Dugaan + Cabaran + Kesabaran = Insya'Allah Tuhan permudahkan dan melimpahkan rezeki kepada setiap hambanya.(Walaupun sedikit, janji ada...)
Urm... Dugaan sebagai peniaga online... Entry terdahulu, klik SINI...
Terbaru, Ninie dihujani dengan email dan juga private message (PM) di FB. Actually, ada dari orang yang sama berulang kali bertanya harga setiap item kraf Ninie dari harga runcit sehinggalah harga borong. Pada mulanya layankan sahaja. Mungkin orang ini nak buat tinjauan harga/kira² sebelum order. Oklah tu kan....
Tapi, bila diselidiki, orang yang rajin bertanya itu rupa²nya juga seorang krafter... Apa maksudnya? Item yang dijual lebih kurang sama seperti item hasil kraf anda. Mungkin 'pattern' dan warna yang sedikit berbeza. Apakah persepsi anda? Bagi Ninie itu tiada masalah... Sebab kebanyakkan krafter punya idea/ mencari idea dari hasil kraf orang lain yang mungkin diubah sedikit mengikut citarasanya. Dah tentu²nya hasilnya tak sama dengan hasil kerja kita. Sekarang nak cari 'pattern' @ 'template' sungguh mudah. Hanya GOOGLE sahaja, kena pada 'keyword' Insya'Allah jumpa....
Persoalannya di sini... tidak bolehkah anda tanya secara terus/jujur? mungkin anda baru belajar... Jika anda jujur, Insya'Allah... dengan hati terbuka kita boleh terima. Asalnya Ninie juga tidak reti dalam bab letak meletak harga ni. Sehingga kini pun masih terkial² lagi sebenarnya. Ada masanya kita jual mahal, orang lain jual lebih murah... kenapa? Mungkin kita dapat barang mentah pada harga yang mahal dan mereka mendapat bahan mentah pada harga yang murah (Selalunya jika beli borong, untung sesangat... dapat murah... So pembelian secara borong amatlah disyorkan. Wink3)
Akan tetapi, sekarang ni group² untuk para crafter banyak di Facebook. Ninie walaupun tidak aktif dalam group samada 'like' @ komen.Tapi kalau buka FB, group crafter yang akan di lihat terlebih dahulu. Kadangkala, perbincangan antara crafter ini amatlah bermanafaat yang mana dapat juga dijadikan sumber rujukan dan juga perkembangan idea. Jika teragak² nak letak harga, boleh bertanyakan pendapat mereka yang kebanyakkkannya otai² belaka dan Insya'Allah, mereka sedia membantu anda. Supplier pun ramai juga... Antara group² crafter Facebook...:(Banyak lagi sebenarnya...)
Sew & Craft
Felt Craft
Geng Felt Crafter
Cute Craft Online
Hasil² Crafting Untuk Di Kongsi Bersama
D'Lovely Craft
Craft Is Art
Nota Mama Comel : Allah Maha Kaya, Rezeki masing², mungkin tiada hari ini tetapi diberikan esok lusa. Biarpun tidak sebanyak mana... Alhamdulillah, ada dari tiada. Senantiasa bersyukur atas rezeki pemberian dari Nya.
0 comments:
Post a Comment