Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

6/6/14

Senjata Pertahankan Diri Buat Wanita


Senjata buat wanita. Semakin lama semakin mengancam dunia ni lebih-lebih lagi buat wanita. Jadi di sini ada senarai barang yang mungkin nampak macam biasa, tetapi ada gunanya tahu. Antaranya ialah:

1. Kunci. 
Sekiranya terancam, gunakan kunci sebagai senjata dengan mengepit di celah jari.

2. Kasut tumit 
Buat apa beli kasut tumit cantik-cantik, tetapi tak tahu fungsinya mampu mempertahankan diri. Ketuk je dengan kasut tu kalau orang kacau.

3. Minyak wangi 
 Sembur mata dia, konfem menggelepur kejap, dah dia menggelepur tu, kamu larilah.

4. Payung 
Sondol je dengan payung kalau ada yang cuba berniat buruk. Lepas tu bantai habis-habisan.

5. Selendang 
Boleh digunakan untuk mencekik orang yang menyerang.

6. Pen atau pensel. 
Bucu pen dan pensel biasanya tajam. Kalau terancam, cucuk ke pensel atau pen dekat leher, konfem 'diam'

7. Beg 
Selalu nampak bawa beg, tetapi letal benda berat-berat. Kalau kena serang, bantai je guna beg tu.

8. Kuku 
Senjata buat wanita yang suka simpan taik di celah kuku. Boleh cakar sampai menangis.

9. Mulut 
Dah ada mulut tu, kalau terancam, gunalan suara anda sehingga pitching lari.

Sebenarnya perempuan terancam kerana menampakkan kelemahan sendiri. Ada juga kerana membuka aurat dan sentiasa kelihatan vouge membuatkan diri menjadi tarikan kepada orang lelaki. Jadi, jagalah diri anda.

Sumber : Facebook

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...