Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.
Showing posts with label Tutorial/DIY By Darling Ninie. Show all posts
Showing posts with label Tutorial/DIY By Darling Ninie. Show all posts

6/17/14

TUTORIAL/DIY : Zipper Flower (Big Size)

Assalamualaikum W.B.T

Setelah sekian lama berhajat nak buat tutorial/diy Bunga Zip Saiz Besar (Zipper Flower) yang selalunya Ninie buat Headband Baby... Mudah je tapi nak snap gambar tu yang bagi Ninie agak leceh.

Kebetulan pula minggu lepas ada seorang Akak yang Whatsapp Ninie bertanyakan cara² nak buat bunga ini. Katanya nak buat sendiri dan nak digunakan pada majlis perkahwinan anaknya nanti.... Semoga dapat membantu Sis ye....







3/28/14

Tutorial/DIY : Brooch Juntaian Glass Pearl

 28.03.2014 Jumaat

Ok hari ini nak share Tutorial/DIY bergambar cara² nak buat Brooch yang berjuntai dari glass pearl. Tapi versi Ninie lah ye... Jom kita lihat dan buat...Semoga mendapat manafaat bersama.














10/29/13

Tutorial/DIY : Mini Tasbih

Alhamdulillah.... Dah berjaya buat mini tasbih sendiri... Sekarang Tutorialnya pula... Jom belajar buat sendiri... In Sha Allah senang je...

Mini tasbih ni amat² comel untuk dijadikan door gift sempena majlis cukur jambul anak²/ aqiqah, majlis tahlil, majlis bacaan yasin, majlis perkahwinan dan sebagainya....

Ada yang berminat? boleh je.... PM kat FB pun boleh.... Cari Darling Ninie Shoppe ye....
 Pst..: Tutorial bergambar ye.....

















4/11/12

TUTORIAL : Ribbon Bow (Type C)

Nak buat sendiri? Boleh ikut tutorial dibawah ye... Ini cara Ninie ye... terpulang kepada anda. Boleh juga tanya En. GOOGLE... (^_^)




TUTORIAL : Ribbon Bow (Type C)
Hasil kerja tangan Ninie boleh dilihat di sini ye :
http://ninieshop2u.blogspot.com/2012/04/cute-gg-ribbon-type-c-vol-01-plain.html

atau sila klik SINI

Jom kita mulakan...

A. Ninie menggunakan plain grosgrain ribbon saiz 16mm. Potong kepada lebih kurang 22cm x 2 helai.

B. Jahitkan lebih kurang 6cm lebihan sepertimana gambar.


C. Rupa setelah dijahit.


D. Ambil sebelah kiri ribbon dan lipatkan ketengah. Anggaran (ninie main agak² je seimbang kiri kanan) sepertimana gambar.


E. Hasilnya setelah dijahit.


F. Ambil pula hujung sebelah kanan dan lipatkan/bawa ketengah dan jahit. Ulang langkah B hingga F kepada 1 lagi bahagian ribbon.


G. Jadi, akan ada 2 ribbon yang sama saiznya sepertimana gambar.


H. Ambil kedua² ribbon, cantumkan/satukan sepertimana gambar dan dijahit kemas sekali lagi.


I. Hasilnya mestilah kelihatan seperti ini. (rujuk gambar)


J. Guntingkan hujung ribbon agar menjadi tajam seperti dalam bulatan biru gambar di atas.


K. Untuk kemaskan agar jahitan tidak nampak, Ninie menggunakan ribbon hitam bersaiz 1cm dan juga buckle/ribbon slider. Anda boleh menggunakan kreativiti sendiri.


L. Ribbon dan bucle diletakkan ditengah² untuk menutup jahitan supaya nampak lebih kemas. Ninie menggunakan gam UHU sahaja. Insya'Allah... kuat... boleh juga menggunakan hot glue gun.


M. Hasilnya.... Terpulang pada anda untuk dijadikan Brooch / Hair Clip.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...