Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.
Showing posts with label Tanjung Malim Perak. Show all posts
Showing posts with label Tanjung Malim Perak. Show all posts

3/18/11

2nd di Day Tanjung Malim Perak

17/03/2011 - Khamis
Hubby bangun awal pagi hari ni. Anak² girl sedang lena diulit mimpi... Ninie berat nak bangun pagi ni. Rasa nak lelap aja. Tapi bila dengar Hubby mandi, bingkas bangun capai iron. Hu3 . Baju En. hubby x bergosok lagi... Ku teruskan menggosok dalam keadaan yang mamai...

Dah siap² tu, we all ke kedai mamak malam tadi bungkus makanan untuk sarapan... Nasi lemak dan roti canai... Siap makan, Hubby bergerak ke UPSI. Ninie memang x temankan... just stay kat umah aja. Hubby pergi seorang diri. Hubby pun kata OK. so xpelah kan...


Seawal jam 10.00 pagi masa ni Ninie tengah nak lelap² balik, dengo suara Hubby. Aik dah balik dah ke? cepatnya... Hubby kata dia antara yang terawal sampai. tapi nanti sambung balik untuk dengar taklimat dari jam 2.00 - 5.00ptg. Oic... wink3. then Ninie sambung lelap lagi. Hubby ajak pergi service kete pun malas nak ikut. Lastly Hubby pergi dengan Ayahnya (FIL) dan Khairina je...

Jam 12.00 tghari Hubby balik n ajak pergi jejalan @ pusing² sekitar Proton City. Mulanya Ninie malas (Sayang nak buka mata). Tapi bila lagi kan? So bangunlah jugak follow Hubby n anak². Mak Ayah mertua x mau ikut sebab tido.... Hu3... Pusing² cari Pintu Gerbang Proton City dan lepak kat Tasik (Namanya apa entahlah) tapi cantik sangat.. Dikelilingi oleh perumahan yang boleh dikatakan kawasan elite... rumah² kat sini pun memang cantik sangat². banglo gitu.. tempatnya damai aja... tenang... terjaga... Jam 1.25 ptg kami pun bergerak balik ke homestay semula coz Hubby perlu bersiap² untuk ke UPSI.




















Sementara menunggu Hubby pulang dari UPSI, Ninie dengan aktiviti sendiri (menjahit & sekali sekala lelap) Anak² bertuah pula disuruh tido x mahu. Asyik main aja. sikit² karang bergaduh + menagis + menjerit + ketawa + wrestling... aduhai... macam².

Taklimat En. hubby habis lambat, pukul 6.00ptg baru Hubby sampai. Owner Homestay pun dah datang minta wang tebusan. Hu3... sewa le.. RM120.00 kira oklah tu kan.. tambahan pula ada family lain nak masuk datang dari Pulan Pinang katanya pun untuk melapor diri di UPSI keesokkan harinya...

Tepat jam 6.30 ptg kami bergerak pulang ke Pahang. Insya'Allah, lain kali datang lagi... Anak² ajak pergi jalan². But Ninie kerja esok. Hari ni ambil cuti semata² untuk Hubby... Singgah Temerloh lagi (9.30mlm)... Hantar Ayah & Mak. Makan² kejap (Biras memasak) then 10.30 mlm terus gerak pulang ke rumah yang memakan masa lebih kurang 2jam perjalanan lagi... Sampai rumah jam 12.30 pagi. Ninie memang penat gile. Anak² pun memang x sedar dah terus sambung tido bila diangkat turun dari kereta. Lepas angkut semua barang² masuk dalam rumah Ninie landing jap atas kerusi (sofa) & terus Zzzzz hingga ke pagi rupanya... wink3

Nak tengok lagi kawasan di Proton City? Klik Link di bawah

PROTON CITY

Perjalanan Ke Tanjung Malim Perak (UPSI)

16/03/11 - Rabu
After makan Birthday Kek TWIN, around 6.35ptg, Ninie n family bergerak ke Temerloh Pahang rumah Adik Ipar belah Hubby (Ieju). Actually dah janji with MIL & FIL nak ambil mereka kat sana untuk sama² ke Tanjung Malim, Pahang sebab esok harinya Hubby nak lapor diri di UPSI. Hubby dapat sambung study (Program Pensiswazahan Guru-PPG). Wah.. anak² le yang happy sekali. Sikit² tanya (anak² comel. Ihsan ok je dah faham)

Mama kita nak pergi mana?
Perak
Nak buat apa?
Ayah nak pegi sekolah
Sekolah macam kita ke? (merujuk kepada adik beradik yang lain)
Ye...
Kan Ayah dah ada sekolah
Itu sekolah tempat Ayah work. Ini tempat Ayah nak sekolah belajar macam awak..
Oooo

Paham ke bebudak comel tu? Faham lah agaknya sebab lepas tu xde soalan lagi. Soalan lain yang sering ditanya :

Mama kita dah sampai Perak ke? Perak tu apa?

Aduhai soalan.. macam² budak yang baru nak belajar ni..
Belum sampai lagi. Jauh.... Tido dulu. karang sampai la... Perak tu macam tempat kita la tapi jauh...

Si comel² mengangguk tanda faham tapi muka still keliru...

Bergerak dari Temerloh ke Tanjung Malim sekitar jam 9.30 mlm. Terus menuju ke destinasi tanpa singgah kat mana² dah. Actually sebelum bergerak tadi Ninie dah booking Homestay di sana (APARTMENT DAMIA PROTON CITY -Jumpa dalam Mudah). Alhamdulillah still available. Bukannya apa, esok Hubby lapor diri kami semua tidaklah jadi x keruan menunggu di sana.

Sampai di sana around 12.30 pagi dah.Ikut jalan Batang Kali. Masing² keletihan... nampak katil terus nak sembam muka tido aja... Anak²? Pergh... merekalah yang paling ceria sebab masing² dah lelap dalam perjalanan tadi. Siap melompat² lagi. Muka memang segar bugar... Aduhai anak.. ni pukul berapalah tido balik ni karang... Along (Ihsan) dah dalam dunia sendiri. Tido x bangun² dah... Mama ngantuk + letih giler dah ni.

Lepak² kejap, keluar cari kedai makan pulak bawa anak² girl bertuah... tanya kat gurd kebetulan memang ada kedai makan yang buka 24jam dan dekat je dari apartment tu. Alhamdulillah... Tapi kedai mamak la. Kami berlima makan roti canai seorang sekeping (Habis licin!) then bungkuskan makanan buat MIL & FIL sebab mereka tak mahu keluar dah. Nak rest... Jam 1.30 pagi masuk apartment balik. Hubby masuk tido.. Anak² sakan main lagi sambil tengok tv. Mamanya ni memang dah letih, bentang toto untuk anak² bertuah dan pesan nanti nak tido, tido atas toto tau.. semuanya angguk tanda faham... Buka channel cartoon Mama pun belayo.. Mama x risau sangat sebab Mak Tok ada kat luar temankan mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...