gigi berfluorida bagi
mengelakkan penggunaan yang berlebihan.
• Beri tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang penggunaan ubat gigi berfluorida bagi
mengelakkan penggunaan yang berlebihan.
• Guna alat pelindung mulut semasa aktiviti lasak seperti berbasikal dan ragbi.
Untuk mengelak penstainan ekstrinsik:
• Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur.
• Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
Semakan akhir : 30 Mei 2008
SUMBER : Info Sihat
0 comments:
Post a Comment