Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.
Showing posts with label Rakan Alam Maya. Show all posts
Showing posts with label Rakan Alam Maya. Show all posts

8/29/12

Terima Kasih Buat Rakan Alam Maya Ku...


Darling Ninie Shoppe (NINIEshop2u)



Antara kita ada yang langsung tak kenal, apatah lagi berurusan... Ada yang pernah berbual (chat/pm) ada juga langsung tak pernah... Namun ada kalanya... sikap prihatin membuatkan masing² kian dekat antara satu sama lain walaupun hanya di muka buku sahaja...

Terima kasih diucapkan kepada anda saudara/saudari yang sudi meluangkan masa untuk menaip ucapan buat Ninie.... Thanks a lot... Semoga antara kita kian dekat antara satu sama lain..
Nota Mama : Walaupun tak rajin komen/update status hakikatnya hari² Ninie buka Facebook tu... (silent reader)

6/27/12

Hasil Pertama Menggunakan NV950

Alhamdulillah.. Berjaya juga siapkan satu projek dengan ahli group alam maya (FB : Hasil² Crafting Untuk Dikongsi Bersama). Projek Pencil Case untuk ditukar²kan bersama² ahli yang turut serta. Buatlah seikhlas hati... Insya'Allah.

Ninie kena buatkan untuk Sopan Muslimah/ Cikgu Syila. Gambar pun dah diupload dalam FB cuma masih belum diposkan pada tuannya sahaja lagi atas sebab kekangan masa. Alhamdulillah... tuannya suka...

Percaya atau tidak, inilah pertama kali Ninie buat pencil case... Guna mesin jahit baru ni le. Semuanya menggunakan asas²/sulaman yang memang telah sedia ada di dalam mesin... Hasilnya seperti gambar di bawah :

Salah satu pandangan :



Pandangan sebelahnya :
Riben putih tu adalah brooch ye...



Bahagian dalam...


Nota Mama : Alhamdulillah, walaupun pertama kali buat, tapi tak ada banyak masalah silap sebagainya.

5/25/12

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah Noormawati

Gambar : kredit to MOON
Saat² bahagia Arwah Norma & Talib.

Rafiq, Cinta Hati mereka yang tidak mendapat belaian dari Ibunya lantaran terus disahkan sakit selepas melahirkannya ke dunia. Walaupun begitu, Rafiq dijaga penuh kasih sayang oleh ahli keluarganya yang lain.

23.05.2012 - Khamis

Dari Allah Kita Datang, Kepada Allah Jua Kita Kembali...

Innalillahiwainnailaihirojiun, itulah kata² pertama yang terdetik di hati ini tatkala membuka FB sesudah Subuh semalam. Akhirnya segala penderitaan yang ditanggung oleh Norma terlepas sudah....Allah lebih menyayanginya. Al Fatihah buat beliau...

Hampir 1tahun 2bulan Norma terlantar dalam kesakitan... Dari mula cerita yang dikarang oleh Birasnya MOON sehinggalah Norma menghembuskan nafas terakhirnya 23.05.2012 - Rabu jam 01.00pg, tekun Ninie membaca cerita² dari MOON buat tatapan pembaca yang ingin mengetahui tentang perkembangan tahap kesihatan arwah Norma yang menderita akibat BRAIN TUMOR. Sepantas mata membaca setiap tulisan di blog MOON, secepat itu jugalah hati ini senantisa berdoa agar Norma sihat seperti sedia kata.

Tiada sesiapa yang boleh menyangka ujian yang akan diberikan oleh Allah kepada hambanya. Membaca setiap tulisan MOON, tersentuh rasa hati... Walaupun menderita kesakitan, Talib, suami arwah senantiasa di sisi mengharapkan sinar bahagia kembali bersinar... Begitu juga Ibu Norma yang menjaganya dengan penuh kasih sayang saban hari... Alhamdulillah... Norma amat² bertuah.

Akan tetapi, Allah lebih menyayanginya... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang² beriman....

Jika sesiapa yang ingin mengetahui kisah Talib & Norma, boleh layari blog MOON dengan klik di SINI. Semoga ianya boleh menjadi iktibar dan juga panduan buat kita.

http://miera301.blogspot.com/p/contribution-for-norma.html

Al Fatihah...

1/1/11

TQ So Much To WhiteyMommy

Entry yang sememangnya disimpan untuk dipublish pada Januari 2011.
First of all nak ucapkan Ribuan Terima Kasih pada Sha @ WhiteyMommy diatas kesudian melayan karenah customer yang banyak songeh ni...(ada je pada mata yang tak kena...) -Erm... namanya pun manusia kan?... Actually memang nak cari designer yang boleh buat template ikut kehendak hati sendiri.. Maklumlah, Ninie jenis yang mudah jemu dengan template yang sedia ada. Tambahan pula bila Blog Walking, Jumpa template yang sememangnya sama dengan template blog sendiri (nama pun download dari internet kan...wink3) Tak seronok pulak rasanya... Hopefully dengan template baru ni, bila blog walking xde la jumpa yang sama lagi... (yahoooo..) Apapun... THANKS TO SHA @ WhiteyMommy... You all bila lagi? Hasil artwork memang superb! x caya jenguk link WhiteyMommy nih... Insya'Allah... Puas hati... Hargapun berpatutan...


- Template Awal -



- Draft Template Dari WhiteyMommy -




- Macam yang dinyatakan... Ada tak kena kat mata Ninie.. (Banyak Songeh- Sorry Sha...) Ninie draft semula macam yang kat bawah ni beserta kriteria baru...

Hasilnya? Ha macam apa yang you all nampak masa first masuk blog Darling Ninie ni la... Cantik Tak? (Kalau you all cakap x cantik pun xpe... Janji cantik di mata & hati Ninie sudah la..) Apapun... sekali lagi... tq Sha @ WhiteyMommy.... Jangan serik ye.... Wink3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...