Putera & Puteri-Puteri Mama

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"

Tq So Much Dear...

Tinggalkan Jejak Anda Disini. Insya'Allah Ninie Datang Ziarah Nanti Ye...

Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

6/21/11

Cameron Highland 2011. Kami Datang Lagi...

Cameron Highland... Kami datang lagi... Wow... memang suka datang sini. Kompem sejuk tahap gigil bila malam. Hu3... Actually, penginapan kami ditaja untuk percutian kali ini. 3hari, 2malam di apartment Royal Lily, Tanah Rata, Cameron Highland. Kalau tak pergi memanglah rugi...

Berbalik kepada story mory ye... Actually, pada hari yang berkenaan Ninie dapat 2hari MC because darah tinggi. Pembantu Perubatan tu cakap, tak kompem lagi, kena buat medical check up selang sehari. Jika keputusannya masih masa, maksudnya, bila dah check sebanyak 4kali tu tekanan darah masih tinggi, maka kenalah jumpa dengan Doktor dan bergantung kepada doktor tersebut samada bagi nasihat ataupun perlukan makan ubat.(tak mau, tak mau... wa...Ninie muda lagi....). Mungkin Ninie stress @pun tired sangat agaknya... sebab tu tekanan darah tu naik.Hu². Biasalah, travel ulang alik ke tempat kerja (pergi sejam, balik sejam...) Kat rumah dengan hal rumah pulak... penat tak usah nak cakaplah...

So, Pakwe Ninie bawa bercuti suruh releks² tenangkan diri, rehatkan minda. Cewah... bukan kami berdua aja. Of course dengan anak² sekali. Kalau diorang takde, tak meriah la pulak... Kami bergerak jam 12.30tghari.....

Entah mengapa, keempat² anak² bertuah ni boleh mabuk pulak. lepas sorang² muntah. mujur bawa plastik. Aduhai anak... Layang pic. Hubby ikut highway yang sama kami lalui tahun lepas. Lepar Utara-Jerantut-pos betau- (tak tau dah...hu3)

Perjalan dihiasi suasana hutan yang menyamankan dengan pemandangan hijau.Bila diamati, kebanyakkannya pokok buluh...



Kena juga berhati² dengan keadaan jalan yang agak tak rata dan ada juga yang runtuh seperti pic ni... So, yang lalu jalan ni drive carefully tau...


Sesekali jalan yang sunyi sepi ni, ternampak juga insan² yang berhenti di tepi jalan mengambil buluh agaknya...


Tengok.... susah betul nak jumpa kenderaan kat sini... Lupa nak cakap, pastikan isi minyak kereta anda penuh² tau.Sebab memang takde stesen minyak pun kat highway ni.. Hubby dah isi penuh² tadi kat Lipis..


Jambatan² yang panjang sepanjang highway...


Hubby berhentikan kereta disalah satu jambatan di sepanjang highway sebab si bongsu nak muntah. Plastik pula habis pulak dah... Bila jenguk kat bawah, see.... ada sungai rupanya... Cantik!


Sekali sekala ada juga kereta yang melalui kawasan ni. Begitu juga dengan lori² balak yang mengambil hasil hutan ni. Urm... tahun lepas takde pun lori balak ni rasanya...


Uik, ada signboard kijang/kancil melintas lak. He², tak nampak pun....


Yeha... kami dah hampir sampai... di Ringlet...


Stop kat bandar tanah trata dulu bayo bil Maxis yang terlupa nak bayo...amboi sampai Cameron highland bayonya... Terminal Freesia yang telahpun siap. Tahun lepas datang takde pun. Makin maju kawasan ni kan...



Cantiknya pemandangan ladang teh ni... Actually, kami nak ke Ladang teh BOH di sungai palas, tapi rupa²nya dah tutup jam 4.30ptg tadi. Kami sampai jam 5.00ptg, takpe² esok kami datang ye... Berhenti tepi jalan jap posing²....




Turun dari Ladang Teh BOH, Sungei Palas, Kami ke Taman Rama². Ha, yang ni tutup pukul 6.00ptg tau... Jom....


Pandai Butterfly ni beratur erk...


Selain Rama², Ada juga binatang lain yang dipamerkan... Seperti Arnab, Ayam, Tikus (rupa macam tikus tapi saiznya sedang²), burung, ular....


Amboi... anak² mama ni, bukan main lagi kusyuk melihat binatang² yang dipamerkan..


So Beautiful....



Kura-Kura


Nampak tak?... Ni pokok dan sebelah kiri yang warna hijau gelap sikit tu serangga tau... boleh gerak²...


Insect & Butterfly Museum... Nampak dah lama sangat dah bangunan nih...




Anak² dara Mama yang dah keletihan... Belum habis explore lagilah sayang....


Si Montel -Along


Anak² Dara...



Bukan senang nak bagi 2 ekor rama² ni bergambar sekali. pegang pun kena hati². Nak terbang je... Pemalu agaknya. Hu3


Dari Tamn Rama², Kami bergerak ke kawasan KEA FARM. tapi hari dah petang sangat... Just singgah kat kedai yang menjual batu permata/kristal... Dua orang ni tokey kedai... Adalah yang digrab oleh Hubby & Ninie... Owner ni so friendly, disebabkan kami pelanggan terakhir sebelum kedai ditutup, anak² dara Mama dapatlah seutas gelang setiap sorang dan Along sebentuk cincin biasa je sebagai cenderahati... tqvm....



Perut yang lapar harus diisi... Sebenarnya dari KEA FARM kami bergerak ke apartment dulu. Tapi, si pemegang kunci ada hal (dia keluar). Dari duk menunggu, baik kami pergi mamam dulu... (tomyam campur, kailan ikan masin, sotong celup tepung, telur dadar, nasi putih, nasi goreng ayam, milo ais... kenyangnya perut....)



Adik yang makan nasi putih dengan sos cili je. Lauk pauk semua dia tak mau. Sedap macam tu je katanya.


Lepas mamam, gerak ke apartment. Wah bestnya... ingat nak landing tido je... lagi pulak dah 9.30malam dah pun...




02/06/2011 - Khamis...
Apa perancangan hari ni? Ha... ikut mana Hubby bawa le... Hubby laju je gerak menuju ke Tapah... nak kemana ni? Tapi On the way tu... Singgah di LATA ISKANDAR dulu....




Hubby yang sibuk menjenguk²


Ha, Adik watpe tu...




Cantiknya air terjun....





Akhirnya, hampir sejam dar tempat penginapan, kami sampai disini... HUTAN LIPUR KUALA WOH, Negeri Perak. Ada kolam air panas disini. Tujuan utama datang sini pada mulanya nak mandi kolam air panas la. tapi rupa²nya kolam air panas tu ada sebuah je dan tak boleh digunakan pun. Maybe tak dijaga dengan baik. Penuh lumpur dalam kolam tu. Yang boleh mandi cuma di sungainya aja. Mama tak kasi anak² bertuah ni mandi sebab takut tak terkepung. Al-Maklumlah sunga. Lagipun jam dah hampir 1.00tghari. Rasanya macam tak sesuai juga...



Kami mamam dulu bila sampai sini. Kebetulan pula memang ada sebuah je kadai disini. Harganyapun boleh tahan juga.... Si tomei nomei mamam aiskrim





Mama, Hubby dan Ihsan makan Nasi Lemak.. -RM 4.00 sepinggan...


Meninjau lokasi...nampak tak tali kuning tu? ha itulah kawasan kolam air panas yang telah ditutup...


Posing kat signboard... Tak tahulah bila pula nak sampai sini lagi.




A big Strawberry... Mercu Tanda Cameron Highland...



Ha, ce teka... katne ni...CAMERON BHARAT PLANTATION



Kita minum dulu.... 6 cawan teh - RM 18.00. Teh asli betul ni... rasa kat tekak... anak² tak mau telan mulanya. tak sedap kata mereka... Minum juga nak oi....


Hubby yang rajin melayan karenah anak²





Alahai, kusutnya Khairina ni... baru bangun tido lah ni...


Sayupnya ladang teh... kami tak turun pun untuk berjalan². Dah tak larat la...









Makan malam di tempat yang sama... Kali ni Makan STEAMBOAT pulak - RM 30.00/set... Sedapnya...


Mama Comel si tukang masak ni...


Amboi Along... sedapnya mamam erk...






Habis licin semuanya...Alhamdulillah...



03/06/2011 - Jumaaat
Pagi↓3 hari lagi kami dah check out dari apartment... lokasi pertama... KEA FARM... Dok membeli sayur²an.... Then terus menuju ke LADANG TEH BOH SUNGAI PALAS....

Sarapan dulu...


Mama with Teh Tarik


Di Kedai Jualan hasil teh....


Pose di Signboard dulu...





OTW sebelumbalik... singgah dekat kawasan Rose Valley... Tak masuk pun... Just singgah di kedai² untuk membeli 2 pasu pokok strawberry....


Kali ni Hubby balik ikut jalan GUA MUSANG yang memang kompem jauh dari jalan yang kami lalui untuk ke Cameron sebelumnya. Kata Hubby, saja je nak lalu ikut situ... Ninie ikut aja... lagipun bukan ninie yang drive kan... huahuahua....

OTW, singgah di Tamn Botani kalau tak silap dekat area Gua Musang... Ada gua kat sini. kami lepak² lepas penat jap....



Ha3. tak sah kalau tak gambo ngan Signboard...


Ninie tak tau Hubby bawa pusing² katne... Kata Hubby, saja nak tengok tapak perkhemahannya dulu area tahun 2003... Kawasan ni dah pun ditutup. Dipercayai terdapat lombong Emas di sini.... (takde pula terjumpa seketul dua... kalau idak, kayo den...kui3). Ha nengok, ni la signbord syarikat emas tu... tak boleh tahan... nak pose juga...


***********************************
Selesai.... Home Sweet Home.....

4 comments:

PUANSTOBERI said...

wah..bes..bes..nati reen nak pegi gak sini. tp tatau jadi ke tak.
nak balik kg, nati leh singgah la sini.

Darling Ninie @ Mama Comel said...

@PUANSTOBERI
Pegi la Reen... best tau...

Salina@IbuAqil said...

Dear!! Awat x calling2 bila mai cameroon.. Leh kita dating.. :D Lain kali nak dtg bagitau erk.. Cameroon tu tmpt kesukaan kami gak tu.. :D Cejuk Nyaman je tempatnya kan? :D

Darling Ninie @ Mama Comel said...

@Salina@IbuAqil
Ibu...Memang nyaman. Malam sejuk tahap gigil. Tempat peberet tu. Len kali kalau nak turun lagi Mama calling² ek. Kita g dating²...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...