Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

6/7/12

Makan Malam Ninie (06.06.2012 Rabu)


Malam tadi masih sendiri... Anak² & Hubby masih berada di Kuantan. Sampai rumah macam biasa jam 6.15ptg... Tiba² rasa lapar pulak... Gambar di atas tu... makan petang/malam Ninie semalam.... Huhuhu... Masa duk goreng ikan pekasam tu, berasap habis rumah sebab lupa nak buka tingkap dapur. Baunya tak usah nak cakaplah.... Kalau si comel² ada, dah tentunya cakap... "Bau apa yang busuk ni Mama?".

Lama tak makan ikam pekasam. Sedapnya....

6/6/12

Pengalaman Bermakna Buat Kami (Plaza Low Yat)

Syukur Alhamdulillah selamat sampai di rumah setelah kepenatan di Plaza Low Yat. Rujuk entry sebelum ini @ klik SINI.

Apa yang kami cari? Seperti dalam entry sebelumnya, tujuan utama adalah nak mencari barang² komputer En. Hubby... Bukanlah jalan² makan angin. Di bawah adalah item yang telahpun dibeli di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada 28 & 29.06.2012 yang lalu...
Berapa harga semua item ni agak²nya? Cer teka... wink3... Ini hanya item yang ada dalam 'check list' yang luar dari 'check list' pun ada tapi tak diambil gambarnya.




Yang bawah ni di 'close up' sedikit dari gambar² di atas ye...








Nak cerita sikit tentang pengalaman kami berdua tatkala ke sana. Mungkin ada yang tersinggah di blog Ninie ni boleh jadikan panduan buat anda juga.

1) Sila 'survey' item yang anda nak beli termasuk spesifikasinya seperti model, saiz, jenama (juga jenama pilihan lain sekiranya apa yang anda mahukan itu tiada stok). Sila juga pastikan anda tahu harga termurah dan termahal bagi item yang anda inginkan itu. Anda boleh merujuk kepada laman² web/ Google/ paling mudah lihat di lelong.com.my

2) Setelah siap langkah satu di atas, sila 'print' senarai tersebut dan bawa sekali semasa hendak ke sesebuah kedai ketika ingin membeli item tersebut. Bagi Ninie tidak perlu tunjukkan senarai barang dan harga pada pemilik kedai, cuma bandingkan harga yang kedai mampu tawarkan dan bandingkan dengan harga yang telah anda buat. Berbaloi/ berpatutan atau tidak.

3) 1st kedai yang kami pergi/masuk... pada mulanya kami hanya bertanyakan beberapa item kerana berpandukan senarai sebutharga yang kami ambil, item tersebut ada di kedai itu. Pada mulanya semuanya ok... tapi bila disebut beberapa item yang diambil dan ditelek tiada tanda harga, peniaga tersebut terus 'check' pada komputer. Kemudian boleh pula dicapainya 'calculator' buat kira² dan bagitahu kami harga item tersebut mahal sebenarnya. Bila disebut harga, cecah hingga 2kali ganda dari harga kami. Aduhai... Nak kena betul peniaga ni. Mula tamak agaknya... Dari 10 item yang disenaraikan, kami pilih betul² sama harga/kurang je dengan harga yang kami ada. So adalah dalam 3 item sahaja. Bukannya apa, bila item tersebu tiada di kedai mereka, mereka kata boleh cari tapi 'mark up' harga bukan main tinggi. Aduhai... Ada sedikit bengang kami dipermainkan sebegitu.

"Actually", Hubby bertanyakan item dan harga... Ninie pula pegang 'check list', bila peniaga tersebut sebut harga barang, Hubby akan pandang dengan 'hint' Ninie samada ok / tidak... Ninie memang 'standby' senarai ditangan. Jika harga yang ditawarkan lebih murah dari harga kami, Ninie akan jawab OK. Jika lebih dari RM10, samada geleng @ angguk. Maksudnya buat kira² / cari di kedai yang lain terlebih dahulu.

4) Kemudian ada sebuah kedai yang kami singgah pada hari kedua, aduhai... nak tak nak je melayannya... lebih kurang je... ditanya item ada, tapi kena pergi ambil kat atas sekejap. Sekejap apanya. Maunya 40minit menunggu untuk 1 item tu. Muka Ninie dah kelat dah. Hubby suruh senyum pun takde mood. Kami yang datang dulu dibuatnya tak tahu. Yang datang kemudian disibukkannya.

Nampak tak 3buah monitor gambar kat atas tu? Ha itu satu lagi yang memang buat kami kecewa sesangat. Model yang kami nak tu memang dah betul. Tapi yang mengecewakannya, Hubby 3kali tanya kepada peniaga ada tak port DVI pada monitor tu. 'Mesti ada punya' kompem je jawabnya. Dah 3kali tanya, kami pun ok la.

So kesilapannya disini... Walaupun Pekedai tu cakap ada, minta dia buka atau tunjukkan model item (display) tersebut pada kita. Suruh dia tunjukkan apa yang kita tanya itu jika dia jawab ada. Sebab kes Kami, bila dah sampai rumah, dah buka kotak.... rupa²nya port DVI tu tak ada walaupun memang sah dah tu model yang kami nak. Kata Hubby, lepas dibuat research semula. Model sama, tapi ada yang ada dan juga tidak port DVI tu. Aduhai. Hantu punya pekedai! Moralnya... Jangan sesekali percaya bulat² apa yang peniaga tu cakap. Kalau dekat sekangkang kera, mudah aja pergi hantar balik. Tapi kalau semata² nak ke Kuala Lumpur, tukar monitor tidaklah....

Secara kesimpulannya, bila dihitung² semula tambah tolaknya...kos segala bagai... bagi mereka yang duduk jauh dari Kuala Lumpur tu semata² pergi macam kami nak cari barang di Low Yat... Ambil pula masa hingga 2 hari sebab nak bandingkan harga. Lebih baiklah beli secara online. Sememangnya online rugi dari segi kos pos. Tapi buat kira² semula. Lebih jimat sebenarnya, nak ke sana semata²... Kos minyak kereta, Tol, makan, minum, tempat penginapan, kepenatan.... Dah tu layanan dari peniaga... Lebih baik beli secara online yang terang² nampak harga/ boleh buat perbandingan harga. Kos untuk pergi tu tadi jadikan sebagai kos penghantaran. Hampir semua kedai komputer kami masuk. Dapat murah pun tak banyak mana dari harga jika beli online...
Nota Mama Comel : Sekadar berkongsi cerita.

6/5/12

Sendiri...

05.06.2012 Selasa


Masuk malam ni dah 2 malam Mama tidur sendiri. Tanpa Hubby dan anak². Kemanakah mereka?... En. Hubby & anak² pulang ke bandar... Kui3... Bukan ke Kampung ye... Ye la... Dah kampung halamannya di Bandar, so balik bandar la takkan nak kata balik kampung pulak. Semalam Hubby & anak² ke Kuantan. Ada hal. Kenapa Mama tak ikut? Soal anak²... Mama banyak 'work' ye sayang.... Ayah & Anak² Mama je yang cuti... Mama kena 'work'..

Pertama kali tinggal sorang² ni. Selalunya kena tinggal dengan Hubby sebab 'outstation' tapi masih lagi ada anak² di sisi. Rumah terasa sunyi sepi sungguh. Cuma malam ni ditemani bunyi hujan & ribut diluar sana. Mujur tiada petir, guruh bagai. Takut juga dibuatnya.

Dari semalam asyik terbayangkan suasana rumah yang selalunya hingar bingar bila Mama opulang dari kerja. Kalau tengok jam kat dinding tu dah tahu waktu tersebut anak² Mama buat apa. Waktu mandi kat bilik air riuh rendahnya sebab bermain, waktu mengaji, waktu makan, waktu tengok tv, waktu main 'game', waktu kena hambat suruh masuk tidur... Kalau masa semua anak² ada... Waktu ni mesti mulut Mama dah bising² sebab ada je yang datang mengadu nak itu, ini... Ada je yang datang mengadu si dia buat saya, tak kurang juga ang bergaduh waktu bermain dan juga menangis. Tapi 2 malam ni sunyi je... Hu3... baru 2 malam... Dah duk terbayang²...

Miss you all a lot...
En. Hubby & Anak² Comel Mama...

Jangan nakal² duduk rumah Aki & Mak Tok ye...

Plaza Low Yat, Kuala Lumpur



28.05.2012 Isnin

Bermulanya cuti sekolah buat anak² tersayang dan juga En. Hubby. Wah... seronoknya lah kan... Mama? Urm... kerjalah... tiada cuti kecuali cuti Sabtu, Ahad dan juga cuti umum. Nak cuti juga? Boleh je... Isi boranglah...

Hari ni perancangannya nak ke Kuala Lumpur. Tiada tujuan nak makan angin pun. Tapi nak mencari peralatan Komputer En. Hubby... Senarai @ 'Check List' barang dan harga telahpun dibuat oleh Hubby setelah survey secara online... Anak² Mama Ayah tersayang sila jadi anak² yang baik sepanjang berada di rumah Atok Nenek ye...

So tujuan utama adalah ke LOW YAT, Kuala Lumpur. Kami bertolak agak lewat... Sampai Low Yat pun dah pukul 2.30pm... Lepas letak kereta (ambil masa nak cari 'parking' kosong. Ramai betul orang).Pergi dari satu kedai ke satu kedai, ambil sebutharga item... Nak buat perbandingan harga dan juga melihat² kedai mana yang mempunyai item yang ada dalam senarai En. hubby. Agak keletihan juga rupanya...

Hampir 10 helai kertas dalam tangan, Hubby ajak 'check in' sebab senang nak semak satu². Jom aja... huhu sebab Ninie dah tak larat nak jalan. Dalam pukul 5.00pm, kami check in hotel yang berdekatan. Bukan Federal tau... Cuma SKY HOTEL sahaja. Alhamdulillah ada kekosongan dengan rate RM 200. Apalagi... cepat nak 'landing' hilangkan lelah ni. wink3. Tapi nak 'parking' kereta agak rumit. Silap 'park', kang kena saman pulak.. Mujur ada 'jockey' dengan bayaran RM 10. Alhamdulillah....

Setelah berehat sebentar, dalam jam 6.30petang, kami ke Low yat semula dengan hanya berjalan kaki dari Hotel. Sebelum tu kita makan dulu. Baru sedar, hari ni tak makan nasi pun. Asyik mengunyah kacang dan makanan ringan sewaktu dalam perjalanan yang ambil masa hampir 4jam dari Lepar Utara, Pahang ke Kuala Lumpur ni.

Walaupun dalam senarai tu panjang, lebih kurang 13 item semuanya... petang/malam ni, Hubby cuma pilih beberapa item sahaja. Sambung esok pula katanya... Dalam jam 10.30 malam, masuk bilik semula sambil menyemak senarai harga berdasarkan sebutharga yang telah diambil.

Dalam pukul 2.00pagi, perut kami masing² lapar... mujur kedai mamak kat bawah hotel ni buka 24jam dan masakannya juga agak sedap berpatutan dengan harganya. Hubby ajak pergi turun makan. Agak gila. Makan jam 2.00pagi. Lama tak buat 'peel' macam ni... Kami order menu yang sama, Mee Goreng Mamak dan Milo ais. Lepas makan, jalan² sekejap cari 7eleven... nak cari air minum buat stok letak kat bilik. Dah jumpa, balik bilik, apalagi tidur la....



*******************************************************
29.05.2012 Selasa

Pencarian barang² komputer Hubby semalam masih belum selesai. Misi diteruskan untuk hari ini. Oh ya... Bangun pagi ni jenguk luar tingkap, wah... ramai peniaga yang menjual kuih di bawah sana rupanya. Memang mudah sungguh dari segi nak cari makanan ni.

Kami 'check out' jam 12.00 tengahari. Di Lobi, rupanya ramai yang menunggu nak 'check in'. Alhamdulillah... tidur kami nyenyak dengan katil yang bersaiz KING. Kalau bawa anak² memang mereka seronok. Kata Hubby, Insya'Allah... nanti bawa anak² pula... kadar bayaran pun berbaloi. Pengawal keselamatan pun 'so friendly'. Senang hati kita dibuatnya.



Bergambar kenangan sebelum bergerak semula ke Low Yat

Ok... Jom... Kami bergerak ke Low Yat semula kali ini menaiki kereta. Cari 'park' kemudian cari barang sekejap. Perut Ninie mula kelaparan.Mengadu pada Hubby... Hubby ajak pergi makan dulu. Makan di kedai mamak yang sama itu lagi. Tapi kali ni makan nasi berlauk untuk tengahari. Alhamdulillah kekenyangan dengan harga yang sungguh berpatutan. Almaklumlah... Kuala Lumpur, masih dapat harga murah. Kami berdua makan baru sahaja RM 14.50 termasuklah air.

Lepas makan, gerak semula ke Low Yat... sambung cari barang. Alhamdulillah... Kesemua barang yang tersenarai dapat dibeli kecuali 1 item sahaja. Kata Hubby, beli online sahaja....


Keluar dari bangunan Low Yat, hari dah pun petang... masih ada satu lagi destinasi yang nak dituju.... Bandar Baru Hicom, Shah Alam. Walaupun tak tahu tempat... Alhamdulillah penggunaan GARMIN Hubby teramatlah membantu. Apa pula kali ni?... Wink3... nak beli mesin jahit buat Ninie. Brothers NV 950. Dapat harga less deperti yang telah diiklankan dalam surat khabar... RM 3999 cuma RM 1999. Promosi sehingga 25.05.12 sahaja. Tapi Alhamdulillah, supplier ni ambil lebih dan boleh bagi kami harga promosi. Jom kita ke Shah Alam pula.

Kami sampai di destinasi lebih kurang jam 6.25petang berikutan jalan yang begitu sesak di Kuala Lumpur. En. Kamani sudahpun sedia menanti kehadiran kami. En. Kamani merupakan seorang 'supplier' mesin jahit...Anda boleh melihat iklannya di mudah.my


Gambar dibawah, En. Kamani menunjukkan asas² penggunaan mesin jahit BROTHER NV950



Jam 7.00petang, kami bertolak pulang ke rumah. Wa.... letihnya hari ni... Tak sabar nak jumpa bantal busuk, nak tidur....

Next Entry : *Update
Item yang kami cari di LOW YAT (Pengalaman Bermakna/berharga) @ KLIK SINI
Mesin Jahit BROTHER NV950 @ KLIK SINI

6/4/12

Selamat Bertunang. Semoga Disatukan...


26.05.2012 - Sabtu

To : Suaidah... Selamat Bertunang... Semoga ada jodoh dan kalian disatukan. Insya'Allah...

Anak bongsu dalam keluarga sebelah Hubby.Bertemakan warna biru bagi pihak perempuan dan warna Ungu bagi pihak lelaki. Jom Layan gambar yang sempat diambil dari kamera comel Ninie ni....

Hantaran pihak perempuan & Hantaran pihak lelaki.

Saat bergelar tunangan orang... (Bakal Ibu Mertua)


Bapa Mertuaku (Hujung sekali belah kiri)

Ibu Mertuaku.Alahai Mak... Apasal duduk kat muka pintu dapur ni...

Anak² 'girl' & Anak sedara (Adriana Sofiya) Mama dengan Maksu

Si jejaka yang berjaya mencuri hati...

Semoga kalian disatukan sebagai suami isteri yang sah. Insya'Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...