Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

6/3/14

Kurung Moden Lace Yang Cantik Untuk Anda!

Alhamdulillah...Sedar tak sedar sekejap je masa berlalu. Sekarang dah pun Bulan Sya'ban 1435H kemudian Bulan Ramadhan datang menjengahkan dirinya.

Kali ini nak bercerita tentang baju raya... Apa tema/warna baju raya anda pada tahun ini? Ninie?... Perancangannya Merah/Oren gitu... Boleh tak? Hihihihi... Biar sakit mata tatkala sang mentari memancarkan sinarannya....

Kain dah dibeli? Baju dah hantar ke kedai untuk dijahit? Hihihihi... Kalau lambat hantar... Alamatnya... Ada ke tukang jahit nak terima lagi kan? Ada kes... Si Tukang Jahit terima setelah dirayu² dan sanggup bayar extra dari harga biasa. Sudahnya pakaian siap tatkala lusa nak raya. Mujur siap.... Kalau tidak? Nangis gamaknya kan...

Ok... Ninie rajin juga survey² dan jadi rambang mata gitu... Macam² dah rupanya fesyen baju² sekarang ni ha... Ada RM semua boleh beli kan.... Yang menarik perhatian Ninie pada kali ini ialah ZALORA. Mesti pernah dengar kan? Siap ada iklan di TV lagi... Ha..... Apa yang Ninie berkenan tu? Ninie berkenan dengan baju Kurung Moden Lace yang nampak cantik dan kalau pakai Kau memang de Bom gitu... Koranglah... Ninie bambam nampak macam apa gamaknya...

Sedar tak sedar, Hari Raya bakal menjelang tidak lama lagi. Seperti tahun-tahun sebelumnya, persiapan Hari Raya selalunya akan dibuat jauh lebih awal agar segalanya tampak sempurna. Persalinan baju raya yang baru lazimnya persediaan yang utama sekali bagi setiap individu baik lelaki mahupun wanita. Ini kerana, Hari Raya tidak akan meriah tanpa persalinan baju raya yang serba baru.

Jikalau selama ini baju kurung adalah sinonim dengan wanita di Malaysia. Kini baju kurung telah dipelbagaikan variasinya seiring dengan gaya hidup yang moden dan sekaligus ianya sesuai juga digayakan tatkala hari² biasa seperti ingin menghadiri majlis² tertentu seperti perkahwinan, majlis makan malam malah ianya sesuai untuk digayakan ketika di pejabat juga!

Jika diperhatikan, rekaan baju kurung moden lace masih mengekalkan ciri-ciri klasik baju kurung itu sendiri dengan sedikit suntikan rekaan moden dan penambahan lace. Berbeza dengan baju kurung klasik, kurung moden lace mempunyai potongan yang tidak terlalu lebar dan potongan kain yang tidak berkedut. Pendek kata, kurung moden merupakan fesyen yang ideal untuk wanita kini.

Rasanya tidak lengkap jika anda tidak mempunyai kurung moden lace ini di dalam koleksi pakaian anda. Ianya bukan sahaja popular dalam kalangan wanita Melayu malah mereka yang berlainan bangsa turut memakainya atas sebab selesa dan stylish untuk digayakan. Selain itu Muslimah dress ini juga senang digayakan tanpa perlu dipadankan dengan aksesori yang banyak. Sekadar shawl atau tudung bagi mereka yang berhijab, bersama dengan shoulder bag atau clutch untuk gaya elegant dan segar.

Apa yang penting adalah, wanita masih kelihatan ayu dan sopan serta pada masa yang sama kelihatan anggun dengan persalinan kurung moden yang pastinya menawan . Seperti jenis baju kurung yang lain, baju kurung moden lace juga diperbuat daripada jenis fabrik yang selesa seperti cotton untuk memberikan jaminan keselesaan yang optimum sepanjang hari.

Kini terdapat banyak koleksi baju kurung lace wanita yang boleh didapati secara atas talian melalui online shop. Shopping online adalah jawapan terbaik buat mereka yang tiada masa atau terlalu sibuk dengan kerja untuk keluar membeli-belah. Malah beli secara online lebih menjimatkan masa dan wang anda. Layari website Zalora Malaysia untuk dapatkan maklumat koleksi baju kurung moden wanita terkini. Mereka juga menyediakan baju kurung moden lace daripada jenama dan pereka terkenal seperti Hatta Dolmat, Jovian Mandagie, Syaiful Bahrim, First Lady dan Ethnic Chic.

*Pst... Yang penting harganya juga berpatutan bermula dari RM 57 dan keatas. Saiznya pula terdapat dari XS S M L XL. Jom tunggu apa lagi... Sila layari ZALORA hari ini!

ZALORA menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma ke rumah anda dan beberapa kaedah pembayaran yang selamat untuk kemudahan anda. Meriahkan Hari Raya anda pada tahun ini dengan sehelai kurung moden lace daripada ZALORA!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...