Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

9/23/11

Taman Esplanade Tanjung Api, Kuantan, Pahang

18 September 2011 - Ahad
Hujung minggu... Awal Hubby bangun hari ni begitu juga dengan anak² tersayang. Jam 7.30pagi, Hubby ajak kami berjalan² di Esplanade Tanjung Api.Layankan aja... Semua masih belum mandi... tapi nak juga ikut jejalan tengok air laut...

Dari rumah ke Esplanade cuma berjalan kaki je dan tak sampai 1/2jam dah pun sampai... Cuma pagi ni takde angin yang sepoi² bahasa... cuaca pun suram je...

If petang @ malamselalunya ramai orang... ramai yang jadikan kawasan ni tempat photoshoot pic kahwin @ family... Tak kurang juga yang berjalan² bawa family sambil berkelah... siap bawa bekal lagi & tikar. Nak² pula kalau kalau angin sepoi² bahasa bertiup. Best sesangat...














Masjid yang dekat sangat dengan Esplanade ni...





Cuma pemandangan persisiran pantai tak berapa nak cantik. Almaklumlah.. sini merupakan kawasan perkampungan nelayan



Nota Mama Comel : Mujur dekat dengan rumah MIL. Senang nak jejalan biarpun di waktu malam...

9/19/11

Darling Ninie Family : Syawal 1432H (2011)

Jom tengok² gambar sempena syawal 1432H walaupun lambat sikit untuk dipaparkan disini berikutan netbook kesayangan Ninie yang tengah sakit...
30 Ogos 2011 (Selasa) - 01 Syawal 1432H
Our Big Family... Dengan Tema KUNING DIRAJA. WINK3. But Baju Hubby Baju yang dipakai masa akad nikah 11 tahun yang lalu.. My Mum (Yang buat baju Ninie & Anak²) tak mau buat baju melayu. So Hubby pakai baju lama. Baju Ok... Tapi seluarnya K.O... hu3... mau taknya, 11tahun dulu pinggang baru 29", sekarang dah 31". Pagi² raya dah sibuk outer semula kancing seluar. Boleh la pakai 1/2hari untuk beraya 1Syawal tu. Lepas jejalan rumah saudara mara,perut penuh kena ganti jeans la... Se'eh katanya....

Hubby with anak² girl tersayang. Pepagi raya belum pun pergi beraya lagi dah macam² aksi. Anak²

Si Montel, Along with Hubby... Satu²nya anak Bujang Mama & Ayah. (Setakat ni la). Merangkap juga photographer Mama bila jejalan. Pic Mama banyak diambil oleh anak bujang ni la... baru 9tahun je ni...

Both of Us... (Ninie & Hubby)


Khalisah Batrisyia (Kakak -1st Twin)

Khairina Basirah (2nd Twin)

Aqilah Qistina (Adik)

Anak² girl Mama

Khairina with Faris (sepupu)

Khalisah with Azri (sepupu)

Qistina with Irfan (sepupu)

Anak² bersama sepupu² mereka (belum semuanya sekali tau)


31 Ogos 2011 (Rabu) - 02 Syawal 1432H
Perjalanan yang agak jauh dari Bandar Kuantan. Selepas beraya di rumah saudara mara di Bandar Kuantan, Kami bergerak ke Kg. New Zealand, Maran, Pahang. Rumah Mak Tok sebelah Hubby... dari sana kami ke Felda Jengka 18 pulak melalui highway.... penatnya... keluar rumah jam 11.00pagi, sampai semula Bandar Kuantan jam 11.00malam...

Takde gambarpun... lupa nak snap... gambar kami berdua aja la...


03 September 2011 (Sabtu) - 05 Syawal 1432H -Malam
Hari Khamis, 03 Syawal, Kami sekeluarga pulang ke Lepar Utara, Jumaat 04 Syawal, Ninie kerja... 05 Syawal.... lepas bersiap² kami sekeluarga bergerak pulang ke Kuantan semula.... Hubby & MIL nak ke Kebun di Pekan, Pahang...

Malamnya ada kenduri Tahlil buat arwah Ayah Lek... Al-Fatihah buat beliau... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang² yang beriman. Amin....




Selamat Hari Lahir Suamiku...


Dear My Beloved Husband :

Semoga Panjang Usiamu
Semoga Murah Rezekimu
Semoga Menjadi Hambanya Yang Soleh
Semoga Menjadi Ketua Keluarga Yang Penyayang
Semoga Kebahagiaan Milikmu Hari Ini Dan Hari² Yang Bakal Dilalui
Semoga Segala Urusan Yang Dihadapi Sentiasa Dipermudahkan OlehNya
AMIN....

Selamat Hari Lahir Ke-35 Buatmu Suamiku
LOVE YOU VERY² MUCH


9/17/11

My Beloved Husband : Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 11

17 September 2011 - Sabtu

To My Beloved Husband :



Syukur Alhamdulilllah... Genap sudah 11tahun usia perkahwinan kita yang telah diserikan dengan kehadiran 4 orang cahaya mata sebagai penyeri Keluarga kita ini...

Selama 11 tahun jugalah kita telah bersama² merasai asam garam hidup ini... pahit, manis, masin, tawar, pahit, riang dan sebagainya dalam melayari bahtera rumah tangga dan juga dalam mendidk anak² menjadi insan yang berguna....

Buatmu Suamiku... Sesungguhnya terima kasih ku ucapkan atas segalanya...

Semoga ikatan kita ini kekal buat selamnya hingga ke akhir nyawa.... Bersama²lah kita berdoa padaNYA....

Nota Mama Comel : MOHAMAD ADLI BIN ABDUL GHANI. I LOVE YOU SO MUCH. MUAH!
INGAT - RINDU - KASIH -SAYANG - CINTA -SETIA
Bersyukur dengan limpah kurnia dari ALLAH...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...