Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

7/8/13

Ekspedisi Lepar Utara-Jerangkang-Berakit

06.07.2013 Sabtu 

Hujung minggu ini aktiviti kami sebelum bermulanya Ramadhan pada minggu hadapan... Ekspedisi Lepar Utar -> Jerangkang -> Berakit....


Seperti biasa, mesti ada gambar kami berdua yea.....

Cerita selanjutnya sila rujuk SINI >>> http://darlingniniefamily.blogspot.com/2013/07/ekspedisi-lepar-utara-jerangkang-berakit.html

Doa Hilangkan Rasa Mengantuk & Cara Mengatasi Rasa Mengantuk



Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh seperti balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dan sebagainya, akan merasa mengantuk yang teramat sangat ketika memandu.

Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yg dipandu.

Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini.

Selain itu boleh diamalkan mengantuk ketika belajar. Potongan ayat tersebut berbunyi :


” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat berikut :

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Semoga Ayat-ayat ini boleh membantu dan boleh kita amalkan supaya kita lebih segar tidak mengantuk lagi untuk melakukan segala perkerjaan.

Sumber  

********************************************************

  10 Punca Mengantuk & Cara Mengatasinya

1. Tidak cukup tidur

Nampak jelas bukan? Anda mungkin tidak mendapat tidur yang cukup dan ini boleh mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.

Jadikan tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.

2. Tidur Apnea (Sleep Apnea)

Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.

Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.

3. Tidak cukup tenaga

Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.

4. Kurang darah merah (anemia)

Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.

Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang.

5. Tekanan Emosi

Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.

Lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya. Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara untuk mengubat masalah tersebut.

6. Penyakit hipotiroid

Anda mungkin akan perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolima badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan anda bertambah berat badan dan bermacam-macam lagi simptom lain.

Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon tiroid anda.

7. Terlalu banyak kafein

Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.

Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.

8. Penyakit Kencing Manis

Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.

Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

9. Penyakit Jantung

Segala simptom penyakit jantung sudah saya ulas dengan lebih mendalam. Secara ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat.

Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.

10. Dehidrasi

Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.

Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.

****************************************************


Cara Hilangkan Mengantuk  

Hampiri Kawasan Bercahaya
- Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi di tepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika.

Basuh Muka
- Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. Tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.

Wangian Aromaterapi
- Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.

Senyum Dan Lakukan Perkara Baik
- Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita, terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya.

Dengar Muzik
- Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

Senaman Ringan
- Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti tangan, kaki, ‘mematah-matahkan jari’, menggelengkan kepala boleh anda lakukan untuk menghilangkanrasa mengantuk. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar dan fikiran tenang.

Pandang Pepohon Hijau
- Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

Segarkan Semangat Anda
- Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara.

Urut
- Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.

Minum Banyak Air
- Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat.

Amalkan Teknik Pernafasan Betul
- Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

Bersihkan Meja
- Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa. yang dapat menggembirakan.

Berjalan-Jalan
- Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan dan berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat.

Membaca Ayat Al-Quran
- Membaca sepotong ayat Al-Quran di dalam ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan mengantuk. Sebaiknya bacalaha keseluruhan Ayat Qursi tersebut kerana keseluruhan Qursi pun tidaklah panjang pun. Potongan ayat tersebut berbunyi…

“LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

Maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR

**********************************************************

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk Semasa Belajar

1. Pasang Niat
– Untuk apa anda belajar, kenapa pula anda belajar? Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tidak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

2. Belajar dalam jangka waktu yang pendek
– Ini penting. Selepas 1 jam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau 30 minit sudah rasa penat pun tidak mengapa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Amalkan tabiat begini selalu, dan anda akan rasa anda tidak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda.

3. Dapatkan tidur yang cukup 
– Ramai yang terlepas pandang mengenai hal ini. Tidak ada gunanya menelaah berjam-jam tetapi hasilnya sama saja dengan mereka yang menelaah hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tidak sama dengan mereka yang belajar, tetapi tiada kualiti. Jika inginkan kualiti masa belajar, pastikan anda benar-benar segar dan cergas semasa belajar. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.

4. Minum Air Masak (kosong) 
– Jadikan amalan minum air masak sebagai amalan harian. Makan buah-buahan selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja anda. Air ini akan membantu anda jadi penenang apabila anda gelisah. Jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, agar anda berasa lebih cergas dan lebih sihat dalam urusan harian

7/4/13

Big Shot & Dies For Craft (Tinggal Kenangan)

FAKTA : Semua gambar dibawah sudah bertemu dengan pemilik baru... Ninie dah Let GO... (sob3x)

Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman sendiri...

Kini ramai dah yang pandai menghasilkan kraftangan sendiri menggunakan riben, kain² perca, kain felt, butang, zip dan sebagainya. Ninie juga termasuk dalam kategori ini walaupun tidak semahir mana dan tidaklah secantik mana hasilnya pun. Tapi puas hati bila dapat mencipta sesuatu yang baru untuk anak² dan juga diri sendiri contohnya seperti cekak rambut, hair clip dan brooch. Alhamdulillah... selalunya anak² suka dan boleh juga tambah duit poket walaupun secoit....

Oh ya berbalik kepada tajuk. Kenapa tinggal kenangan? Yea... sebab kesemuanya dah dijual. Tapi Ninie pernah memilikinya... Apa kegunaan Big Shot ni? Selalunya krafter² yang bermain dengan kain felt/ menggunakan kain felt akan mempunyai keiginan untuk memilikinya kerana menjimatkan masa serta memudahkan kerja². Big Shot ni tidak menggunakan elektrik ye. Manual guna tangan sahaja macam main gelek² kulit kuih karipap... Jika anda pernah membuat kulit kuih karipap dengan mesin yang pelbagai guna tu mungkin tahu...

Sepertimana jika kita membuat biskut mesti ada acuannya... begitu jugalah dengan mesin ini. Perlu mempunyai acuan yang kini terdapat dalam pelbagai² bentuk. Bulat, bunga, kartun, alphabet, number dan macam² lagilah... Acuannya pun diperbuat daripada besi/logam (Agak² Ninie je ni) yang pasti bukannya plastik ye...

Harga??? Kena pandai²lah buat survey @ cari ye... Ke nak suruh Ninie belikan? Boleh je... Bank in duit okay! Wink3x.... Dulu Ninie beli pun RM 480 tak termasuk kos pos. Kos pos sahaja dah RM 40 sebab Big Shot ni berat hampir 4kg jika tak silap la..Pergh.... Ada juga seller yang open untuk pre order dan ambil masa beberapa minggu untuk tiba di Malaysia sebab ianya adalah dari luar negara. Big Shot ni datang sekali dengan cutting pad ye.... Cutting pad ni boleh diguna selagi ianya tak patah. Bila dah kerap guna, ianya akan jadi melengkung... Big Shot sekrang pun dah ada beberapa warna yang cantik² belaka. Sila GOOGLE ye...

Harga Dies (acuannya) pun boleh tahan. tak main harga seringgit dua... mau² selalunya satu bentuk sahaja dah RM 30++ tak termasuk pos... bayangkan jika berbagai² bentuk acuannya.... Ha..Kat bawah ni kos yang Ninie keluarkan untuk Big Shot dan dies....

Sizzix Big Shot Machine-Black - RM 489.90
Creatopia Shapez Die By Spellbinders-Flower - RM 89.90
Spellbinders Nestabilities Dies-Standard Circle Small - RM 99.90
Die-namics By the Letters - RM 99.90
Die-Namics Die-By The Letters Uppercase - RM 136.90
Die-Namics Die-Mini Rolled Roses - RM 52.90
Die-namics Perfect Petal Trio - RM 59.90 
Die-Namics Die-Butterflies - RM 46.90  
Sizzix Framelits Dies 6/Pkg-Hearts - RM 89.90
Die-namics By the Numbers DIE ONLY -  RM 62.90
Heartfelt Creations Cut & Emboss Dies By Spellbinders-Posy Patch - RM 99.90
Cutting Pad - RM 52.90
Sizzix Framelits Dies 8/Pkg-Circles - RM85
CottageCutz Die 4 Inch X 4 Inch-Layered Daisy With Button Made Easy - RM65
CottageCutz Die 4 Inch X 4 Inch-Stitched Flower With Button Made Easy - RM65

Kenapa Let Go? Sebab Ninie takde masa. Almaklumlah sebab bekerja. Minat buat kraf hanya yang boleh diusung ke hulu hilir je...wink3x. Maksudnya yang mudah². Ini ha mesin, berat pula tu... macamana nak pikul sana sini? Ninie suka santai² je... Boleh buat depan tv, lepak² luar rumah, masa pergi berkelah... ngee....

Apa²pun yang pasti bila ada mesin ni kerja² nak memotong felt menjadi cukup mudah sebab felt akan terpotong mengikut acuan yang kita nak bila kita dah roll.

Masalah? Mana ada barang yang langsung takde masalah kan. Mesin ni juga ada masalahnya yang tersendiri. Masa Ninie let go kan dulu baru Ninie tahu masalahnya bilamana owner baru inform. Ninie tak nak dilabel sebagai pembohong. Sesungguhnya Ninie tak tahu yang mesin tu bermasalah ketika dijual kepada pemilik baru. Katanya masa nak rolling tu macam payah... tak smooth... tak lama tu ada biji² kecil yang keluar... Rupa²nya bearing... Ninie cuba tanya pada seller, nampaknya seller pun tak pernah hadapi situasi seperti ini sebab dia susah nak jawab pertanyaan Ninie tu. Tapi tak silap, sekarang ni bila dah ramai guna, dan masalah hampir sama, ada juga seller yang menjual alat gantinya. Tapi mahal jugalah ye.... Rezeki pemilik baru... dia cuba bawa ke kedai baiki kereta tanyakan pasal bearing. Alhamdulillah... pekedai tersebut dapat membantu dengan kos RM 20. Jadi Ninie tak mahu rasa bersalah, Ninie pulangkan balik RM20 kepada pemilik baru tu sebab terpaksa baiki mesin tu. Katanya lepas ganti bearing tu... nak roll pun dah mudah... smooth je...

Setakat ini, Ninie tak rasa nak beli mesin ni dah walaupun bila dah ada masa nak berkraf.... Terfikir, ada tak mesin yang tak perlu nak roll, maksudnya guna elektrik dan tak perlu guna dies... lakar dekat komputer... cucuk guna usb... klik button start... keluarlah bentuk yang kita nak tu... Urm... dengar²nya memang dah ada cuma harga lagi mahal lah... Next time ada duit lebih baru Ninie nak survey...Weeeeee :)





7/2/13

Isi Kandungan Manual Software PE DESIGN 7 Untuk Mesin Jahit NV-950 (Preview)

FAKTA :
1) Ninie ada mesin jahit NV950 tapi hingga kini masih tidak pandai menyulam. Pandai jahit biasa² sahaja. Anyway thanks a lot ♥♥♥ to My Beloved Husband (Mohamad Adli) yang sudi belikan mesin jahit ni... Love you deep, deep lah...
2) Ada sofware PE DESIGN 7 yang boleh digitize bagai tapi juga tak pandai nak digitize. Janji ada..Esok² bila ada kelapangan boleh study sendiri. Di YOU TUBE banyak tutorialnya.
3) Ada GENIUS EasyPen i405X (4" x 5.5" Graphic Tablet for Drawing & Painting) - Juga dibelikan oleh En. Hubby. Tapi tak pernah guna. En. Hubby kata boleh guna untuk melukis sebab ada pen. Ala macam lukis² atas kertas tu.(Tak pasti boleh digunakan untuk emboidery @ tak. Walaupun En. Hubby kata boleh sebab tu dia beli...)

BAgi yang tertanya², Apa yang ada dengan sofware  PE DESIGN 7? Actually buku nya sehingga 361 muka surat. ?Tebal... Ha kat bawah ni Table Of Contents yang ada dalam manual ni... Sila besarkan gambar ye...











6/30/13

Awan Pelangi?

30.06.2013 Sabtu

Waktu ni sekitar jam 6.00petang dan kami sekeluarga sedang dalam perjalanan ke Batu Hitam, Kuantan... Nak bawa anak² mandi laut... Asyik menikmati pemandangan alam... Terpampam pada langit yang tak biasa dilihat oleh Ninie... Mungkin anda dah biasa agaknya... Ninie first time gitu.... Bukan kamera effect ok! Original...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...