Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

3/18/16

SAJOK UNTUK PUANG & ORANG LLAKI



Duk membaca whatsapp... Tertarik pula dengan satu post rakan di dalamnya....

SAJOK UNTUK PUANG..... 
(Hebatnya Perempuan)
oleh : UAI

Ooooo orang puang.....
mung bangung pagi ,
mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh ,
mung jd makmung ,
mung masok ,
mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea ,
mung ato suami ke pitu pago ,
mung cium tangang ye.....
mung mitok maah.....

mung dok rehak.....
mung basoh baju pulok ,
mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok ,
mung beli laok maok ,
mung masok pulok ,
mung siang ikang ,
mung potong sayor ,
mung ggoreng.....
mung letih.....

mung dok rehak..... tengohari ,
anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate ,
mung sabo ,
anok tu wak bising ,
mung redho ,
anok tu wak hhanya ,
mung senyum ,
anok tu nangih ,
mung tetak manih..... 
mung taboh.....
mung dok rehak g.....
mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kemah..... 

sapa petang..... mung dok rehak.....
suami pulok balek ,
mung belari cium tangang ye ,
mung mitok maah ,
mung hidang ke dye minung petang,
mung bagi senyumang ke ye ,
mung hiborkang ati ye.....
mung letih..... mung nyando tepi meseng nyo.....

garib tibe ,
mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami ,
mung sarong ppioh suami,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi.....

malang tibe ,
mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami ,
mung jd bidadari..... dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge..... Aaaaaamiin..... *.....Hebak.....!!!!! mung orang ppuang.....*๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

SAJOK UNTUK ORANG LLAKI LOK..... 
(Mung laki dengor.....)

Ooooo pare tok llaki.....
mung gi kije.....
Naik kete sorang2.....
Bini gi kija.....
Usung ank pak 5 org ata moh ngasuh.....
Mu blik rumoh..... Dok depang meje.....
Mesti mkang kene sedia, Abih sndawe mung tgk tb plok.....
Bini blik kije..... ambil ank Masok makanang Basuh sidai kaing Anok nangih.....
Bini mung hungga ccare.....

Lpas ngorik.....
Bini ajor ank mayang n ngaji.....
Mung kate ajor ah..... Nok tgk brite?
Mung bli rokok..... Harge naik dok ape Bini nok bli lecu sputung mmikir lame.....
Pitih gaji bini pung..... Mung hok ambil blke..... Sbb gji mung dok cukup nok tanggung kluarge..... Tu pung Mung dok pernh cakap trime kasih.....!!!!! Walaupung sekali..

Mung gi kije..... Bini pung gi kije.....
Mung blik rumh n rehak.....
Bini mung blik n kije.....
Dari hal dunia anok2 Sapa hal akhirat....
Sokmo bini care Agok2 mung dapat syurge dok.... ?????
Usoh nok buak mikir2 arrrr..... Bantu gak bini mung tu..... Siang sikek ke dia..... Baru dua2 buleh masuk syurge..... ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘ Aaaaaamiin Ya Allah


3/9/16

Panduan Solat Gerhana

9 Mac 2016 / Rabu bersamaan 29 Jumadal Ula 1437H akan berlakunya peristiwa fenomena Gerhana Matahari Separa yang akan dapat disaksikan diseluruh negara bermula jam 07:25 pagi sehingga jam 9:30 pagi




๐ŸŒSOLAT SUNAT GERHANA๐ŸŒ

Gerhana matahari dipanggil KUSUF. Gerhana bulan pulak dipanggil KHUSUF. Ada beza. Jgn confuse!

WHAT is solat gerhana❓
Ia adalah solat SUNAT yg dilakukan ketika berlakunya gerhana (bulan atau matahari)

WHY kena solat gerhana❓
Gerhana adalah perkara hebat yang berlaku di langit sana. Perkara luar biasa ini adalah tanda kehebatan Allah. Sebagai merasakan kita ni hambaNya yg lemah, maka kita pun solat gerhana.... (dengan rasa gerun pada kekuasaan Allah)

WHEN nak solat gerhana❓
Ketika exsctly berlakunya gerhana. Bukan sebelum atau selepas.

WHO yang patut solat gerhana❓
Kitalah. Org Islam. Laki pompuan, tua muda, kaya miskin... semua. Walaupun tak wajib, tapi rugi tak buat. Ala aqal marrah wahidah faqad fil hayah (At least once a life)

WHERE nak buat solat gerhana❓
Anywhere. Rumah, tanah lapang, atau masjid.

HOW nak solat gerhana❓

1. Niat : sahaja aku solat sunat gerhana (matahari @ bulan), 2 rakaat (makmum @ imam @ sendiri) kerana Allah Taala.

ุฃُุตَู„ِّู‰ ุณُู†َّุฉَ ุงู„ูƒُุณُูˆْูِ ุฑَูƒْุนَุชَูŠْู†ِ ู„ِู„َّู‡ِ ุชَุนَุงู„َู‰Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala
2. Baca Al- Fatihah kali pertama dan surah yg panjang.
3. Rukuk yg panjang dan lama.
4. Berdiri semula dan baca Al-Fatihah kali kedua serta surah yg panjang tapi pendek dari surah pertama.
5. Rukuk panjang dan lama.
6. Iktidal panjang dan lama.
7. Sujud panjang dan lama.
8. Duduk antara 2 sujud panjang dan lama.
9. Sujud panjang dan lama
10. Berdiri tegak. Baca Al-Fatihah kali ke-3 dan surah yg panjang.
11. Rukuk panjang dan lama.
12. Berdiri semula. Baca Al-Fatihah kali ke-4 dan surah yang panjang.
13. Rukuk panjang dan lama.
14. Iktidal panjang dan lama.
15. Sujud panjang dan lama.
16. Duduk antara 2 sujud panjang dan lama.
17. Sujud panjang dan lama.
18. Tahiyat akhir panjang dan lama.
19. Bagi salam
20. Dengar 2 khutbah.

๐Ÿ‘†๐Ÿปkhutbah selepas solat bukan sebelum.
๐Ÿ‘†๐ŸปTakde takbir mcm raya.
๐Ÿ‘†๐ŸปKhutbah tak wajib dengar. Tapi dengar je la. Bukan selalu pun kan...๐Ÿ˜…
๐Ÿ‘†๐ŸปNabi solat gerhana memang lama sikit. Masa nabi bagi salam, gerhana dah habis. Maknanya agak lama la jugak. Tapi takpe. Pahala besar menanti.
๐Ÿ‘†๐ŸปPada hari gerhana, kena banyakkan sedekah, bertakbir dan berdoa sambil menginsafi kekuasaan Allah.

Selamat menunaikan solat gerhana.๐Ÿ•‹

๐Ÿ“Disediakan oleh:
Ustaz Halim Hafidz (UHH) AKA

2/16/16

Tutorial Masak Nasi Putih

Tutorial oleh : Noorastella Muhamma.
16/02/2016.

Sumber FB GROUP : Masak apa hari ni... (MAHN)

Tutorial masak nasi putih yg mudah. Nasi gebu berderai sebiji-biji, nasi tahan lama dan nasi yg terhasil sedap dan wangi.


Cara²nya :

Bismillah. Kita mulakan dgn periuk nasi itu sendiri. Utk mendapatkan nasi yg tahan lama/tidak cepat basi, isikan air di dlm periuk sehingga penuh. Kemudian masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Inilah petua utk nasi yg tahan lama. Sy suka masukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak. Proses masak air sehingga mendidih di dlm periuk nasi ini tidak perlu anda lakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali dlm sebulan. Atau ketika anda ada majlis atau kenduri sahaja.


Sesudah air mendidih, buang air panas tersebut di dalam sinki. Selain kita akan mendapat nasi yg tidak cepat basi, kita juga akan mendapat saluran sinki yg bebas dr kotoran degil seperti minyak tepu yg terhasil dr minyak masak kegunaan harian serta lemak minyak dr ayam dan daging. Kebaikan 2 dlm 1.

Lap kering periuk nasi tersebut dan isikan dgn kuantiti beras yg ingin di masak. Dlm gmbr ini, sy masukkan 6 mangkuk beras biasa. Berat semangkuk beras adalah 500 gram. Maknanya sy masak sekaligus 3 kilo beras. Pastikan periuk anda mampu menampung jumlah beras yg ingin anda masak.


Basuh bersih-bersih beras yg hendak di masak. Di sini saya TIDAK MENGGUNAKAN TERM 'cuci beras jgn lebih dari 3 kali sebab nnt vitamin/zat beras akan kurang/hilang'. A big no! Beras kena cuci bersih dan berkali-kali sampai air basuhan betul-betul jernih dan semua kekotoran/kutu hilang. Bagi kita yg beragama ISLAM, selawat lah byk-byk ketika dlm proses membasuh beras ini. InsyAllah hasilnya akan baik-baik saja.

Setelah siap basuh bersih beras, teknik mengukur sukatan air yg paling MUJARAB adalah dgn menggunakan JARI TENGAH. Masak lah berapa byk beras pun, 1 kg, 3 kg, 5 kg, 10 kg sekaligus. Tekniknya TETAP SAMA. Ukur menggunakan jari tengah. Tidak perlu ukur beras di bawah dasar periuk, cuma ukur ketinggian air sahaja. Sblm ukur air, pastikan ratakan dahulu permukaan beras.


Kaji beras yg anda gunakan. Beras yg biasa (tidak keras tidak lembik), sukatan air betul-betul di tengah garisan jari tengah. Macam dlm gambar ini, sy guna beras biasa. Beras yg perlu guna byk air, sukatan air guna garisan atas jari tengah. Dan beras yg jenis lembut, kurangkan penggunaan air. Gunakan garisan bawah jari tengah. Kawan2 boleh rujuk gambar jari tengah yg sy ikat gunakan getah utk memudahkan kawan2 faham sukatan air beras.


Saya gunakan beras biasa. Sukatan air betul2 di tengah garisan jari tengah.



Bila sukatan air sudah sesuai dgn kuantiti beras yg hendak di masak, masukkan sedikit garam. Bagi jumlah beras 3 kilo yg sy masak, sy masukkan 2 sudu teh garam. Kemudian ratakan. Garam ini bertujuan agar nasi yg masak menjadi tahan lama, sedap dan kenyal.


Kemudian masukkan beberapa helai daun pandan utk aroma nasi yg wangi dan menyelerakan


Bila nasi sudah masak (suis periuk nasi telah naik), kais-kaiskan nasi supaya nasi masak secara rata. Wap yg terkumpul akan keluar dan nasi tidak akan lembab. Inilah petua menghasilkan nasi yg cantik dan tidak cepat basi. Mengikut periuk nasi yg sy gunakan, sekali masak muat utk 3 kg dan mengambil masa 1 jam. Selamat mencuba.

Bawalah ilmu ini ke mana2 majlis merewang. Dan masaklah dgn penuh keyakinan.


12/29/15

Cara Semak Status PTPTN

Sila klik pautan di bawah ye... Untuk lihat gambar, sila klik untuk besarkan

http://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm






7/23/15

Petua Menyimpan Makanan

Apabila membeli belah barang dapur, ada ketikanya bahan basah dan sayuran sukar kekal segar. Beberapa petua orang lama untuk menyimpan makanan. Semoga bermanafaat.

Menyimpan udang
Cuci udang hingga bersih dan sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat.


Mengekalkan rasa manis ikan
Buangkan isi perut ikan tetapi jangan dibasuh. Bungkus dengan surat khabar kemudian simpan dalam peti sejuk. Basuh ikan hingga bersih hanya apabila akan dimasak. Cara ini dapat juga mengekalkan kesegaran ikan.


Mengekalkan kesegaran ikan
Cara lain menyimpan ikan, susunkan ikan dalam bekas dan isikan air dalam bekas sama hingga menutupi ikan. Simpan bekas dalam peti sejuk, bukan di peti beku. Ikan akan kekal segar walaupun selepas beberapa hari.

Boleh juga jika di simpan dalam peti beku, tetapi pastikan ikan disusun setiap seekor berasingan atau beberapa ekor ikan untuk sekali masak dalam satu plastik yang sama. Isi plastik dengan air hinga menutupi ikan.

Kelapa parut tidak masam
Gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus kelapa tersebut. Ini dapat mengelakkan kelapa parut daripada masam.


Santan tahan lama
Masukkan garam kasar dalam santan dan kacau rata. Kemudian simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Boleh juga simpan santan dalam plastik bersih dan berikat dalam peti beku tanpa garam.

Telur tahan lama
Bersihkan telur dengan air dan lap sehingga kering. Simpannya dalam bekas berisi beras pulut. Elakkan telur daripada terjemur.

Jika ingin simpan dalam peti sejuk, letakkan telur dalam bekas berisi air. Telur akan tahan lama dan tidak busuk.

Mengekalkan kerapuhan ulam-ulaman
Rendamkan ulam-ulaman dalam air bercampur dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika dan toskan. Ulam-ulaman akan kekal rangup dan segar walaupun selepas beberapa ketika.

Mengelakkan sayur layu
Bungkus sayur-sayuran dengan surat khabar yang telah dilembabkan. Hasilnya sayur tidak akan cepat layu.

Elakkan beras daripada bubuk atau kutu beras
Lakukan antara pilihan berikut. Masukkan bawang putih yang tidak dikopek, daun limau, daun nangka atau 6 tangkai lada kering bersama beras dalam tempat simpanan.

Bawang kisar atau lada kisar tahan lama
Kisar lada atau bawang dengan minyak dan bukan dengan air. Bagi lada kering, pastikan bijinya dibuang terlebih dahulu. Simpan di peti sejuk dalam bekas kedap udara.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...