Pic : GOOLE
Malam tadi... tak malam juga la... kira pagi sebab jam 2.00pagi... Ada pula angin untuk 'blogwalking' baca entry² para blogger... Tapi 'mood' terganggu lantaran bila masuk beberapa blog blogger kebanyakkannya remaja terkejut/sentap dibuatnya dengan muzik yang kuat. Bayangkanlah... waktu sunyi sepi/orang dah tido.... Gugur jantung dibuatnya. Wakaka...Check volume control komputer, tidaklah tahap maksima 1/4je. MP3 yang dipasang pada komputer pun tak sekuat mana.. Apasal yang dari blog tu bunyinya kuat sangat. Kalau ada bayi kecil duk tidur sebelah ni, kompem terjaga. So, bila masuk hampir 5buah blog macam tu... cepat² je tangan ni tekan butang X. Dah tentu²nya lagu dari blog tersebut mengganggu mp3 yang terpasang pada komputer. Nak baca isi blog tersebut pun jadi malas. Tambahan pula lagi bila klik pada next entry, lagu yang terpasang tu akan dimainkan semula. Aduhai... Mengganggu.
Sekadar pendapat kecil... Ada blog yang pasang lagu tu senang nak dicari widget tersebut dan tekan butang stop/pause... tetapi ada juga yang kena scroll sampai bawah baru jumpa. Sejujurnya bagi pembaca macam Ninie walaupun sekadar silent reader... Jadi malas dah nak masuk ke blog sebegini. Ye anda tuan empunya blog... Tapi kalau niat buat blog memang taknak pengunjung yang seperti Ninie ni oklah... tak apa. Sebab Ninie mudah sesangat tekan butang X (Tutup terus blog tersebut)...
Satu lagi yang Ninie jadi malas nak ke kembali sesebuah blog walaupun adakalanya penulisannya bagus dan gambarnya menarik... Bila nak masuk mesti ada paparan WELCOME-KLIK TO ENTER... Then Archive/Arkib tak ada... Ada sesebuah cerita tu nak diikutipun payah... Asyik nak kena klik older post... Kalau klik pada older post tu terus jumpa ok juga... Ini tak, nak kena klik lagi OLDER POST tu berulang² kali... Uwa... tension dibuatnya...
Sekadar luahan sahaja dan diharapkan jika ada yang membaca tidak terasa. Sekadar pandangan cuma. Internet di rumah Ninie bukan lagu macam cheetah. Tapi sekadar kelajuan seekor siput. Maunya tak panas hati bila nak kena tunggu loading yang lambat... entry yang dicari payah nak jumpa...
Nota Mama Comel : Setiap orang berbeza citarasa... terpulang pada keselesaan masing².
2 comments:
kalau masa yang terlebih semua nak disinggah...
@Qhaifa Nur
Tapi masa selalunya cukup² je... Kalau ikutkan hati, semua nak singgah...
Post a Comment