Tq So Much Dear...

"Diam Bukan Tanda Setuju. Marah Bukan Tanda Benci. Senyum Bukan Tanda Gembira. Tertawa Bukan Tanda Sedang Bahagia. Muram Bukan Tanda Berduka. Menangis Bukan Tanda Merana. Kadangkala Perasaan Sukar Untuk Diungkapkan. Apakah Yang Diimpikan Bisa Menjadi Kenyataan. Aku Cuma Ingin Bahagia Dalam Kehidupan Dunia & Akhirat Bersama Insan Tersayang. Ya Allah, Tabahkanlah Hatiku, Kuatkanlah Imanku, Tunjukkanlah HidayahMu, Sinarilah Jalan Yang Bakal Ku Lalui Dengan Nur & RahmatMu, Bimbingilah Aku Ke Jalan Yang Di Redhai OlehMu"
Segala yang terkandung di dalam blog ini adalah untuk peringatan dan rujukan Ninie untuk masa sekarang dan juga hadapan. Almaklumlah... ada masanya kita terlupa dan ini adalah medium untuk mengigatkan diri ini kembali. Info kebanyakkannya adalah dari 'search engine' dan di satukan sekali dalam entry jika ianya berkaitan. Mohon maklumkan pada Ninie jika ada diantaranya adalah ‘tulen’ milik anda untuk diberi 'kredit'.... Alhamdulillah jika ada info² disini dapat memberikan manafaat buat anda yang berkunjung di sini.

12/22/21

Cara Kurangkan Angin Dalam Badan




Angin 

Tadi saya buat satu posting tentang kacang kuda rebus atau kukus, sebagai snek yang sihat. Tetapi ada pula netizen datang buat komen tak boleh makan kekacang sebab ‘berangin’. 

 Untuk posting ini, saya nak sampaikan kepada anda semua: 

A) Penjelasan kenapa ada orang dapat masalah angin bila makan sesejenis makanan yang tertentu tetapi orang lain tak ada masalah. 

B)Petua yang saintifik bagaimana nak mengurangkan masalah angin bagi anda yang ada masalah ini. 

Pertama sekali, nasihat saya ialah jangan salahkan makanan. Jangan kecam makanan tu. Makanan tu tak bersalah. Tidak ada makanan yang berangin. Yang ada masalah dan membuat gas berlebihan ialah sistem penghadaman anda yang tidak sempurna. 

Kedua, bila anda sudah faham dan terima hakikatnya yang masalahnya ialah sistem penghadaman diri sendiri yang tidak betul, jangan suruh orang lain pula pantang makan. 

Bukannya semua orang dapat masalah 'berangin' bila makan makanan yang sama. Jika anda ada masalah ‘angin’ atau ‘gas’ selepas makan sesejenis makanan, maka anda ada pilihan elakkan makanan itu untuk diri anda sendiri atau cari kaedah untuk mengatasi masalah anda, BUKAN SURUH ORANG LAIN YANG TIADA MASALAH PANTANG MAKANAN ITU. Anda yang ada masalah, kenapa nak suruh orang lain yang tiada masalah berpantang pula?
 ———————————————————————- 

Apakah yang menyebabkan ‘gas’ atau ‘angin’ dalam perut? 

1) Makanan yang lambat hadam. 
Jika anda pi telan berketoi-ketoi tanpa mengunyah dan pi telan cepat-cepat tanpa memberi masa untuk mengunyah, mestilaaa makanan tu lambat nak hadam kat dalam perut dan usus. Mestilaaa perut dan usus kena buat kerja lebih lagi untuk melumatkan makanan itu. Jadi kalau anda malas mengunyah, maka perut dan usus anda kena bekerja dengan lebih kuat lagi. 

 2) Bakteria di dalam usus. 
Apa anda kena tahu ialah, di dalam usus kita ada banyak jenis bakteria yang tolong kita menghadamkan makanan yang tak habis hadam. Koloni pelbagai jenis species bakteria yang hidup di dalam usus kita dinamakan microbiome. Ada bakteria yang membantu mencernakan makanan yang tak hadam, tetapi kesan sampingannya ialah bakteria tu mengeluarkan gas. Ada bakteria yang boleh menyerap gas. 

Ketidakseimbangan bakteria di dalam usus boleh menyebabkan ada terlebih bakteria yang membuat gas dan kekurangan bakteria yang boleh menyerap gas. Bila gas itu keluar kat bawah, kita panggil kentut. Bila gas tu keluar kat atas, kita panggil sendawa. Kalau gas tu tak keluar, perut kita kembung dan tak selesa. 

 3) Pergerakan usus yang tidak lancar. 
Lagi lama makanan yang separuh hadam tu duduk di dalam usus kita, maka lagi banyak masa diberikan kepada bakteria untuk buat gas dari makanan yang tak hadam tu, dan lagi banyak gas anda dapat. Sebab itulah jika anda ada sembelit, anda juga dapat lebih banyak gas. 
 
4) Diri sendiri telan angin dan gas. 
Jika anda telan makanan cepat-cepat, anda akan sendiri telan lebih angin bersama dengan makanan ke dalam perut. Jika anda menghisap apa-apa pun, anda akan telan lebih angin ke dalam perut, seperti menghisap rokok, menghisap air minuman dengan straw, menyedut minuman dari botoi, dan minum air bergas. 

5) Kekurangan enzim pencernaan. 
Sesetengah orang ada lebih masalah angin dari orang lain sebab badan mereka tidak membuat cukup enzyme untuk pencernaan sesejenis makanan. Maka penghadaman makanan ini memerlukan lebih bantuan dari bakteria-bakteria di dalam usus, sebab inilah ada lebih gas.

 ———————————————————————— 

Inilah petua-petua mengurangkan masalah angin atau gas, yang berdasarkan ilmu pengetahuan Sains dan Biologi. 
 
1) Toksah menghisap atau menyedut: 
 Berhenti merokok. 
 Tak payah sedut minuman melalui straw, minumlah terus dari gelas/cawan. 
 Tuang air dari botol ke dalam gelas dan minum terus dari gelas supaya anda tidak menyedut sambil minum air dari botol. 
 Toksah minum minuman bergas. 

2) Jangan telan cepat-cepat. 
 Kunyah-kunyah-kunyah-kunyah. Toksah telan berketoi-ketoi tanpa mengunyah. Ramai orang suka telan pulut tanpa mengunyah kemudian buat tuduhan pulut tu berangin. Apa yang terbaik ialah telan hanya bila dah habih kunyah, sikit-demi-sedikit. 

3) Lancarkan pergerakan usus. 
 Bersenam boleh melajukan perjalanan makanan di dalam usus. Cegah sembelit dengan minum air yang cukup dan makan makanan yang berserat seperti buah, sayur, ulam dan bijiran. Kalau sembelit, lagi seronoklaa bakteria kat dalam tu bersukaria buat gas. 

4) Jangan makan benda yang tak boleh hadam. 
 Ada jenis-jenis makanan yang susah dihadam maka elaklah dari memakan hampas kelapa, hampas tebu, kulit kayu dan sebagainya. 

5) Kalau ada masalah, masak makanan tu betul-betul sebelum makan. 
 Ada jenis-jenis makanan yang lebih susah dihadam untuk sesetengah orang terutamanya jika buah-buahan yang terlalu muda yang masih keras, atau makanan mentah, Sebagai contoh bawang merah mentah atau kobis mentah menyebabkan lebih gas dari yang telah dimasak. 

6) Rendam kekacang sebelum masak. 
 Jika anda ada masalah angin dari kekacang, rendam kekacang semalaman dan masaklah dengan lebih lama sebelum makan. Kekacang mengandungi gula bermolekul besar yang paling susah dihadam. Ini lah oligosaccharide. Orang yang ada sistem penghadaman yang mengeluarkan cukup enzyme untuk mencernakan oligosaccharide tidak ada masalah angin selepas makan kekacang. Tetapi ada orang yang tidak cukup enzyme untuk mencernakan oligosaccharide dan proses penghadaman untuk mereka mengambil masa yang lebih lama. Akibatnya banyak gas yang dibuat oleh bakteria atau makanan yang tidak dapat dihadamkan keluar semula sebagai najis. 

Oligosaccharide ini berada di bahagian kulit kekacang dan boleh larut dalam air. Sebab tu lah untuk mereka yang ada masalah angin, tak boleh terus masak saja kekacang ni. Rendamlah di dalam air dahulu. 

Setengah orang rendam 3 jam saja, tapi yang ada masalah angin, patut rendam satu malam. Lebih keras kulit kekacang tu, lebih lama lagi kita patut rendam selama 24 jam. Mereka yang selalu dapat masalah angin, patut rendam kekacang 24 jam dahulu. Lepas rendam, buang air yang penuh dengan kanji oligosaccharide tu. Jangan masak kekacang bersama air rendaman kekacang tu. Buang air itu dan bilas. Kemudian basuh semula kekacang tu 3-4 kali sebelum memasak dengan cara mendidih. Sambil mendidih, lihat jika ada buih-buih di bahagian atas air. Buanglah selaput berbuih di atas air tu sebab itu ialah saki-bak kanji oligosaccharide. 

Masak sampai lembut betul-betul. Kalau tak cukup masak, dan tak cukup lembut, maka lebih lambat nak hadam dan lebih banyak gas. 

Kalau selepas buat ini semua anda masih ada masalah, maka anda seorang saja lah yang patut pantang makanan itu, toksah suruh orang lain pantang makan dan toksah memburukkan makanan itu. 

Akhir sekali, inilah salah satu sebab penting kenapa bayi sebelum usia 6 bulan tak boleh bagi makan. Usus mereka belum matang sebab belum ada cukup koloni microbiome untuk membantu penghadaman, dan boleh dapat lebih masalah angin, cirit-birit dan alahan kepada makanan. Selain dari itu, belum ada cukup enzyme pengahadaman dan fungsi hati dan buah pinggang bayi belum lagi matang. Jangan laaa dok sumbat makanan dan pelbagai produk suplimen dalam mulut bayi pada 6 bulan pertama. Dapatkan nasihat doktor di klinik untuk apa-apa ubat yang bayi perlukan. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. 

Yang ikhlas, Dr Imelda Balchin
22/12/2021

Sumber FB : Dr Imelda Balchin

7/20/18

Doa & Amalan Jika Mahu Keluar Meninggalkan Rumah

Beringatlah, saat kita balik kampung, perompak tak balik kampung. Dia akan beraya dalam rumah yg dirompaknya.. Jom pakat2 pagarkan rumah kita dgn doa & amalan nie.. 👇👇👇

DOA DAN AMALAN UNTUK MENGELAKKAN RUMAH KEDIAMAN / PEJABAT / KEDAI DARI DIMASUKI PENCURI

1. Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah dan baca doa berikut:

i) Mengucap dua kalimah syahadah - 1X

ii) Selawat keatas nabi - 2 X
اللهم صل على محمد وآل محمد

iii) Ayat Kursi - 1 X

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاو ;َاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ
حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

"Allahu la ilaha illa huwa Al -Haiyul-Qaiyum
La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm
lahu ma fi as-samawati wa ma fil-'ard
Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi
Ya'lamu ma bayna aydihim wa ma khalfahum
wa la yuhituna bi shai'in min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard
wa la ya'uduhu hifdhuhuma
wa Hu wal 'Aliyul-Aziim"

iv) Surah Yasin ( ayat ke-9 ) - 1 X

وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

" Wa Ja'alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun "

Bermaksud :

"Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

*Sumber : FB

10/9/17

Senarai Penama Facebook Yang Boleh Mengambil Tempahan Design Untuk Sulaman


*Posting Saya di wall FB Page : Design Sulaman pada 07.10.2017/Sabtu dan maklum balas dari mereka seperti di bawah ye.

*Jadi jika ada di antara anda yang nak masuk dalam senarai... boleh je drop komen bawah post ini nanti ye...

As salam/hai/hello 
📌ADA SESIAPA YANG PANDAI EDITING & MENGAMBIL TEMPAHAN?
🌻Boleh/mohon drop komen @pm dll supaya rakan-rakan yang mencari boleh hubungi anda serta boleh saya masukkan ke dalam blog kecil saya nanti (Ada juga yang jumpa page saya melalui blog ye...😉)Nyatakan FB, PAGE/no. WhatsApp anda jika perlu 
🌻Kerap kali saya terima wasap/pm/sms dll berkenaan "ambil tak tempahan logo/design gambar untuk sulam?". 😅Saya sememangnya tak ambil tempahan ye...sepertimana yang sedia maklum... editing ni mengambil masa & saya pula bekerja. Kemudian di rumah uruskan keluarga pula +sekarang dah ada anak kecil😌 yang memeriahkan suasana
😄🌼Bila nak reply soalan tu saya tak tahu nak sebut/bagi nama siapa.

Boleh terjah FACEBOOK Penama² di bawah ni ye untuk menempah sebarang logo/design sulaman. In Sha Allah mereka boleh membantu :

7. Hadiyana Che Halim (Whatsapp 0135151844) : https://www.facebook.com/hadiyana.halim?fref=ufi&rc=p

9/25/17

Cara Buat Direct Link WhatsApp Di Facebook

WhatsApp adalah medium penting bagi peniaga² online buat masa kini. Kalu dulu² kita selalu gunakan email dan SMS sahaja... Jikalau sebelum ini, kita perlu save no peniaga dahulu baru boleh wasap untuk bertanyakan harga/maklumat produk... sekarang bila kita layari FB melalui smartphone kita akan dapati para peniaga memaparkan link untuk kita terus direct wasap ke nombor peniaga tersebut. Caranya sangat mudah hanya guna link ni :

http://www.wasap.my/

Cuma letakkan nombor anda di belakang link tu contohnya :

http://www.wasap.my/+60123456789
.
Kalau nak ada text semasa whatsapp, edit jadi macam ni :

http://www.wasap.my/+60123456789/haisayanaktanyaharga

INGAT!!! Hanya untuk smartphone tau.

Formatnya:
http://www.wasap.my/+6[NoTelefonAnda]/[AyatAnda]


10/7/16

TUTO PE9 - Guna gambar google (OUTLINE)

Saya ajar cara mudah bagi saya nak editing gambar ye... Saya sarankan guna gambar yang tak terlalu berat nak di edit bagi newbie macam saya ni. Saya guna paint.net sahaja. Tidak menggunakan aplikasi canggih lainnya..... Bagi saya ianya mudah dan paint.net boleh di download secara percuma (Sila google untuk dapatkan linknya) @ klik : http://download.cnet.com/Paint-NET/3000-2192_4-10338146.html

1. Pilih gambar dari google. Nak senang cari gambar 'outline' nya tak putus ye... Save gambar tersebut. Contoh saya bagi/nak edit gambar cupcake.

2. Gambar yang saya pilih tadi saya edit dahulu di paint.net warnakan semuanya dan save.

3. Ni rupa gambar yang saya nak ye.....

4. Buka PE9 (akan terbuka layout and editing) paparan sepertimana gambar. klik CANCEL ye....

5. Sila rujuk gambar ye... Klik IMAGE-OPEN-FROM FILE. Pilih gambar yang dikehendaki tadi

6. Gambar Cupcake tu besar hingga keluar kotak edit... Tak mengapa... Ke step seterusnya

7. Sekarang ambil/klik AUTO PUNCH (Gambar buah epal merah tu)

8. Klik NEXT (saya nak pic cupcake tu semua. Anda boleh pilih bentuk lai ye...try and error)

9. Kemudian akan keluar paparan warna di sebelah kanan. Yang bertanda pangkah tu maksudnya saya tak nak ye....

10. Ok... dah siap... Boleh resize ye...nampak kotak kat luar cupcake tu? just drag sahaja.

11. Warna tadi tak cantik pula di mata saya.... (pstt...Sedangkan masa menyulam nanti boleh je nak tukar warna benang pilihan sendiri kan)

1. lihat paparan kotak sebelah kiri, pilih bahagian mana yang nak ditukar warnanya tu. Pilihan warna pada no. 3 ye...

2. Paparan ni selalunya akan keluar bila kita klik mana² kotak di No. 1. Boleh pilh nak jahitan yang macamana. Saya nak semua full stich sebab asal auto punch ada yang satin stich

3. Untuk pilihan warna² cantik di mata anda

12. Done.... Dah boleh save as dan menyulam... (In sha Allah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...