Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.
Showing posts with label Darling Ninie With UiTM. Show all posts
Showing posts with label Darling Ninie With UiTM. Show all posts

9/5/13

Terima Kasih En. Lan & Abe Madi

05.09.2013 Khamis

Terima kasih buat rakan seopis En. Lan (Norhazlan Nordin) & juga Abe Madi (Hasmadi Hasan) serta  rakan yang lainnya yang sudi belanja kami mamam² sempena dah dapat APC 2012- Tahniah!. Yang sedapnya... @ bestnya...siap ada daging kambing bakar. Aduhai... aromanya menusuk hidung!. Alhamdulillah..... kenyang kami semua dibuatnya... terima kasih banyak²....

*Pst... gambar Ninie ni berlakon je... takde kena mengena pun...weeee saje je duk nyibuk nak bergambar....





9/3/13

Ninie With Doily Paper....

03.09.2013 Selasa 

Agak sibuk sebab duk menolong Kak Sue with Doily Paper... Huhuhu... Actually, K. Su sibuk nak menguruskan perhiasan untuk booth hari raya yang bakal dijalankan esok. Dia busy dengan kipas² bulatnya. Ninie pula buat doily paper untuk letak kat tengah² bulatan kipas tu. Menggunakan kertas A4 je pun... tapi bagi Ninie ianya tetap cantik! Biarlah orang kata tak cantik pun...weeeee


Jam 2.30petang, kami ke dewan makan merbok. Lokasi sambutan hari raya peringkat UiTM (Pahang) akna dijalankan esok... Walalawei... ada juga booth lain yang dah siap.... Kami...buat aja la apa yang patut... janji siap....Tema Merdeka Raya...


8/29/13

Jamuan Aidilfitri 1434H PUiTM

29.08.2013 Khamis 

Riang Ria Aidilfitri Perpustakaan UiTM (Pahang)... Setiap gambar yang ada kat blog ni wajib ada muka Ninie sekali okey.... Sebab yang lain²pun banyak.... Ada beberapa kamera dan juga handphone yang canggih manggih... tumpang aja la.... Giler... tak perasan muka macam tepung gomak.... Aduhai... Itulah.. Hari² biasa tak pernah berbedak, Tetiba hari ni berbedak, eye shadow, mascara bagai... Ambik kau.... Tak apalah... Janji Happy!

*Gambar tak ikut susunan... Pakai letak je....



















Ini pic selingan berhari raya di rumah big Boss pada 30.08.2013 (Jumaat) Baru² ini....*UPDATE


8/28/13

Persiapan Untuk Jamuan Hari Raya PUiTM

28.08.2013 Rabu

Aktiviti gotong royong...mengupas kulit bawang, halia, buang tangkai lada kecil juga memotong daging... walawalawei... tapi tahun tak semeriah tahun lepas... Huhuhu... sub pada yang lainnya.... Esok? Jamuan Raya... Mamam² la.... Menu? Esok cerita...wink3x



8/2/13

Rezeki Dari Bos... (Kambing Golek & Puding Karamel)

Alhamdulillah... Rezeki di bulan puasa... Terima kasih boss sebab belanja... Nyum3x....
Sedap sangat kambing golek ni... lembut je dagingnya....


Puding karamel ni pun sedap.. tak terasa telurnya... tahun depan belanja lagi bos ye... semoga dimurahkan rezeki.... ♥

8/1/13

Photo Shoot Pre Aidilfitri PUiTM Jengka, Pahang

31.07.2013 Rabu

Orang masih berpuasa, kami dahpun mood raya... huhuhuhu... Gambar bersama² rakan seopis bertemakan hari raya gara² nak buat kad ucapan Hari Raya bagi tahun ini...2013/1434H walhal puasa baru je 22hari.... Semangat betul...Warna warni gitu.....









Kami dari Unit Pentadbiran....

Inilah hasilnya setelah sibuk ber Photo Shoot hari ni... Salm Aidilfitri buat kalian semua..... Meriah gitu...

7/31/13

Jom Buat Ketupat.. (Mood Raya Di Opis)

29.07.2013Isnin & 30.07.2013 Selasa

Mood raya di office mula bertandang. Melayankan sahaja kehendak Big Bos yang mahukan ketupat untuk dihiasi di pejabat dan juga ruang pameran sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. 2 hari pulun duk membuat ketupat... Lenguh habis jari jemariku ini dibuatnya.... Cantik tak? Orang tak cakap cantik pun, Ninie tetap cakap cantik sebab Ninie yang duk menganyamnya....





Sambil² tu ada juga rakan yang teringin nak belajar menganyam ni. Agak sukar sebab menggunakan riben, licin...Rasanya kalau guna daun kelapa tu mudah sikit... Berkali² nak boleh fahamkan yang basic je.... Ha yang kat bawah ni Kak Ba yang rajin nak belajar menganyam ketupat....


Jiran sebelah partition merangkap Bos kecil Ninie pun sibuk nak belajar menganyam juga... Berkali² dicuba, namun akhirnya 'menyerah kalah'... Lain kali ye Sahrin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...