Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

8/8/13

Salam Aidilfitri 1434H

08.08.2013 Khamis (01 Syawal 1434H)

Buat yang mengenali kami sekeluarga samada secara nyata mahupun maya....
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H diucapkan...Maaf Zahir & Batin..
Mohon dimaafkan segala salah dan silap sepanjang perkenalan kita semua....


8/23/12

AidilFitri 1433H (2012)

19.08.2012 (Ahad)
Alhamdulillah... Diizinkan oleh Allah S.W.T untuk bertemu lagi dengan Aidilfitri bagi tahun 1433H ini... Tahun ini Ninie sekeluarga berhari raya di rumah Mertua Ninie di Kuantan, Pahang. Tidak seperti tahun sebelumnya, tahun ini ipar duai kebanyakkannya beraya di rumah keluarga mertua masing² dan akan pulang pada hari raya ketiga. Jadinya keluarga Ninie sahajalah yang ada pada tahun ini.

Tema baju raya kami tahun ini adalah hijau... Wajib ada tema baju raya ye... Material kain pun sama... Bak kata orang beli sekayu gitu.. Tapi tidaklah sekayu... cukuplah setakat 17meter sahaja. Terima kasih buat Ibuku tersayang sebab sudi menyiapkan baju raya kami anak beranak walaupun dah hantar lewat... Love u much MUM....

-Bergambar dahulu sebelum beraya-

Hubby with anak² girl tersayang. Along mana? Along ni kena paksa kalau nak bergambar. Malas sungguh dia. Lebih² lagi kalau disuruhnya ambilkan gambar. Haish...

Anak² girl Mama... Alololo....

Anak Kembar Mama (Khalisah & Khairina). Aduhai Kakak...kenapa la buat mata cenggitu...

Si Adik (Aqilah) yang bukan main pandai lagi bergambar sekarang ni


Jom Bermaafan² dahulu


Love

Dengan Ibu & Ayah Mertuaku

Yang di kiri kanan tu adalah adik² iparku yang masih lagi bujang. Tapi yang perempuan tu tunggu masa je. Dah tunang...

8/19/12

Salam Aidilfitri 1433H

01 Syawal 1433H - 19.08.2012 (Ahad)


Syukur Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dengan Bulan Syawal bagi tahun 1433H. Semoga hari ini memberikan seribu rahmat dan kebahagiaan buat kita semua umat Islam di muka buminya ini.

Di kesempatan ini juga, Ninie sekeluarga memohon ribuan kemaafan kepada anda yang mengenali kami ini samada secara terus ataupun secara maya seandainya terdapat silap tutur kata, perlakuan menyentuh jiwa, bicara tidak kena, taipan menyentuh rasa dan segala²nya samada secara sengaja mahupun tidak...

Salam Aidilfitri buat semua... Semoga perjalanan kita dilindungi oleh Nya...

11/14/11

AidilAdha 1432H (06/11/2011 - Ahad)

06/11/2011 - Ahad

Gambar yang diambil di rumah Keluarga sebelah Ninie di Lepar Utara, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang sempena Aidiladha yang lalu.








Bersama Ayahanda Tersayang....

Ayah bersama kelima-lima cucunya...

Wajah cucu-cucu Ayah dan Emak

Adik Bongsu Ninie sibuk menyelit...

Dari Kiri : Adik Bongsu Ninie (Yana), Ninie & My Beloved Mum...

9/30/11

Gambar Aidilfitri Staf PUiTM 1432H

Jom tengok² pic sempena Aidilfitri Staf PUiTM di bangunan baru... Bangunan dah siap, but perabot tak sampai lagi... tahun depan agaknya baru mula operasi. Insya'Allah...

23 September 2011 (Jumaat) - 25 Syawal 1432H

















Lepas Posing² kita Mamam Durian pulak... urm sedapnya....


Si Abe Lias yang rajin mengupas nak bagi kami mamam......

Nota Mama Comel : Besh Kijo kat sini weh....

9/29/11

Jamuan Aidilfitri PUiTM 1432H (22/09/2011)

Syawal sudah pun berlalu... Gambar baru je dapat dipaparkan di Nukilan 'kecil' Ninie ni...

21 September 2011 - 23 Syawal 1432H
Sibuk memotong daging, bawang dan halia untuk jamuan Hari Raya Aidilfitri Perpustakaan Al-Bukhari esok.





22 September 2011 - 24 Syawal 1432H


Pagi² hari lagi dah sibuk after 'punch'...
Ninie amik bahagian gak le sikit² untuk menghidang sempena jamuan Aidilfitri untuk Library ni...



Ha, ni betul² cerita ni... ketuk lada hitam dengan penukul yang dipinjam dari Unit Jilid. Nak letak dalam Sup tulang...

Konon²nya la ni si tukang masak.. hakikatnya ramai² yang nolongnya. But special thanks to Abe Lias yang merebus sup tulang ni malam tadi sampai hampir nak tertidur katanya.

Ada gaya tukang masak tak?

Ibu² dan Mama² di dapur duk mencelur mee.
Jom kita mamam²


See... Hijaunya air... "Air Jimmy Asmara" hasil tangan Kak Wan yang baju hijau tu...


Jeruk buah betik, sengkuang, pelam, buah nanas cicah kuah rojak dan kuih muih... sedapnya...



Pondok kecil. Cantik kan.... Hasil usaha staf lelaki ni, sempena pameran hari raya.



Ha, amik kesempatan posing² la. Antara muka kami bunga² yang telah dipetik orang tapi pantang nampak kamera. "Amik gambar please... hu3..."






Special Thanks From Ninie To :

1) Mohd Ismail (Mail)
2) Mohd Nasir Sabri (Abby)
Sebab sudi melayan kerenah Ninie/ Kami 'senyum²' ni dengan kamera you all tu... Thanks a lot... Lain kali jangan lupa amik gambar kami senyum² tau...

Nota Mama Comel : Mood Happy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...