19.05.2012 Sabtu
Kami sekeluarga bergerak dari rumah ke Kuantan untuk menghadiri kenduri kahwin rakan sepejabat En. Hubby, Azira dengan pasangannya.... Tahniah buat kalian berdua (takde pic la pulak...)... Dari rumah kenduri... terus meluncur laju ke rumah Ibu mertuaku tersayang.... wah hujung minggu kami di Kuantan la nampak gayanya... Lebih kurang jam 6.30ptg, En. Hubby bag 'hint' ajak keluar bawa anak². Pada mulanya nak ke taman prmainan di belakang rumah ni aja. Tapi MIL bagitahu yang di Taman Bandar Indera Mahkota ada program/aktiviti belia... so En. hubby pun terus menuju ke sana. Tapi alahai... dari Tanjung Api nak boleh sampai ke sana.... Mau makan masa 40minit di sebabkan 'traffic jam'... Almaklumlah hari cuti kan....
Dah sampai... Kami terpaksa berjalan masuk agak jauh mungkin ada juga dalam +- 500meter disebabkan 'parking' agak jauh dari tempat yang nak dituju... nampak meriah betul... Anak² yang bukan main teruja sebab ada belon udara panas, motor, kereta dll. Kami berjalan ke seluruh khemah/booth yang ada. Dari pameran hinggalah yang jualan. Penat tak usah dikata. Habis lenguh² kaki Mama ni gara² pakai kasut bertumit tinggi walaupun tapaknya rata. Melecet jugalah dibuatnya. Untuk malam ni adalah sedikit gambar yang diambil. Sayangkan bateri kamera sebab tak bawa pengecasnya.
20.05.2012 Ahad
Hari ni dah nak balik rumah dah. Esok Mama, Ayah dan semua anak² Mama sekolah.... Anak² bertuah kalau boleh tak nak balik lagi sebab bila balik Kuantan, ada je tempat yang nak diajaknya berjalan. Lain kali ok....
Sebelum terus pulang ke rumah, En. Hubby singgah dulu di Taman Bandar Indera Mahkota. Ingatkan hari ni nak ambil gambar belon udara panas tu... sekali belon dah tak ada... "Mama, belon semalam dah tak ada" ujar anak² bertuah yang mungkin juga teruja nak tengok belon udara panas tu. Asyik tengok di TV aja kan.. Takde rezeki rupanya hari ni. Sampai aja kami di sini... Sedang ada pula maskot BoyboyBoi... Peluang ambil gambar ni. Tapi anak² comel Mama ni takut pulak sebab tengok maskot besar sangat agaknya... Mama? ambil peluang jugalah....
Jom layan sedikit gambar semasa kami di sini ye....
0 comments:
Post a Comment