Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

7/24/13

Bestnya... Baju Raya Tahun ni (2013) Dah Siap... Tapi...

Alhamdulillah... Sebenarnya baju raya ni dah lama siap. Awal bulan Jun lagi. Mak Ninie yang buatkan. Sejak dari Ninie kecil, Ninie memang tak pernah hantar kat tukang jahit lain kecuali My MOM.. Terbaik... selesa sangat². Tahun ni tema warna baju raya kami sekeluarga Biru Torqoise. Kain pasang ni Ninie beli sikit² dan simpan dalam almari. Masa mengemas hari tu terjumpa (sebab dah lupa) dan bila dikira² balik, cukup dah nak buat baju raya kami 6 beranak. Alhamdulillah... Hantar terus rumah Mak. Mak pula rajin sebab tengah free katanya. Nak dekat puasa ni nanti takut tak terkejar pula...

Baju raya Mama tahun ni fesyen apa pun tak tahu... Nanti Ninie upload pic ye... Anak² pula mulanya nak suruh buat jubah tapi Mak otter buat maxi katanya. Anak² semua suka kata cantik macam baju Mama pergi work.

Baju Along dengan En. Hubby adalah baju melayu cuma nak beli butang bajunya sahaja. Almaklumlah butang baju melayu lama entah dah tercampak ke mana. Wink3x.

Masalahnya sekarang Mama tak ada idea nak hias baju anak² girl Mama mahupun baju Mama sendiri. Idea kosong terus... Haish... Macamana ni. Dah mula puas ni weh..... Nak jahit manik? Beli lace kemudian jahit? @ biar kosong macam tu je? Pening dibuatnya. Hari ni dah pun 15 Ramadhan... Baju² tu masih macam tu juga tidak diusik...

Tudung raya untuk anak² pun masih belum cari lagi... Ninie tak nak beli yang sama je. Kalau boleh coraknya lain² walaupun warnanya seakan². Tapi susah betul nak cari... Every week Ninie masuk kedai tudung cari kut² dah masuk stok baru. Buat setakat ni masih belum ada lagi.

Mak ada tanya hari tu... Ada baju raya lagi ke nak hantar? Huhuhu...Mak ni macam tahu² je... Lagi 4pasang je Mak... Baju Ninie dan anak² gegirl.... Mak kata nak sediakan ruang la. Karang dah ambil upah jahit orang lain punya tak terjahit pula yang kami 4beranak. Sayang mak ketat²lah...♥♥♥. Urm... My beloved Husband...Nak RM+++ nak beli baju raya...weeee.......ngeh3x....

Inilah warna tema baju raya kami tahun ini (2013/1434H) : (Bajunya? Tunggu rayalah...)


7/23/13

Selamat Datang Sayang.... (Fatin)

Alhamdulillah.. Tanggal 1 Ramadhan 1434H lahirlah si comel ini ke dunia.Jangan salah faham ye... Ini adalah anak saudara baru Ninie. Dilahirkan secara caesarean dengan beratnya 4.4kg... Beratnya kamu sayang....

Tahniah buat Adik lelaki Ninie satu²nya Nor Fahis Shah & juga isterinya Sal... Baby ni anak ke dua bagi pasangan ini... Anak sulungnya juga seorang puteri... Nana, jaga adik baik² tau....

Baby Fatin tatkala berusia 13hari.... Semoga menjadi anak yang solehah dan membahagiakan kedua orang tuamu dan juga sesiapa sahaja disisimu nak....

Si bongsu Ninie ni memang tak usah dikata. Pantang jumpa baby.."Mama bila pula baby kita nak ada.." aiyark... soalan cepu emas ye....

7/21/13

Macam Jalanraya Dia Yang Punya!

20.07.2013 Jumaat

Hari ni sakit hati sunguh! Ikutkan hati kalau dapat nak je pelempang si sewel ADW112X tu....Eiii tak leh nak bayangkan ada gak orang macam tu atas jalanraya....

Huhuhu.. tak pasal2 mood emo pulak.... Actually petang tadi semasa Ninie OTW dari tempat kerja ke rumah... Dah hampir 1/2jam perjalanan dah dan nak kena drive 1/2jam perjalanan lagi bermula lah dari sebelum masuk hutan hinggalah nak sampai Lepar Utara... Ada seekor (haish... tak baik kan...) Ada seorang Mamat ni macam mabuk lagaknya...Berkereta Wira merah ber plat ADW 112X... Nak dijadikan cerita... Si Mamat ni nak dipotog bukan main payah. Mana taknya bawa setakat 70-90km/j tapi bawa macam orang mabuk lagaknya. Sikit2 ke tengah..maksudnya dia drive duk makan jalan sebelah. Bawa kereta macam jalan dia yang punyak.Otak letak kat kepala lutut. Lepas tu bila bertembung dengan kereta lain dihadapan, mula kelam kabut masuk jalan balik. Bayangkan Ninie yang duk mengekori... Nak kena giler2 tumpukan perhatian takut terlanggar kereta dia. Ini yang dikatakan orang agaknya..Walaupun kita dah berhati2 tapi disebabkan orang lain, kita boleh accident juga.

Seriusly rasa nak penampar je Mamat ni. Nampak gayanya macam tak biasa dengan keadaan jalan. Rasa nak tergelakpun ada bila kelam kabut dia bawa kereta bila langgar lubang. Dalam hati padan muka sebab berlagak sangat. Memang nyumpah sungguh2 masa tu. Al maklumlah..Ninie ni nak sampai cepat ke rumah. Tup2 kena ekori dia yang macam orang mabuk todi ni. Dia drive memang makan jalan sebelah. Adakalanya kerapkali memang duk kat jalan sebelah tu betul. Fikir Ninie memang si Mamat ni nak cari nahas!

Bila ada jalan 'clear' Ninie awal2 bagi siganal nak memotong, boleh juga dia wat dek duk tengah jalan. Bila dah ke tepi sikit Ninie pun memotong, boleh pula dia pandang kita macam tak puas hati. Eiiii Mamat ni memang sewel! "Semoga Allah tunjukkan jalan pada orang2 yang macam ni..."

Alhamdulillah... Ninie selamat sampai dirumah lebih kurang jam 6.15petang... Nak rushing memasak untuk berbuka puasa pula....Hari ni dah pun 10 Ramadhan 1434H... Selamat berpuasa....

Ya Allah..jauhilah aku dari menjadi pemandu seperti ini...

7/19/13

TUTORIAL : Scrollbox Untuk Bloglist

Hasilnya di blog Darling Ninie With CGL

Jika blogger lain dah lama sangat² dan dah pun teror... Ninie baru je nak merangkak² belajar buat scrollbar untuk bloglist...ngeh3x... Untuk blog Darling Ninie With CGL. Pening pula tengok di bahagian footer tu memanjang sangat sampai ke bawah dengan bloglist² yang ada. Setelah di GOOGLE Ninie terjumpa di blog Nabila Zaidi Thanks a lots..♥

So cara²nya :

Scroll box untuk bloglist ni penting sangat kalau bloglist dah lebih daripada 5blogger sebab bloglist ni akan memanjang dan secara tak langsung memenuhkan ruangan sidebar. Jadi, ini adalah salah satu cara untuk menjimatkan dan mengemaskan sidebar blog anda.

1.Cari tajuk bloglist korang. Ex: Putera Blogger/ Mereka Terhebat

2.Dashboard-Design- Edit HTML- Tick Expand Widget dan search <div class=’widget-content’>

3.Gantikan code tersebut dengan code <div class='widget-content' style='overflow:auto; width:250px; height:300px;'>

4.Preview dan save

UBAH width:250px; height:300px ->ubah ikut lebar dan ketinggian bloglist anda

7/9/13

Niat Puasa Sebulan Ramadhan & Niat Puasa Esok Hari Serta Doa Ketika Berbuka Puasa

Syukur Alhamdulillah.. Masih diizinkan Allah untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ini (2013/1434H). Esok... 01 Ramadhan 1434H/ 10.07.2013 = Rabu.
 


Niat Puasa Di Bulan Ramadhan (Niat Puasa Sebulan & Juga Esok Hari)

Doa Ketika Berbuka Puasa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...